RSS

BERS✔H 2.0: Blogger Chan Lilian disiasat berhubung dengan Tweetnya



Seorang juruvideo yang bekerja dengan kerajaan Pulau Pinang telah dipanggil untuk disoalsiasat oleh polis berhubung tweetnya yang didakwa berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Ini berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa polis akan terus menyiasat semua kes yang berkaitan dengan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya itu.

Chan Lilian, ibu kepada empat orang anak, telah menghantar tweet mencadangkan semua penganut Kristian berarak untuk memprotes “penganiayaan” terhadap mereka, 10 hari sebelum perhimpunan BERSIH, menyebabkan laporan polis dibuat terhadapnya oleh setiausaha Blog House, Tony Yew.

Chan, seorang penulis blog popular, akan menemui seseorang pegawai penyiasat dari Brickfields, Kuala Lumpur, serta pegawai jenayah siber di ibupejabat polis daerah Timur Laut di Pulau Pinang.


Chan berkata, tulisannya adalah terhad kepada pengikut tweetnya dan Yew adalah salah seorang daripada 900 yang boleh membaca tweetnya itu.
 
Chan menafikan ada unsur-unsur politik dalam tweetnya dan berkata dia tidak merujuk kepada BERSIH 2.0 atau kerajaan apabila dia meminta penganut Kristian berarak.


Katanya, beliau tidak mempromosi BERSIH 2.0, ataupun menggunakan lencana kuning yang melambangkan sokongan kepada gabungan tersebut.


Chan juga berkata dakwaan Yew yang dia (Chan) bekerja untuk ketua menteri adalah tidak benar kerana dia hanya bekerja sebagai kakitangan kontrak sementara dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.



.


0 Responses to "BERS✔H 2.0: Blogger Chan Lilian disiasat berhubung dengan Tweetnya"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors