RSS

Karpal Singh Dalam Kenangan



Karpal Singh mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum mula menyertai politik setelah menjadi ahli DAP pada tahun 1970.Bekas Pengerusi DAP itu kemudiannya bertanding kerusi parlimen pada tahun 1978 serta pernah meyandang Naib Pengerusi DAP dan Timbalan Pengerusi DAP.

Karpal, 74, yang aktif berpolitik selama 36 tahun turut digelar ‘harimau jelutong’ kerana kesukarannya untuk ditewaskan dalam pertandingan kerusi Parlimen Jelutong sebelum pilihanraya umum pada 1999.  

Dikenali sebagai seorang yang pandai berhujah, beliau pernah dilantik menjadi peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kes liwatnya itu.   

Karpal berkahwin dengan Gurmit Kaur dan dikurniakan lima anak.  

Salah seorang anaknya,Gobind Singh Deo merupakan Ahli Parlimen Puchong setelah menang di dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008. 

Beliau menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada tahun berikutnya. Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang pada Oktober 1987.  

Pada Mac, Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP sementara menunggu rayuan kes hasutan yang dikenakan terhadapnya selesai.  

Pada 2005, Karpal turut terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan beliau lumpuh dan sejak itu menggunakan kerusi roda.  

Sebagai seorang peguam, Karpal telah muncul dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Karpal maut dalam satu kemalangan di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung kira-kira jaml 12:40 pagi tadi. 

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah, mati di tempat kejadian akibat cedera parah.


Turut terkorban ialah pembantu peribadinya, Michael Cornelius, manakala dua lagi iaitu anaknya Ramkarpal Singh serta pemandu kereta dilaporkan cedera parah. 

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan sebuah lori. 




.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors