KUALA LUMPUR 6 JULAI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula berdolak dalih, kurang 24 jam selepas membuat tawaran untuk perhimpunan Bersih diadakan di stadium dan bukan dijalanan.
Selepas tawaran berkenaan diterima oleh penganjur perhimpunan semalam, Najib hari ini menegaskan Bersih adalah pertubuhan haram dan justeru itu, tidak boleh memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu.
Najib berkata mana-mana pihak yang membuat permohonan untuk perhimpunan sedemikian harus berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Kenyataan itu mengejutkan lebih-lebih lagi setelah Najib sendiri menyatakan kesediaannya semalam untuk berjumpa dengan penganjur Bersih bagi membincangkan tawarannya itu.
Bagaimanapun Perdana Menteri menukar rentaknya hari ini dan menegaskan mana-mana pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan sedemikian harus berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
"Kita serahkan kepada polis untuk membuat keputusan dengan mengambilkira soal keselamatan,” kata beliau.
Penganjur Bersih menegaskan pihaknya tidak boleh memerlukan sebarang pendaftaran kerana ia hanya merangkumi 62 pertubuhan bukan kerajaan yang berkongsi agenda untuk menuntut pilihanraya adil dan telus.
Pengumuman terbaru Perdana Menteri membayangkan kerajaan masih keberatan untuk meluluskan perhimpunan Bersih sungguhpun penganjur membatalkan rancangan awal untuk berarak ke Istana Negara.
Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein mendakwa bahawa hakikat Yang DiPertuan Agong berjumpa rombongan Bersih semalam, tidak menjadikan gabungan itu sah dari segi undang-undang.
Kenyataan Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno itu dibidas oleh Pakatan Rakyat sebagai tidak menghormati institusi Istana Negara sendiri.
Rombongan Bersih semalam memutuskan untuk membatalkan perarakan jalanan selepas di nasihati oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara semalam.
najib lidah bewok..hahahahaha... |
.
Post a Comment