RSS

"COLONIAL POLICE MEDAL" Untuk Pejuang MEMPERTAHANKAN Penjajah British



Pada 28  Jun 1950, lebihkurang jam 5.30 pagi, ketika 2 orang mata-mata khas sedang meronda dikawasan Balai Polis Bukit Kambau, Johor, tiba-tiba dalam keadaan samar-samar pagi mereka melihat lembaga-lembaga hitam sedang bergerak menghampiri balai.


Peronda tadi terus mengejutkan semua anggota balai dan mereka semua mengambil kedudukan disebalik kubu pasir yang mengelilingi balai.  Dengan tidak membuang masa mereka terus menembak kearah lembaga-lembaga tersebut. Dan berlakulah tembak menembak disekitar kawasan tersebut.


Melihatkan pertahanan Balai Polis Kambau yang begitu teguh dan pihak penyerang mendapati sukar untuk menghampirinya aapa lagi untuk menawannya, maka pihak penyerang mengambil keputusan untuk berundur setelah lebihkurang 2 1/2 jam bertempur. Sungguh pun pihak  penyerang mula  berundur namun anggota-anggota Balai Polis kambau masih tetap pada kubu merekasehinggalah pada jam lebih kurang 8.30 pagi bila 3 buah kapal terbang tiba dan menyerang musuh disekitar Balai Polis Bukit Kambau. Tidak lama kemudian helikopter pula tiba bagi membawa mereka yang tercedera ke hospital.


Lebih kurang jam 10.00 pagi bantuan dari Kota Tinggi berupa 2 seksyen Jungle Squad tiba bagi menguatkan Balai Polis Kambau.


Dalam serangan tersebut penyerang bukan sahaja gagal menawan Balai Polis Kambau dan merampas senjata apai dan peluru, malahan mereka juga menderita apabila 4 anggota mereka terbunuh dan 5 yang lain tercedera.


Kewaspadaan dan semangat anggota-anggota Balai Polis Bukit Kambau serta tindakan berani Mata-Mata 12714 Zainuddin Haji Kecil telah menyelamatkan Balai Polis Kambau. Bagi mengenang khidmatnya yang cemerlang itu beliau telah dianugerahkan "COLONIAL POLICE MEDAL" oleh Ratu England yang disampaikan oleh Sir Henry Gurney di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney pada bulan Mac 1951.


DIULANGI...


Bagi mengenang khidmatnya yang cemerlang itu beliau telah dianugerahkan "COLONIAL POLICE MEDAL" oleh Ratu England yang disampaikan oleh Sir Henry Gurney di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney pada bulan Mac 1951.


P/S: Persoalannya siapakah yang berjuang menentang penjajah dan siapa yang berjuang bagi mempertahankan PENJAJAH???


.


0 Responses to ""COLONIAL POLICE MEDAL" Untuk Pejuang MEMPERTAHANKAN Penjajah British"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors