RSS

Video Debat SPR Vs Bersih 2.0: Apa Selepas 9 Julai.












Lagi Video Di TV Sunnah

Tim. Pengerusi SPR " Diboo " 

Wacana bagi membincangkan tuntutan BERSIH 2.0 serta perhimpunan 9 Julai kecoh apabila penonton mengambil peluang membuat bising ketika Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberikan penjelasan.

Namun, ada di antara 600 orang hadirin yang bertempik kegembiraan serta bertepuk tangan apabila pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan bercakap dalam majlis berkenaan.

 Lebih-lebih lagi apabila S Ambiga mencabar Wan Ahmad secara terbuka untuk menyatakan cadangan pindaan yang telah dikemukakannya kepada pejabat peguam negara bagi memperbaiki undang-undang pilihan raya. 

"Dedahkan pindaan itu, kita akan sokong SPR, apakah pindaan itu?" soal Ambiga yang disambut tepukan gamat daripada hadirin.

Wan Ahmad kemudiannya menjelaskan, situasi demokrasi di negara ini tidak boleh dilihat sama seperti demokrasi di negara Barat. "Kita ada peraturan, kita ada rahsia rasmi. Ada perkara yang tak boleh SPR dedahkan. "Bila kita kata tak boleh, kena fahamlah," katanya lagi yang turut menggesa BERSIH supaya bekerjasama dengan kerajaan bagi membolehkan undang-undang tersebut dipinda. "Bukannya kita berpihak dengan pihak mana-mana," katanya lagi yang disambut dengan laungan "boo".


SPR: Dasar ikut kehendak kerajaan

Wan Ahmad yang tidak gembira dengan layanan yang diberikan oleh hadirin ke atasnya turut mengambil peluang untuk 'menyekolahkan' hadirin tentang adab dalam menghadiri program ilmu seperti itu. "Sebab itulah saya kata, anda hanya mahu percaya apa dalam fikiran anda," katanya lagi. Wan Ahmad  turut menjelaskan bahawa dasar yang hendak ditetapkan itu masih perlu mengikut kehendak sesuatu kerajaan pada masa itu.

"Jika kerajaan rasa umur layak mengundi ialah 21 tahun dan bukan 18 tahun, tidak kiralah sebanyak mana cadangan dibuat, ia tidak akan (diterima)," katanya lagi.

Jawapannya itu mengundang soalan daripada moderator, Wan Saiful Wan Jan yang bertanya sekiranya masalahnya bukan pada SPR tetapi di peringkat kerajaan. Wan Ahmad bagaimanapun mengelak daripada menjawab soalan berkenaan dan berkata reformasi pilihan raya perlu dijalankan secara bersama. "Anda tidak boleh lihat SPR sebagai musuh jika mahu reformasi," katanya lagi.



.


0 Responses to "Video Debat SPR Vs Bersih 2.0: Apa Selepas 9 Julai."

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors