RSS

Budaya politik Gengsterisme yang dibawa menantu Pak Lah ke dalam UMNO




Oleh Anti Khairy
http://antikhairy.blogspot.com

Artikel dan gambar ini saya terima daripada pembaca blog ini semalam. Terima kasih kerana membuat pendedahan tentang aktiviti politik menantu PM ini – Anak Jati Rembau.

Siapakah Ipin atau digelar sebagai Ayahanda Angah Ipin Keramat? Dan Apakah hubungannya dengan menantu Pak Lah?

Ipin atau nama sebenarnya Ariffin Bin Hj. Abu Bakar memang dikenali di kawasan Keramat khasnya Keramat AU5D. Terkenal bukan kerana kebaikan dan kebajikan yang dibuatnya walaupun dia menyertai Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA). Beliau terkenal kerana gangsterisme dan kekejaman yang pernah beliau lakukan.

Mula mengenal erti gangsterisme pada tahun 1994 apabila beliau mula menyertai PEKIDA atau perjalanan 30 (dipanggil 30 kerana sebelum mana-mana ahli PEKIDA harus mengangkat sumpah dengan menjunjung Quran 30 juzuk) dibawah kepimpinan Ghani a/k/a Ghani Gelong a/k/a Brother Gun a/k/a Mr.Gun a/k/a Pak Long Gun serentak menyertai kongsi gelap Melayu 36 yang dipimpin ketika itu Allahyarham Pak Long Burung.
 
Ayahanda Angah Ipin Keramat yang berdiri disebelah menantu PM dengan menggunakan baju melayu putih.

Siapa tidak kenal dengan beliau. Sebut sahaja nama beliau iaitu Angah Ipin adik Brother Gun sudah pasti menggigilm kepala lutut. 

Beliau dibantu oleh panglima perang atau kaki pukul yang lebih kurang sama kejamnya dengan beliau iaitu Abang Long Zuri yang tinggal di kawasan Keramat AU3. Beliau (Ipin) memegang jawatan yang agak tinggi dalam kongsi gelap melayu 36 ini. Beliau memegang jawatan abang long dimana beliau ada hak mempunyai nama kongsi gelap sendiri iaitu Tai Ko Pan. Setiap anak buah beliau mempunyai nama keluarga tersebut seperti Long Hay Pan dan lain-lain lagi.

Beliau juga antara orang awal yang bertanggungjawap memperkenal kongsi gelap melayu yang baru iaitu 77 atau disebut double 7. Double 7 diambil nama tersebut kerana simbol 7 membawa erti pistol dan pistol dikaitkan dengan nama Ghani a/k/a Mr. Gun. (kalau ada yang masih ingat isu Double 7 pernah menggegarkan negara apabila Harian Metro mendedahkan kegiatan gang ini)

Pada tahun 2005 beliau diangkat menjadi Ayahanda oleh Allahyarham Pak Long Burung. Ketika itu beliau yang mempunyai bisnes kereta sewa yang bernama EPANCO Global Solutions (diambil sempena nama kongsi gelap beliau iaitu Tai Ko Pan atau Tai Ko Aipan). Beliau telah menubuhkan satu syarikat yang diberi nama yang sama dimana syarikat untuk melindungi anak-anak buah beliau yang melakukan kegiatan pukul-memukul. Setelah pengasas kongsi gelap melayu 36 meninggal dunia dan telah diambil alih oleh Mr.Gun dan digelar Pak Long Gan beliau telah mencadangkan penggabungan kongsi ini dengan diberi nama 36 Double 7.
 
Pada tahun penghujung 2006 beliau yang bercita-cita ingin menjadi kaya telah melupakan arahan oleh Pak Long Gun supaya tidak bergaul dengan orang politik kerana orang politik apabila mereka tersepit pasti mereka akan meninggalkan kumpulan ini. Beliau telah membuat satu majlis keraian dengan menjemput menantu Pak Lah Khairy Jamaludin. (boleh dilihat melalui gambar yang dikirimkan).

Bermula saat itu bermulalah hubungan baik beliau dengan KJ. Masa di IJOK KJ telah menggunakan khidmat Ipin untuk melakukan provokasi kepada penyokong PKR. anak-anak buah beliau lah yang telah melemparkan kayu kepada penyokong PKR masa hari penamaan calon. Malah ketika insiden penahanan bas yang dipercayai membawa pengundi hantu dan bas tersebut dibawa ke balai polis berdekatan sekali lagi Ipin dan konco-konconya telah datang bersama KJ dan telah bersiap sedia untuk melakukan aksi kekerasan tapi berjaya dihalang oleh polis.

KJ memang memerlukan Ipin dan Ipin memerlukan KJ. KJ perlukan Ipin supaya ketika pilihanraya beliau boleh menggunakan khidmat beliau untuk melakukan aksi kekerasan dan Ipin memerlukan KJ supaya boleh mendapat ongkos yang lumayan. Alahai murahnya peribadi beliau!!!!

-Penglibatan PEKIDA dalam dunia samseng ini amat bertentangan dengan Islam. Ia semakin jauh terpesong bila mana mereka membiarkan diri mereka diperkudakan oleh UMNO. Bak kata RTM “ini bukan budaya kita”…cuma nak tambah “Ini bukan cara dakwah Islam”…hancus bebudak yang joint PEKIDA ni..kesian……..

 Sumber ~ Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

 

'



0 Responses to "Budaya politik Gengsterisme yang dibawa menantu Pak Lah ke dalam UMNO"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors