RSS

Rupanya dah 40 Tahun umno Kena Racun DAP


Akibat kehabisan modal untuk mengutuk DAP, Utusan Malaysia mencipta satu lagi fitnah kononnya DAP telah meracuni pemikiran PAS hingga termakan hasutan memperjuangkan negara berkebajikan.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menempelak tulisan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Datuk Zaini Hassan yang mendakwa kononnya negara berkebajikan PAS adalah pengaruh Malaysian Malaysia DAP.

Tuduhan tersebut dibuat dalam rencana Zaini bertajuk “Negara Kebajikan, Negara Islam, dan ‘Malaysian Malaysia’” hari ini.

Kit Siang berkata beliau bersedia untuk memberi berita paling sensasi kepada Utusan bahawa DAP tidak mempengaruhi PAS, sebaliknya berjaya meracuni pemikiran UMNO sejak 40 tahun lalu.

“Sebenarnya DAP telah lama menjadi dalang untuk UMNO sejak beberapa dekad lalu. Jika beliau (Zaini) ada otak politik dan serius dengan tuduhannya terhadap PAS dan DAP, maka dia perlu berfikir mendalam sedikit,” soalnya.

Apabila Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri, mereka memperjuangkan masyarakat pelbagai kaum yang digalakkan menerima sains dan teknologi serta sekularisme.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, pemerintahannya selama 23 tahun telah menolak negara Islam. Malah, Mahathir memperkenalkan Wawasan 2020 yang mahu mewujudkan Bangsa Malaysia yang banyak mengambil semangat dan ciri-ciri Malaysian Malaysia.

Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri, beliau memulakan usaha reformasi dalam beberapa bidang termasuk polis dan kehakiman yang memang selama ini menjadi perjuangan DAP.

Apabila Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri, beliau memperkenalkan 1Malaysia yang meniru Malaysian Malaysia yang telah dibawakan oleh DAP 45 tahun lalu.

Menurut Kit Siang, jika Zaini memahami politik, tentunya beliau tidak akan menulis kononnya DAP mempengaruhi PAS kerana DAP lebih banyak “membantu” UMNO untuk melaksanakan agenda-agenda pelbagai kaum BN selama ini.
Kit Siang memberi contoh:
  • Kenyataan terbuka Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa konsep negara berkebajikan yang disebut beliau bahawa “konsep negara berkebajikan yang dilaungkan PAS itu telah lama diamalkan oleh kerajaan BN.”
  • Kenyataan terbuka oleh Najib yang “konsep negara berkebajikan yang dilaung PAS bukanlah perkara baru dan konsep itu sentiasa digunakan oleh kerajaan,” yang menjelaskan lagi bahawa negara ini telah menjadi negara berkebajikan.
Sedangkan DAP telah memperjuangkan negara berkebajikan sejak sekian lama, tambah Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.

Beliau mempersoalkan sama ada Utusan dan UMNO berani mengaku sama ada DAP telah menjadi dalang kepada UMNO apabila memperkenalkan dasar-dasar kebajikan serta usaha pelbagai kaum.

-Roketkini

.


0 Responses to "Rupanya dah 40 Tahun umno Kena Racun DAP"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors