RSS

Subsidi GULA Ditarik Untuk Bina TIANG 1Malaysia?


 



IPOH: Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk tiang-tiang peringatan 1Malaysia , dan ini menurut DAP hanyalah pembaziran wang rakyat, terutama apabila rakyat kebanyakan di Malaysia menderita dari pemotongan subsidi barang-barang keperluan.

“Mereka mengatakan mereka mengalami masalah kekangan kewangan sehingga terpaksa mengurangkan subsidi pada gula dan petrol, tetapi mereka mempunyai RM38.4 juta untuk dibelanjakan pada monumen-monumen yang meningkatkan imej politik Perdana Menteri,” kata Nga Kor Ming, wakil rakyat Pantai Remis dan Timbalan Bendahari Agung DAP.

Nga berkata dia telah mengira terdapat lebih lima struktur seperti itu di Pantai Remis sahaja, dan ia terletak tidak lebih daripada satu kilometer di antara satu sama lain.

Dia merasakan bahawa lebih banyak monumen yang dibina di kawasan itu mungkin disebabkan saingan politik di antaranya dan Menteri Besar Zambry Abdul Kadir.

Dia menganggarkan tiang itu dibina dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM5,000 setiap satu.

Dia takut ia akan menjadi seperti Tugu Wawasan 2020 bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad , yang semuanya sudah musnah.

“Wang cukai dibazirkan dengan slogan kosong dan tiang-tiang yang 1Malaysia, yang mereka sendiri tidak hayati,” katanya.

Wang yang dibelanjakan itu boleh digunakan untuk projek prasarana asas di kawasan luar bandar, tambahnya.

“Harga gula telah naik empat kali dalam satu tahun , dan harga minyak telah naik enam kali.


“Tetapi Barisan Nasional mempunyai wang rakyat yang dibelanjakan dengan melampau untuk projek-projek gajah putih, seperti membina ribuan monumen 1Malaysia di kawasan bandar dan luar bandar.” katanya.

.


0 Responses to "Subsidi GULA Ditarik Untuk Bina TIANG 1Malaysia?"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors