RSS

Isu Air Selangor: Syarikat Konsesi Mengalah. Terbukti Kebijaksanaan Khalid Ibrahim



Berbekal pengalaman luas di bidang korporat, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya mencatat kejayaan ketika berdepan dengan syarikat konsesi air di Selangor.
 
Langkah bijaknya mengekang kemaraan syarikat konsesi kini menyaksikan dua daripada tiga firma merayu agar diterima kembali di dalam langkah penstrukturan semula air negeri bagi mengelak diambil alih kerajaan persekutuan dengan pampasan rendah.
 
Benar, kebijaksanaan MB ini telah mempergunakan rancangan pengambilalihan kerajaan persekutuan dan menggentarkan mereka. Langkah itu mungkin bakal memberi kesan kepada keuntungan syarikat konsesi. Maka mungkin lebih baik mereka menjual kepada kerajaan negeri berbanding kepada Putrajaya.
 
Setelah berbulan menampakkan kedegilan, syarikat konsesi air Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akhirnya mengalah kerana pengambilalihan Putrajaya mungkin kurang menarik bagi mereka.
 
Ini merupakan kemenangan bagi MB Selangor yang telah lama menghadapi tentangan syarikat-syarikat konsesi. Mereka enggan menerima tawaran pembelian oleh kerajaan negeri dan ini menyebabkan kerajaan persekutuan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA).
 
Kedua syarikat terbabit mendapat tawaran yang lebih rendah daripada Putrajaya dan hanya diberi pampasan bagi aset air mereka sahaja.
 
Mereka akhirnya akur bahawa tawaran daripada pihak kerajaan negeri lebih baik.
 
Khalid menandatangani perjanjian dengan Putrajaya bagi membenarkan pembinaan loji rawatan air Langat 2 dan menyokong pengagihan infrastruktur. Kerajaan persekutuan pula dibenarkan mengambilalih syarikat konsesi di bawah WSIA dan mereka akan distruktur semula.
 
Firma yang terlibat merayu kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili agar mereka dibenarkan terlibat dengan penstrukturan semula dan tidak diambil alih.
 
Menteri tersebut memberitahu Khalid dan beliau berkata MB Selangor bakal menimbangkannya.
 
Khalid kekal dengan tawaran sebanyak RM9.65 bil bagi mengambil alih kesemua empat konsesi. Setakat ini, hanya Konsortium Abbas Sdn Bhd yang bersetuju menerimanya.
 
Khalid kemudian berkata kerajaan negeri tidak berhasrat meningkatkan harga tawaran, sambil pentadbirannya bekerjasama dengan Putrajaya bagi mempercepatkan pengambilalihan aset air sementara menunggu respon mereka.
 
Perjanjian di antara Khalid  dan Putrajaya tidak pernah berlaku sebelum ini.
 
Khalid ditempelak kerananya tetapi ia menunjukkan bahawa Khalid seorang perancang licik yang berjaya menghasilkan keputusan yang dicarinya.
 
Namun perjanjian tersebut juga membenarkan pembinaan loji Langat 2 bagi merungkai masalah bekalan air di Selangor dan ini mungkin tidak diterima dengan hati yang terbuka oleh beberapa ahli politik Pakatan.
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors