RSS

Muhyiddin dakwa Nik Aziz keluar fatwa baru


TPM kita Si Mat Sembab dan anak perempuan sexy+HOT+Artis popular lagi...hehe..Tak kenal ke?? Si Najwa yang selalu featuring Malique tu...

KUANTAN, 14 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat “berkata benar walaupun pahit” berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri  berkata, Nik Aziz mengeluarkan fatwa baru ekoran kenyataan terbaru semalam bahawa mereka yang mengaitkan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Muhyiddin berkata kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan seseorang yang “ternama.”

“Bila keluar video sebegitu, dan ia dikaitkan dengan yang ternama, ketua pembangkang, sudah tentu ramai nak tahu.

“Jadi disebabkan jadi perhatian awam, umum, pihak kerajaan bila dibawa aduan (itu), maka perlu buat siasatan dan perlu bukti fakta yang sebenarnya,” katanya dipetik media hari ini.

Muhyiddin yang ditemui pemberita selepas menghadiri program bersama warga pendidik Pahang di sini, diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang mengatakan ‘tak masuk syurga tuduh Anwar’ terbabit dalam video seks berkenaan.

Dipetik Bernama, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata: “(Ini) fatwa baru dia (Nik Aziz), saya fikir Nik Aziz biasa(nya) begitulah.

“Dia menjawab lebih kepada bahasa politik, bukan kepada hukum,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, apa yang penting ketika ini ialah mencari kebenaran berhubung isu video seks berkenaan bagi mengelak sebarang fitnah dan tohmahan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di Kota Baru semalam, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan mereka yang mengaitkan Anwar dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Rakaman video itu didedahkan kali pertama oleh trio “Datuk T” pada 21 Mac lalu. Polis Diraja Malaysia semalam sekali lagi mengesahkan ketulenan video seks itu dengan memperoleh pandangan pakar dari Amerika Syarikat.

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga).

“Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka,” katanya.

“Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,” kata Nik Aziz lagi.

TMI

.


0 Responses to "Muhyiddin dakwa Nik Aziz keluar fatwa baru"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors