RSS

Agong benarkan kita berhimpun di Stadium Merdeka - Dr Hatta



KL, 9 Julai 11: “Kita telah berjaya berhimpun di Stadium Merdeka dan ini menunjukkan kita telah berjaya mencapai matlamat kita. Bersih berjaya. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong benarkan kita berhimpun di Stadum Merdeka. Daulat Tuanku!"

Demikian ucapan Dr Mohd Hatta Ramli yang mengetuai perarakan ke Stadium Merdeka sebaik tiba di stadium itu sekitar jam 2.38 petang tadi bersama tidak kurang 10,000 orang penyokong Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

“Negara kita aman dan kita menjunjung tinggi keamanan, manakala perhimpunan ini kita adakan untuk mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita,” katanya.

Katanya, rakyat tidak perlu takut untuk berhimpun dengan aman kerana perhimpunan kita ini dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Bersih bersih, Bersih aman. Bersih bersih, Bersih aman. Bersih bersih, Bersih aman," ucap Hatta dengan disambut gema suara orang ramai di sisi sekatan pihak polis untuk ke pintu stadium.

Walaupun dihalang dan bebertapa orang pemimpin kita telah ditangkap, menurut Hatta, kita tetap berjaya juga ke Stadium Merdeka dan ini jelas melambang kejayaan Bersih 2.0 hasil semangat perjuangan yang tinggi yang ada pada kita.

Setelah beberapa minit berhimpun dan berucap dengan diselang seli ucapan Hatta dan beberapa orang pemimpin Pakatan lain, Dr Hatta mengumumkan perancangan seterusnya untuk berhimpun pula di KLCC.

Dr Hatta kemudian terus memimpin perarakan menuju ke KLCC dengan pelbagai laingan termasuk hidup Bersih, reformasi, takbir, ucapan dua kalomah syahadah. Mereka melalui Lebuh Ampang, tetapi tibu dekat Jalan Pudu, mereka sekali lagi ditembak berdas-das gas pemedih mata oleh pihak polis.

Ini menyebabkan mereka berpecah tetapi bersatu semula kemudiannya lalu meneruskan perarakan ke KLCC. Dr Hatta muncul sebagai wira dan menerima ucapan tahniah dari orang ramai.

.


0 Responses to "Agong benarkan kita berhimpun di Stadium Merdeka - Dr Hatta"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors