RSS

Rupa rupanya Bukit Bintang hanya bertaraf dua bintang.



Percaya atau tidak, di sebalik kemegahan nama Bukit Bintang sebagai destinasi membeli-belah terkemuka rupa-rupanya ia hanya bertaraf dua bintang.

Penarafan itu diberikan sendiri oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan.

Menurutnya, walaupun ia terkenal sebagai pusat membeli-belah dalam kalangan pelancong luar negara namun masih banyak perkara perlu diperbetulkan di kawasan berkenaan.

Ia termasuk keadaan di lorong-lorong belakang di kawasan berkenaan selain flat-flat dan perniagaan restoran makanan yang dilabelkan sebagai kotor dan tidak terurus.


“Satu malam ketika saya berjalan di lorong berhampiran Jalan Alor, kepala saya nyaris terkena sampah yang dibuang oleh penduduk tidak bertanggungjawab dari atas sebuah flat.

“Ini bukti mentaliti mereka masih rendah dan perlu dididik,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Malah, menurut Saravanan, beliau sendiri akan berjumpa dengan para pemilik bangunan sekitar Bukit Bintang bagi membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan supaya kawasan tersebut bersih dalam masa terdekat.

.


0 Responses to "Rupa rupanya Bukit Bintang hanya bertaraf dua bintang."

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors