RSS

Undi pos penyelamat hayat Najib - Umno



Tentunya ramai masih ingat Dato’ Seri Najib Razak hampir hilang segala-galanya pada pilihan raya umum (PRU) 1999 apabila hanya menang dengan majoriti 241 undi. Rekod yang dicatat itu paling mencemaskan bagi seorang pemimpin yang kini bergelar Perdana Menteri.

Namun, selepas persempadanan baru kawasan pilihan raya 2003 Najib mendapat majoriti berpuluh kali ganda pada pilihan raya umum ke-11 selepas beberapa kem tentera dimasuk ke parlimen Pekan.

Malah sebelum ini ada media mendedahkan wujud satu penempatan mencurigakan di Kampung Baru Cenderawasih, Sungei Miang di kawasan parlimen Pekan.

Pelarian yang fasih berbahasa loghat utara dikatakan menerima taraf kerakyatan Malaysia akhir 2007. Mereka juga difahamkan boleh mengundi pada pilihan raya umum Mac 2008.

Kata Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa ada 24 lagi kawasan parlimen di seluruh negara yang bergantung tuah kepada pengundi pos termasuk di Jeli dan Ketereh di Kelantan.

“Terdapat 25 kawasan parlimen di semenanjung yang bergantung kepada undi pos termasuk Pekan dan Kepala Batas,” katanya pada satu ceramah di Pasir Mas baru-baru ini.

Inilah persoalan yang dibangkitkan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) supaya diselesaikan segera Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan.

Sebelum ini kerajaan mendakwa SPR sebagai sebuah badan bebas, namun mengapa tindak-tanduk badan terbabit dikawal sepenuhnya kerajaan. Malah ramai bekas anggota tentera mendakwa kertas undinya dipangkah orang lain ketika mereka bertugas di perbatasan pada musim pilihan raya.

Contoh mudah dapat dilihat misalnya di Kem Tentera Desa Pahlawan yang terletak di parlimen Ketereh sekarang ada lebih 3,000 undi pos.

Ketika pilihan raya umum lalu hanya sekitar 1,000 orang berada dalam kem dan 2,000 lagi dikatakan bertugas di hutan Gerik, Perak.

Persoalan yang ditimbulkan Bersih 2.0 sekarang siapa pula yang mengundi bagi pihak 2,000 anggota tentera terbabit.

Contoh kedua di Port Dickson terdapat 3,800 pengundi pos. Dan ketika pengundian pada pilihan raya umum lalu hanya ada 1,500 tentera sahaja berada dalam kem, selebihnya bertugas di merata tempat.

Berdasar kepada kajian dibuat hampir kesemua undi pos milik anggota tentera yang tidak berada di kem ketika pengundian tiba-tiba dipangkah lambang dacing. Dan terbaru berlaku di Sibu pada pilihan raya kecil tahun lepas.

Sebelum dikira undi pos calon DAP menang dengan majoriti lebih 3,000 undi. Namun apabila dikira undi pos calon DAP, Wong Ho Leng mengatasi calon BN-SUPP, Robert Lau Hui Yew dan Bebas, Narawi Harun hanya dengan majoriti 398 undi.

Kesimpulan dapat dibuat, jelas ada orang lain mengundi bagi pihak mereka memandangkan tiada kertas undi dibawa masuk ke pos-pos tentera dalam hutan ketika itu untuk membolehkan mereka mengundi.

Malah seorang pegawai kerajaan mengakui tidak ada dalam perlembagaan menjelaskan secara nyata berkaitan peraturan pengundian pos.


 

    (Ikhsan)


.


0 Responses to "Undi pos penyelamat hayat Najib - Umno"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors