RSS

Pelabuhan Klang Rancak Membangun Dengan Pendapatan RM 30 Billion Setahun



Meskipun Pelabuhan Klang menghasilkan pendapatan RM30 bilion setahun tetapi Kerajaan Persekutuan di bawah Umno-BN mengabaikan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat kawasan tersebut.

Kerajaan Persekutuan tidak mengembalikan lima peratus dalam pembinaan prasarana infrastruktur kepada masyarakat tempatan di Pelabuhan Klang dan akibatnya prasarana tidak langsung menggambarkan Pelabuhan Klang merupakan antara pelabuhan terbesar di dunia,

Tindakan tersebut sanggup diambil Umno-BN hanya disebabkan sikap mengutamakan perkiraan politik dalam mengagihkan peruntukan dan pembangunan kepada rakyat Selangor.

Sebaliknya Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang telah mengambil alih Kerajaan Negeri Selangor semenjak 2008 tidak pernah meletakkan sebarang syarat anutan politik dalam setiap program kebajikan dan pembangunan yang dilaksanakan. Sebagai rekod Pelabuhan Klang merupakan pelabuhan ke -13 terbesar di dunia. 

Negeri Selangor sebagai penyumbang terbesar sebanyak 23 peratus kepada keluaran ekonomi negara juga menjadi mangsa gara-gara amalan memilih anutan politik dalam mengagihkan pelaburan dan peruntukkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Menyentuh isu lain, Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang berkata Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang mana-mana projek Kerajaan Persekutuan yang membawa kebaikan kepada rakyat.

“Tanah-tanah di mana jika ada Kerajaan Persekutuan untuk melakukan projek pembangunan mendapat sokongan yang besar dari Kerajaan Negeri, contoh MRT, projek-projek menggali longkang dan lain-lain semuanya mendapat kelulusan yang tercepat dibandingkan dengan mana-mana negeri lain,” kata beliau.

Beliau turut menambah projek pembinaan jalan raya dan jambatan merupakan kuasa di bawah Kerajaan Persekutuan dan bukanlah di bawah Kerajaan Negeri.

Peruntukan tersebut disalurkan oleh Kerajaan Persekutan kepada Jabatan Kerja Raya manakala Kerajaan Negeri hanya memperolehi peruntukan Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) untuk membaiki jalan rosak atau menaik taraf jalan.

Berikut dibawah ini dipaparkan senarai-senarai perojek pembangunan dikawasan Pelabuhan Klang yang sedang dan akan dilaksanakan.







.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors