RSS

Utusan Malaysia Meroyan, Merudum Jatuh 350,000 ke 170.558 Naskah



Bagaimanakah seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) boleh terang-terang menyokong konsep 1Melayu, 1Bumi laungan Utusan Malaysia yang jauh menyimpang daripada konsep 1Malaysia ilham Perdana Menteri (PM)?

Begitulah kejanggalan situasi hari ini apabila TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam responsnya terhadap seruan MCA untuk memulau akhbar lidah rasmi Umno itu membela Utusan dengan mengatakan bahawa akhbar tersebut mewakili suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya.

“Ia suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya. Jika kita baca Utusan, kita dapat melihat bahawa ada laporan-laporan mengenai perkara-perkara lain.

Seperti media lain, ada pro dan kontra. Kita tidak boleh menghalang media daripada membuat laporan mengenai apa yang ia hendak laporkan tetapi ada batasan, di mana ada undang-undang,” kata Muhyiddin yang dipetik The Malaysian Insider.

Kenyataan Muhyiddin kelihatan cukup bertentangan dengan kenyataan PM Najib yang semalamnya menyatakan bahawa seruan 1Melayu, 1Bumi oleh Utusan Malaysia hanyalah satu cadangan peribadi yang tidak perlu diendahkan.

“Utusan Malaysia bukanlah lidah untuk orang Melayu yang berfikiran matang dan betul seperti orang Malaysia yang waras and berakal yang sudah berhijrah daripada Utusan Malaysia kepada media lain khususnya media online.

Tapi apa benar-benar harus menimbulkan kebimbangan adalah bahawa Utusan Malaysia telah menjadi suara Muhyiddin, terutamanya, bertentangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” kata Lim Kit Siang, penasihat DAP dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily.

Muhyiddin, katanya, memberikan gambaran melucukan apabila mendakwa bahawa lidah rasmi Umno itu adalah suara dan kehendak rakyat Malaysia, bahkan pada ketika ini, Utusan Malaysia sudah tidak memenuhi lagi syarat untuk menjadi suara orang Melayu.

“Tidak menganehkan pada awal tahun ini, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari, yang dirinya seorang wartawan senior di Utusan sebelum beliau dianiaya dan di’bersih’kan daripada organ rasmi Umno – menyalahkan editor-editor Utusan Malaysia untuk retorik perkauman dan memainkan api perkauman sehingga jualan hariannya merundum,” kata Kit Siang.

Merujuk kepada data daripada Biro Audit Pengedaran (ABC), kata Kit Siang, jualan Utusan Malaysia merundum lebih daripada 50 peratus daripada tahap 350,000 ke 170,558 naskhah sehari.


Merujuk kepada kenyataan Hata terdahulu yang menyatakan editor-editor Utusan Malaysia sengaja “mainkan isu perkauman dan melagakan sesama kaum”, Kit Siang menyelar para editor akhbar Umno itu dengan menyifatkan mereka sebagai satu kemaluan besar kepada kerjaya wartawan dan merugikan bangsa Melayu dan negara.

“Jikalau polis, pejabat peguam negara dan badan penghakiman cekap, berkecuali dan profesional untuk menegakkan supremasi undang-undang tanpa rasa takut atau menyokong, para editor Utusan Malaysia akan tidak mempunyai waktu untuk mengedit akhbar harian Umno kerana mereka akan berjalan dengan susah payah naik turun rumah mahkamah atas tuduhan jenayah yang bergunung tingginya untuk bertahun!” tambah Kit Siang.

Kit Siang turut menggaru kepala bagaimana Muhyiddin secara terang-terang boleh memberikan sokongan kepada seruan Utusan Malaysia untuk 1Melayu, 1Bumi apabila ia amat bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang diwar-warkan Najib selama ini.

“Atau untuk Najib Perdana Menteri ialah 1Malaysia, dan Muhyiddin iaitu Timbalan Perdana Menteri ialah 1Melayu?

Atau 1Malaysia Najib hanya untuk orang bukan Melayu dan 1Melayu milik Muhyiddin hanya dikhaskan untuk orang Melayu?” soal Kit Siang.

Kit Siang turut menyatakan bahawa ini adalah kali kedua Muhyiddin menentang konsep 1Malaysia Najib – dengan kali pertamanya beliau mengakui di tempat awam bahawa beliau “seorang Melayu dulu, Malaysia kedua” bulan Mac yang lepas.

“Sokongan Muhyiddin kepada seruan 1Melayu, 1Bumi Utusan ialah kali kedua Muhyiddin mengingkar Najib dan mencabar kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang sah.
Adakah Najib berani untuk menegur Muhyiddin dan menyuruhnya untuk menyokong konsep 1Malaysia?

Adakah kabinet Barisan Nasional sudah bersedia untuk meleraikan perbezaan antara Najib dan Muhyiddin Rabu ini, atau semua anggota kabinet dari Umno, MCA, MIC, Gerakan, SUPP dan komponen parti Sabah dan Sarawak tunduk kepala dengan menganggap tiada persengketaan antara Najib dan Muhyiddin – antara 1Malaysia dan 1Melayu?” cabar Kit Siang.

Sehingga kini, 4 pemimpin Umno, Dr. Ahmad Puad Zarkashi, Datuk Seri Ahmad Zahidi, Datuk Seri Rais Yatim termasuk Muhyiddin telah menyelar MCA yang menyuruh untuk memulaukan Utusan dengan mendakwa konsep '1Melayu, 1Bumi' yang diilhamkan akhbar itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.


.






0 Responses to "Utusan Malaysia Meroyan, Merudum Jatuh 350,000 ke 170.558 Naskah"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors