RSS

Najib Hormati Paderi, Benci Ulama?



Atas niat atau atas alasan apa, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bertemu Pope Benedict di Vatican? Hanya beliau dan Allah s.w.t. juga yang Maha mengetahuinya. Kalau niat bertemu Pope Benedict semata-mata untuk mengharapkan pemimpin negara-negara Barat termasuk Amerika yang hampir kesemuanya beragama Kristian bagi mengendurkan kutukan ke atas tindakan tidak demokratik dalam menangani himpunan Bersih2.0, maka Najib sebenarnya telah gagal. 
 
Najib mesti belajar dari senario yang melanda dunia Arab dan Afrika, walaupun Hillary Clinton cuba untuk mengendurkan kebencian rakyat ke atas para pemimpin boneka Amerika yang menjadi pecacai kepada George Bush, Obama dan Hillary Clinton; yang sekian lama bertindak menzalimi rakyat mereka.

Akhirnya, para pemimpin zalim yang lena dibuai dengan kemewahan takhta dan singgahsana berdekad lamanya, terpaksa tunduk akur dengan desakan yang kemuncaknya menyaksikan rakyat sudah berani mempertaruhkan nyawa mereka, bagi merealisasikan impian wujudnya negara yang diterajui oleh pemimpin yang adil dan mempunyai ciri-ciri berkebajikan.

Kunjungan hormat oleh Najib ke atas Pope Benedict wajar diberikan sokongan oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia. Ia adalah simbolik di atas sifat seorang manusia yang dinukilkan dalam Alquran sebagai 'kepelbagaian bangsa yang dijadikan oleh Allah untuk kita saling kenal-mengenali antara satu dengan yang lain'.

Saranan Najib supaya penganut pelbagai agama menghormati antara satu dengan yang lain mesti disertai dengan terjemahan praktis mengiktiraf dan menghormati perintah Allah, yang menghendaki setiap hambaNya tunduk kepada peraturan hidup yang digariskan dalam kitab yang Tan Sri Muhyiddin akui sebagai kitab yang mengandungi mukjizat iaitu Al-Quranul Qarim.

Satu ungkapan dalam bahasa Inggeris yang cukup popular 'Easier said than done' yang maknanya lebih kurang 'mudah cakap dari dilaksanakan'; membawa maksud bahawa hanya pemimpin yang komited kepada prinsip agama sahaja mampu menyerlahkan konsistensi dalam segala tindak-tanduk mereka.

Najib dan kerajaan UMNO/BN mengamalkan sifat talam dua muka dan memakai topeng yang berbeza ketika berada di luar negara. Menasihati manusia supaya mempunyai rasa hormat terhadap manusia lain yang berbeza agama mesti bermula dari pemimpin dan hendaklah dimulakan dalam negara ini terlebih dahulu.

Najib mesti membuktikan 'cakap serupa bikin' dengan menghormati mandat rakyat Kelantan supaya memberikan kebenaran ke atas Kerajaan Kelantan menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan.

Penguatkuasaan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan telah ditentang kuat oleh UMNO/BN yang diterajui oleh Perdana Menteri terdahulu, Tun Dr. Mahathir. Sekarang masanya untuk Najib membuktikan bahawa dia seorang pemimpin yang punya prinsip yang konsisten yang bercakap dengan nada yang sama ketika berada di luar negara dan ketika berada dalam negara.

Kalau tidak, rakyat akan kata 'ini pemimpin auta', cakap tak serupa bikin! Dalam ucapan kepada lebih 3,000 penyokongnya di Sepang, Najib menyatakan kesediaan kerajaan untuk berinteraksi dengan mana-mana pihak yang cintakan keadilan dan menghormati kepemimpinan Islam.

Najib juga menyentuh tentang sifat kesederhanaan dan menganjurkan supaya rakyat menjadikan kesederhanaan sebagai amalan dalam kehidupan mereka. Sekali lagi, Najib mesti membuktikan bahawa dia faham erti kesederhaan.

Membaiki rumah Perdana Menteri dengan perbelanjaan mencecah sehingga lebih RM40 juta adalah keterlaluan, bukan sederhana! Memberikan kebenaran awal supaya Himpunan Bersih 2.0 diadakan di stadium lalu, kemudian menarik balik kebenaran tersebut, bukan sifat sederhana tetapi sifat seorang 'pembelit'.

Menghormati Pope Benedict, tetapi memperlekeh seorang Menteri Besar bertaraf ulama berjiwa rakyat adalah keterlaluan, bukan sederhana. Merampas wang royalti milik Negeri Kelantan, tetapi melepaskan begitu sahajaTanjung Pagar serta Pulau Batu Putih kepada Singapura adalah melampau, bukan sederhana.

Memancutkan air berasid kepada penyokong perhimpunan aman BERISH 2.0 adalah keterlaluan, bukan sederhana. Saya menasihatkan Najib supaya belajar daripada sejarah keperibadian Muhammad al-Fateh yang digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri.

Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah.

Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan kezaliman yang telah dilakukan oleh penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan Muhammad al-Fateh, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus melafazkan keislaman mereka.

Menyelami sejarah tokoh-tokoh Islam zaman lampau dan kontemporari, yang kepentingan mereka hanya untuk agama dan ummah; pasti akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menerima hakikat bahawa kekuasaan hanyalah bersifat sementara dan ia hanya wajar dipertahankan melalui prinsip manusiawi dengan menolak jalan songang penuh penipuan.

Kuasa mesti tunduk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Yang Maha Berkuasa kerana bumi yang kita diami ini adalah milik Yang Maha Berkuasa dan kita pasti akan dikembalikan kepadaNya pada saat dan tempat yang Dia sahaja yang mengetahuinya.  /sabahkini
 
 
UMNO HINA DAN PECAT ULAMA' 
 
Sudah diketahui umum oleh sekalian rakyat jelata pendirian sebenar pemimpin UMNO terhadap para ulama' samada zaman silam mahu pun ulama' kini.
  1. "Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka". (Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).
  2. Kerana ajaran pentafsir-pentafsir ini, orang Islam hari ini menjadi masyarakat yang mundur dan jahil dalam berbagai ilmu".(Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
  3. "Ini Nik Aziz kononnya Tok Guru, tak boleh guna nama lain, kena panggil tok Guru...tok guru apa? (Dr.Mahathir Mohamad, 20 Nov.1994, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
  4. "Belum ada universiti yang mengeluarkan sijil mengakui seseorang itu adalah 'ulama' (Dr.Mahathir Mohamad, 26hb.Nov.1995, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
  5. "Tetapi saya ada ilmu sedikit tentang perubatan dan sedikit mengenai dengan politik. Saya tanya pada beliau (Wan Mokhtar) layak atau tidak saya menjadi 'ulama' dalam bidang perubatan dan politik. Beliau kata layak". (Dr.Mahathir Mohamad, 19 Nov.1989, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
  6. "Di Perlis, saya pecat tiga imam kerana baca khutbah hentam saya".(Shahidan Kassim, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
  7. "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Kita pun tau. Ahmad Sabu pun ulama' jugak, Mustapha Ali ulamak."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia- inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
  8. "Tapi Mufti Selangor (Dato' Ishak Baharom) raja pun nak suruh buang dia. Raja pun tak setuju dengan dia. I think you'd better take action. Call him up dan tell him that he has breached the government punya regulations that he must be terminated dan kita tak bagi tauliah pada dia. Walaupun dia bukan pegawai kerajaan, orang bersyarah berkenaan dengan agama tanpa tauliah, akan diambil tindakan."(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
  9. "Dapat duit banyak (Dr.Harun Din). Hari-hari ada orang yang hantar air di situ depan rumah, - dia boleh jampi on mass production punya system, letak air dalam botol, dia jampi kita buat balik, bayar duit pada dia, kaya bukan main. Bila dia sakit ke mana dia pergi, Australia? Tak berani, saya sakit nak belah saya pergi sini orang nak tau, orang tahulah takpa, saya tak nak sembunyi apa. Ini pasai nak sembunyi pi lari Australia, lebih percaya orang kafir daripada orang Islam.(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
Allah kata (berfirman):
  1. "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'"
(Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)
Nabi kata (bersabda):
  1. "Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
  2. "Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi"
  3. "Ulama'  itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya"
Lanjutan dari gesaan Mahathirlah (perkara 8 di atas), maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Melihat kepada penyelewengan yang kian melampau yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN, ramai para ulama' yang mula terjun bersama masyarakat dalam menyedarkan umat Islam akan kezaliman dan kemungkaran kerajaan UMNO/BN yang memerintah hari ini, antaranya ialah:-
  1. Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor)
  2. Sahibus Samahah Sheikh Azmi (bekas Mufti Pulau Pinang)
  3. Sahibus Samahah Dato' Said Ibrahim (bekas Mufti Sabah)
  4. Ustaz Prof. Dato' Dr.Haron Din (Majlis Fatwa Perlis / bekas pensyarah UKM)
  5. Ustaz Dr.Aziz Hanafi (bekas penyarah Universiti Brunei Darussalam)
  6. Ustaz Dr.Badrul Amin (bekas pensyarah UIA)
  7. Ustaz Ismail Kamus (pendakwah bebas)
  8. Ustaz Taib Azamuddin (bekas Imam Besar Masjid Negara)
  9. Ustaz Kamal Ashaari (bekas Imam Masjid Negeri Shah Alam)
  10. Ustaz Mohamad Mustapha (ulama' muda yang masyhur dari Kelantan)
  11. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim T. Man (bekas pensyarah ITM/ panel Forum Perdana)
  12. Ustaz Md.Daud Che Ngah (pegawai kanan Tabung Haji)
dan ramai lagi tuan-tuan guru, para alim-ulama', pensyarah-pensyarah Universiti dari seluruh negara yang sudah tidak mampu lagi melihat kesucian dan kemurinan Islam dijadikan bahan ejekan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Bahkan para ulama dari seluruh dunia seperti Sheikh Dr.Yusuff al-Qardawi, Sheikh Taha Jabir al-Alwani, dan ramai lagi yang sepakat mengatakan bahawa adalah HARAM  bagi umat Islam  berdiam diri melihat kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan Mahathir dan UMNO/BN, dan menumbangkan kerajaan yang zalim ini merupakan suatu yang WAJIB.
 
Apakah masih ada umat Islam yang mahu bersekongkol dengan puak-puak yang menolak hadith, hina ulama dan menerima pendapat mereka yang menyesatkan masyarakat, atau pun memilih untuk bersama para alim ulama' besar tempatan dan luar negara dan menerima pendapat mereka demi kebahagiaan dunia dan akhirat?


.


0 Responses to "Najib Hormati Paderi, Benci Ulama?"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors