RSS

Hero Disebalik RON95 ...


 
 
Modus Operandi : Menteri berkaitan akan keluar kenyataan bahawa kenaikkan harga petrol RON95 tidak dapat dielakkan. Apabila rakyat mula panik, secara tiba-tiba PM akan keluar kenyataan bahawasanya demi rakyat RON95 tidak akan dinaikkan. Akhirnya semua pihak terutamanya akhbar Utusan Malaysia akan menghambur pujian betapa PM Malaysia adalah PM yang berjiwa rakyat!


Sinopsis: Malaysia merupakan sebuah negara pengeluar minyak. Walaupun bukan pengeluar minyak terbesar di dunia, iaitu hanya menduduki tangga ke-27, namun jumlah pengeluaran jauh lebih besar dari jumlah penggunaan minyak dalam negara. 

Pengeluaran minyak dalam negara Malaysia adalah begitu berkualiti sekali sehingga memaksa kerajaan menjual minyak ini ke negara eropah memandangkan rakyat negara Malaysia adalah rakyat kelas ke-3 dan tidak layak menggunakan minyak berkualiti. Akhirnya kata putus diambil, Malaysia menggunakan minyak arab kerana ianya sesuai dengan iklim negara ini (retorik).

Pada peringkat awal, setelah bergelumang dengan harga minyak dunia yang melambung tinggi, rakyat Malaysia ditawarkan harga petrol RON97 pada harga RM1.80 seliter setelah sebelumnya naik sehingga mencecah RM2.70. Kenaikkan mendadak 78sen seliter pada tanggal 5 Jun 2008 telah mendatangkan amarah rakyat selain mencipta inflasi kenaikkan harga barang yang kekal tidak turun-turun walaupun harga minyak sudah turun. 

Jangan kita lupa kenaikkan 78sen ini telah menjimatkan 4bilion wang rakyat untuk tujuan memperkemas sistem pengangkutan awam. Tetapi 4 bilion itu dikhabarkan hanya sempat digunakan sebanyak beberapa ratus juta dan selebihnya hangus dek kenaikkan harga minyak dunia - alasan dangkal lagi hina.

Rakyat bangkit dengan hebat ketika harga minyak melambung 78sen. Apabila harga petrol RON97 telah turun ke paras RM1.80 oleh paklah, lantas kerajaan regim Najib yang menaiki tahta pada April 2009 memikirkan bagaimana caranya untuk menaikkan harga RON97 kembali ke angka sasaran awal iaitu RM3.60 seliter daripada RM1.80 seliter. 

Maka hadirlah idea RON95 iaitu minyak komersial yang sebelum ini kebanyakkannya dijual dalam negara yang tiada pengeluaran minyak atau negara yang pengeluaran minyaknya lebih sedikit dari penggunaan dalam negara. 

Dengan adanya RON95 khas buat rakyat karbaret lowclass, maka mudahlah pihak regim untuk menaikkan harga petrol RON97 ke paras mana yang mereka suka kerana rakyat tidak lagi peduli akan kualiti hidupnya asal dapat harga yang lebih murah. Setelah rakyat disuap dengan harga petrol mampu-beli RON95, rakyat telah lupa bahawa sebenarnya RON97 adalah petrol sebenar milik rakyat, bukan petrol mesin rumput RON95!

Kini langkah regim memperkenalkan RON95 telah membuahkan hasil. Harga minyak RON97 telah mencecah RM2.90 seliter sebaliknya harga RON95 yang telah lama kekal di takuk RM1.90 seliter dikhabarkan akan berganjak dengan keputusan ahli-ahli parlimen BN yang bersetuju mengurangkan subsidi petrol untuk rakyat. 

Menteri bertanggungjawab pada mulanya berjanji tidak akan menaikkan harga petrol telah mula lari intonasinya. Menteri bertanggungjawab telah akur betapa harga petrol akan dikaji semula walaupun baru sahaja beberapa hari mengumumkan harga petrol RON95 tidak akan berganjak walau sesen.

Kini tiba masa dan ruang untuk Perdana Menteri Malaysia menjadi hero memenangi isu. Ditambah pula dengan gendang-gendang PRU-13 yang kononnya hebat dipalu. Ura-ura kenaikkan petrol RON95 bakal diselamatkan oleh Perdana Menteri Malaysia bagi mencerminkan betapa prihatinnya dan begitu berjiwa rakyatnya Perdana Meneteri Malaysia. 

Najib akan mengumumkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak akan menaikkan harga minyak sehingga hujung tahun ini demi memberi ruang kelegaan kepada rakyat dan berita terbatalnya kenaikkan harga petrol RON95 akan disorak dengan gembira sekali. Semua pujian dihambur kepada hero harga minyak iaitu Najib Razak. 

Sedangkan, semua tidak sedar bahawa khazanah rakyat telah dicuri lebih awal dengan harga RON97 yang telah mencecah RM2.90 seliter. Regim Najib tidak peduli dengan RON95 petrol tidak berkualiti untuk rakyat lebih susah dalam jangka masa panjang. Oleh demikian, naik atau turun harga petrol RON95 adalah demi untuk menunjukkan betapa heronya mereka dalam memenangi isu dan lantas kononnya memenangi hati rakyat. 

Hari ini, Ketua Pemuda UMNO pula cuba untuk mencuri tumpuan dengan mengarahkan usul membantah kenaikkan harga minyak dari pemuda UMNO. Di luar ini usul mereka adalah membantah kenaikkan harga minyak tetapi usul dibentang oleh Shahrir Samad BN Johor Baharu, telah disokong kuat oleh Razali Ibrahim Timbalan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Ahli Parlimen Muar. Apakah Khairy Jamaludin KPUM mahu bersuara lagi untuk menjadi hero memenangi isu? Ia milik Najib Razak, janganlah Khairy curi ditakuti harga minyak benar-benar naik.

Zahid Hamidi juga telah bersuara, minta kerajaan kaji semula kenaikkan harga petrol RON95 merujuk kepada nasib dan beban rakyat. Zahid berkata "Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai mekanisme lain yang boleh digunakan bagi menampung subsidi dan kenaikan harga minyak tersebut.". Ini bermakna hanya Najib sahaja yang boleh mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 akan ditangguhkan atau dibatalkan terus.

Inilah permainan mereka, di luarannya cuba untuk menjadi hero dengan membantah kenaikkan harga petrol tetapi di dalam parlimen itu sendiri, mereka meluluskan pengurangan subsidi untuk rakyat! RON95 adalah permainan mereka sejak dari mula ianya diperkenalkan kepada Rakyat Malaysia.


 
.


0 Responses to "Hero Disebalik RON95 ..."

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors