RSS

Umno wajar pelawa DAP sertai BN


KWAH KWAH KWAH KWAH KWAH KWAH... LAWAK JUMAAT YOB....BEKAS NAIB CHANCELLOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK TAN SRI DR. NORDIN KARDI SARANKAN SUPAYA DAP BERGABUNG DENGAN UMNO DALAM BARISAN NASIONAL ATAS ALASAN MCA/MIC/GERAKAN/PPP SUDAH TIDAK LAGI RELEVAN....KWAH KWAH KWAH....TUDUH DAP PARTI MENGAMALKAN FAHAMAN KOMUNIS KINI DISARAN JADI RAKAN KARIB SEKAMAR SEBANTAL SETILAM SEKELEMBU UMNO.... kwah kwah kwah...SUDAH TERDERSAK SANGAT KE UMNO NI WEH!!!... kwah kwah kwah...PATUTLAH JAWATANNYA SEBAGAI NAIB CHANCELLOR UUM TIDAK DISAMBUNG... kwah kwah kwah...UMNO SAH DAH NAZAK...TAK PERCAYA... SILA BACA LINK DARI THE MALAYSIAN INSIDER...BACA JANGAN TAK BACA...UNTUK MAKLUMAN..... NORDIN KARDI INILAH DULU JADI TUKANG SOAL BAGI PIHAK UMNO DEBAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM/ SHABERRY CHIK...SOALAN-SOALAN MERAPU... kwah kwah kwah...BEKAS KETUA PENGARAH BIRO TATANEGARA MAMAT NI....SEBAB ITU KUALITI KAKITANGAN BTN MACAM MANA PULAK... KWAH KWAH KWAH..


KUALA LUMPUR, 20 Mei — Seorang kolumnis Utusan Malaysia mengesyorkan agar Umno mempertimbangkan penerimaan DAP, yang selama ini didakwa parti cauvinis Cina, sebagai komponen Barisan Nasional (BN).

Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan memberikan latar belakang kelahiran DAP menulis Umno seharusnya menerima parti itu bersama PAS, yang sebelum ini banyak kali dipelawa oleh Umno.

Katanya, jika DAP dan PAS sama-sama menjadi pemilik BN bersama Umno dan parti-parti picisan lain nanti, apakah yang menghalang semua mereka mengubah BN bersama-sama, jika itu yang dimahukan.

“Kesampingkan nostalgia dan sentimen tradisi, saya lihat DAP dan PAS akan amat selesa menyertai BN.

“Jika BN memang benar berhasrat menjadi satu parti tanpa komponen seperti sekarang, ia akan berlaku setelah hal yang saya utarakan ini didahulukan. Mengapa tidak?” kata Nordin.

Katanya, bagi DAP pula, tentulah Umno lebih sesuai dijadikan rakan serumah berbanding dengan PAS.

Kata Nordin, dasar Umno yang secara konsisten sangat pragmatik sewajarnya menyelesakan DAP untuk tinggal bersama BN berbanding di rumah tumpangan pakatan pembangkang.

“DAP yang sangat sekular (kehendak yang terpancar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin utamanya) sulit untuknya mengekalkan rumah tangga yang aman bersama PAS yang dilihat sangat teologikal.

“Lainlah jika PAS berada dalam rumah BN yang lebih besar nanti tentulah PAS juga akan pandai bertingkah laku sesuai pengalamannya tersingkir daripada BN pada tahun 1970-an dahulu,” katanya.

Nordin juga menambah, pada asasnya banyak tuntutan DAP sudah tidak bersesuaian lagi kerana semuanya telah ditunaikan oleh BN, misalnya tuntutan kriteria merit ke universiti, tuntutan ‘Malaysian Malaysia’ sudah terangkum dalam ‘1 Malaysia’, dasar semuanya inklusif, mewajarkan DAP untuk tidak perlu silu atau meminta maaf kepada pengikutnya untuk menyertai BN.

“Semua peluang yang diminta telah ada di dalam BN,” katanya sambil menambah, jika semua telah ada dalam BN — “sekularnya ada, teologinya ada, suasana inklusif telah ada”, semua kepentingan pelbagai kaum telah ada, apakah lagi kewajaran mengubah ‘status quo’.

“Jika, misalnya ada alasan lain seperti BN masih tidak bersih maka BN perlu ditolak, hujah itu tidaklah begitu kukuh. Sebaliknya, hujah yang lebih kukuh ialah ‘ubahlah’ BN bukan ‘menggantikan’ BN,” kata beliau.

Kata Nordin, BN tidak harus menunggu sehingga benar-benar lemah dan hampir lemas baharu cuba berenang mencari tebing.

Kata beliau, amat menarik apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini seperti dengan sengaja memilih masa yang agak sama menyerukan PAS meninggalkan pakatan pembangkang sambil memberi amaran kepada kaum Cina supaya tidak mengharapkan perwakilan yang biasa dalam Kabinet sekiranya mereka tidak memilih mana-mana parti Cina yang menjadi komponen BN dalam PRU yang akan datang.

“Seruan itu seperti hanya kurang sedikit daripada secara terang-terangan menjemput PAS menyertai BN dan juga kurang sedikit daripada memberi altimatum kepada MCA dan Gerakan supaya ‘take it or leave it’, sambil pada masa yang sama menghitung sejarah bahawa MCA terutamanya tidak pernah tidak setia kepada ikatan yang telah terjalin semenjak masa merdeka dituntut,” katanya.

Katanya lagi, atas setiakawan demikianlah agaknya mengapa Najib tidak secara serentak ‘menyapa’ PAS dan DAP supaya meninggalkan PKR terkonteng-konteng sendirian.

Nordin menambah, pelbagai medium digunakan oleh pelbagai pihak dari luar bagi mengurangkan kebolehpercayaan orang ramai terutamanya pengundi terhadap kesucian ‘rumah tumpangan’ DAP dan PAS itu tetapi setakat ini mereka masih mampu di situ.

“Sebaliknya, rumah BN sendiri yang seperti bergoyang-goyang dari dalam,” kata beliau.

Nordin menambah, hal ini mendorongnya meneliti semula tentang sentimen BN tidak boleh menerima DAP menjadi pengongsi rumah besar itu.

Mengambil kita latar belakang PAP dan DAP, kata beliau, secara ideologi nampaknya Umno dan DAP boleh duduk bersama dengan selesa..



http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ex-uum-vc-says-dap-should-join-bn/


.


.


0 Responses to "Umno wajar pelawa DAP sertai BN"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors