RSS

Mark Zuckerberg ditendang keluar dari Facebook



Mark Zuckerberg, lahir pada 14 Mei 1984 merupakan seorang Pengaturcara Komputer dan Entrepreneur Internet. Dia dikenali kerana telah mencipta sebuah website perhubungan social, Facebook, dimana beliau sendiri merupakn CEO dan Presiden.

Facebook didirikan sebagai sebuah syarikat persendirian pada tahun 2004 oleh Zuckerberg dan rakan sekelasnya Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin, dan Chris Hughes, dimana mereka merupakan pelajar di Universiti Havard.

Pada tahun 2010, Zuckerberg telah dinobatkan sebagai "Person of the year" oleh majalah Time. Pada tahun 2011, nilai harta miliknya dianggarkan berjumlah $13.5 billion Amerika.

Anda mungkin seorang yang unik di dunia ini tapi perlu diingatkan bahawa bukan anda seorang sahaja yang mengguna nama anda.

Diluar sana juga terdapat seorang yang bernama Mark Zuckerberg, yang mana seorang yang mempunyai ijazah perundangan dan bukannya syarikat perhubungan sosial Facebook. Tapi malangnya ada yang sukar mempercayai bahawa ada lebih dari seorang Mark Zuckerberg di dunia ini.

Mark Zuckerberg yang ini tinggal di Indianapolis. Untuk mendapatkan akaun Facebook, beliau terpaksa mengharungi pelbagai rintangan lebih dari rakan-rakannya yang mana pengguna biasa Facebook.

"Permohonan saya untuk mendaftar di Facebook telah ditolak 2 tahun lalu kerana nama saya yang sama, dan saya terpaksa hantar kepada mereka salinan lesen memandu, surat beranak dan lesen khas Indianapolis Bar Association hanya untuk meyakinkan mereka bahawa saya wujud dan membenarkan saya membuat page Facebook saya sendiri" kata Zuckerberg dalam satu sidang akhbar.

Zuckerberg perlu melalui pertukaran maklumat dengan syarikat Facebook selama 4 bulan sehingga dia sendiri memberi surat ugutan yang menyebabkan syarikat itu akhirnya memberikannya sebuah akaun.

2 Tahun berikutnya, dia menggunakan akaun facebook sepertimana orang lain, tapi malangnya dia selalu disalah anggap sebagai pengasas facebook yang mempunyai sama nama dengannya.

Dan baru-baru ini, akaun dia "Mark Zuckerberg" telah di lumpuhkan oleh Facebook. Kali ini dia membawa berita ini kepada media massa, dan selepas membuat panggilan kepada Facebook, syarikat itu akhirnya memberi maklum balas, "Kami dalam proses untuk mengaktifkan semula akaun anda dan meminta maaf atas kesilapan ini" 


.


0 Responses to "Mark Zuckerberg ditendang keluar dari Facebook"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors