RSS

Pakatan Rakyat Kehilangan Tokoh Penyatu




Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang YB Karpal Singh yang meninggal dunia dalam kemalangan awal pagi tadi.

Mendiang merupakan tokoh politik yang amat disegani kawan dan digeruni lawan yang telah menyumbang banyak jasa terutama kepada penyatuan Pakatan Rakyat.

Kredibiliti dan integriti beliau berpolitik berlandaskan prinsip Perlembagaan Malaysia menjadi sumber inspirasi kepada ahli politik generasi baharu untuk memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.

Sesungguhnya jasa-jasa beliau telah menyuburkan prinsip demokrasi di negara ini dan amat sukar mencari pengganti seperti beliau, yang terbukti komited terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.

Jasa dan sumbangan YB Karpal Singh sebagai pejuang hak asasi dan ahli politik yang banyak mewarnai dunia politik negara ini dengan pelbagai isu akan dikenang seluruh rakyat Malaysia.


YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


17 APRIL 2014



.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors