RSS

HINA Islam: MCA umno Serupa



Koleksi umno hina Islam

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan umat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

(Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.

(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.


UMNO MENOLAK HADITH
 
Selain dari secara terang-terangan menolak perintah Allah swt. yang terkandung dalam al-Qur'an pemimpin tertinggi UMNO juga telah menerapkan fahaman menolak hadith seperti mana yang dibawa oleh sahabat baiknya, Dr.Kassim Ahmad. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah pun mengharamkan buku 'Hadith Satu Penilaian Semula', dan ada yang telah mengisytiharkan Kassim Ahmad murtad, namun tiada sebarang tindakan diambil. Bahkan disebabkan pemikiran beliau dan Kassim Ahmad sealiran, Kassim dan rakan-rakannya seperti Othman Ali (penulis buku 'Bacaan'), dan Syed Akhbar Ali sering diberi tempat samada dalam media cetak mahu pun elektronik untuk terus menerus menyesatkan rakyat dan menimbulkan keraguan terhadap hadith dan isu-isu berkaitan dengan Islam, walaupun itu bukan bidang mereka.
 
Mahathir kata:
  1. 'Setelah mengkaji dengan teliti 600,000 hadis, Bukhari hanya menerima 7,000. Muslim pula mengkaji 300,000 hadis dan hanya menerima 4,000 hadis. Ada hadis yang diterima oleh Bukhari, tetapi tidak disahkan oleh Muslim, murid kepada Bukhari. Tetapi yang tidak diterima oleh Muslim, pihaknya menjelaskan bahawa mungkin ada yang sahih. Tetapi tentulah banyak daripada baki 296,000 yang ditolak adalah tidak sahih dan mungkin ada hadis yang diterima sebagai sahih, tetapi mungkin tidak sahih. Jika kita tidak lupa bahawa Bukhari, Muslim, Tirmizi dan tokoh-tokoh Islam lain yang mengkaji hadis 200 tahun selepas wafat Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa dan segala kelemahan manusia, dan mereka bukan Nabi, tentulah kita tidak harus memecah-belahkan umat Islam daripada Ahli Sunnah hanya kerana tafsiran dan dakwaan kesahihan atau tidaknya hadith-hadith yang dikaji oleh pengkaji hadis ini.' (Dr.Mahathir Mohamad, 24 Nov.1995, PWTC, ucapan bertajuk 'Jangan Lupa Daratan')
Rumusan 
  1. Mahathir meragui hadith-hadith yang dikumpulkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi dan mendakwa kononnya kemungkinan ada hadith sahih yang sebenarnya tidak sahih, dan ada hadith yang ditolak mungkin hadith yang sahih. Fahaman ini sebenarnya adalah fahaman yang dibawa oleh para orientalis Barat seperti Joseph Scacht dan rakan-rakannya bagi maksud menimbulkan keraguan di kalangan penganut agama Islam. Bahayanya pemikiran ini ialah merungkai dan memecah belahkan asas dan dasar-dasar Islam itu sendiri yang berpaksikan al-Quran dan Hadith. Akibatnya timbul golongan yang hanya mahu percaya kepada al-Quran semata-mata dan menolak Hadith seperti Kassim Ahmad dan juga pengikutnya dari Sisters in Islam.
  2. Mahathir percaya bahawa kerana berpegang kepada hadithlah menyebabkan umat Islam hari ini berpecah belah.
Nabi kata: 
"Aku tinggalkan kamu dua perkara, dan jika kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu al-Quran dan Sunnahku" 
(Maksud Hadith)
Para ulama' muktabar sejak zaman berzaman telah sepakat ( ijma') memutuskan iaitu WAJIB  bagi umat Islam berpegang kepada al-Quran dan Hadith. Hadith yang dimaksudkan ialah hadith sahih. Ada enam kumpulan hadith yang digelar 'Sihah Sittah', iaitu: 
                        1. Bukhari;
                        2. Muslim;
                        3. Tirmizi;
                        4. Ibn Majah;
                        5. Abu Dawud;
                        6. An-Nasai.
Sayugia diingatkan bahawa mereka yang menolak atau meragui hadith telah rosak Iman dan Islam mereka dan selama mereka tidak bertaubat, mereka ini berada dalam kemurkaan Allah dan di akhirat kelak akan dicampakkan ke dalam neraka.

Apakah masih ada umat Islam yang mahu berketuakan orang yang menolak hadith junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi panduan hidup kita dunia dan akhirat?.


UMNO HINA SUNNAH NABI BERJANGGUT

Mahathir kata:
  1. "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar?  Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
  2. "Kenapakah ada antara kita yang lebih suka kepada simbol-simbol Islam seperti pakaian dan janggut dan tidak memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih berat bagi orang Islam seperti persaudaraan dan pertahanan?"(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO)
Apakah masih ada umat Islam yang mahu berketuakan orang yang telah menghina kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad saw?

UMNO HINA PERINTAH MENUTUP AURAT
  1. "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".  (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
  2. "Tetapi apa guna tudung kepala tapi rogol anak - tolong suami rogol anak. Tengok masuk dalam mahkamah (ber)ketayap, (ber) kopiah putih, isteri pakai tudung kepala. Tapi buat kerja apa?"(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
  3. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". (Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
  4. "Yang salah ialah kita kerana mengutamakan penutupan aurat dan bukan pencegahan jenayah nafsu seks yang merupakan tujuan utama ajaran Islam.(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
  5. "Menutup aurat di kepala mempunyai tujuan yang sama dengan menutup aurat, iaitu untuk mengelak daripada berlakunya jenayah seks. Tiada siapa yang melarang amalan ini, tetapi ramai yang ingin memaksa lebih daripada yang disuruh sehingga anak kecil dan orang tua juga mesti menutup mereka. Dan jangan kita lupa orang yang menutup kepala juga melakukan jenayah seks tidak kurang daripada yang tidak menutup kepala. Sebabnya ialah kerana kita mengutamakan menutup kepala dan bukan pencegahan jenayah. Asalkan kita menutup kepala, sempurnalah amalan kita".(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
ALlah kata (firman):
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami  mereka, atau ayah mereka....
(Mafhum al-Qur'an: An-Nuur:31)

Apakah masih ada umat Islam yang mahu berketuakan orang yang telah menghina, mempersenda, dan memperlekehkan hukum dan perintah Allah?

UMNO HINA DAN PECAT ULAMA' 

Sudah diketahui umum oleh sekalian rakyat jelata pendirian sebenar pemimpin UMNO terhadap para ulama' samada zaman silam mahu pun ulama' kini.
  1. "Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka". (Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).
  2. Kerana ajaran pentafsir-pentafsir ini, orang Islam hari ini menjadi masyarakat yang mundur dan jahil dalam berbagai ilmu".(Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
  3. "Ini Nik Aziz kononnya Tok Guru, tak boleh guna nama lain, kena panggil tok Guru...tok guru apa? (Dr.Mahathir Mohamad, 20 Nov.1994, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
  4. "Belum ada universiti yang mengeluarkan sijil mengakui seseorang itu adalah 'ulama' (Dr.Mahathir Mohamad, 26hb.Nov.1995, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
  5. "Tetapi saya ada ilmu sedikit tentang perubatan dan sedikit mengenai dengan politik. Saya tanya pada beliau (Wan Mokhtar) layak atau tidak saya menjadi 'ulama' dalam bidang perubatan dan politik. Beliau kata layak". (Dr.Mahathir Mohamad, 19 Nov.1989, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
  6. "Di Perlis, saya pecat tiga imam kerana baca khutbah hentam saya".(Shahidan Kassim, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
  7. "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Kita pun tau. Ahmad Sabu pun ulama' jugak, Mustapha Ali ulamak."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia- inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
  8. "Tapi Mufti Selangor (Dato' Ishak Baharom) raja pun nak suruh buang dia. Raja pun tak setuju dengan dia. I think you'd better take action. Call him up dan tell him that he has breached the government punya regulations that he must be terminated dan kita tak bagi tauliah pada dia. Walaupun dia bukan pegawai kerajaan, orang bersyarah berkenaan dengan agama tanpa tauliah, akan diambil tindakan."(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
  9. "Dapat duit banyak (Dr.Harun Din). Hari-hari ada orang yang hantar air di situ depan rumah, - dia boleh jampi on mass production punya system, letak air dalam botol, dia jampi kita buat balik, bayar duit pada dia, kaya bukan main. Bila dia sakit ke mana dia pergi, Australia? Tak berani, saya sakit nak belah saya pergi sini orang nak tau, orang tahulah takpa, saya tak nak sembunyi apa. Ini pasai nak sembunyi pi lari Australia, lebih percaya orang kafir daripada orang Islam.(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
Allah kata (berfirman):
  1. "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'"
(Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)
Nabi kata (bersabda):
  1. "Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
  2. "Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi"
  3. "Ulama'  itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya"
Lanjutan dari gesaan Mahathirlah (perkara 8 di atas), maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Melihat kepada penyelewengan yang kian melampau yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN, ramai para ulama' yang mula terjun bersama masyarakat dalam menyedarkan umat Islam akan kezaliman dan kemungkaran kerajaan UMNO/BN yang memerintah hari ini, antaranya ialah:-
  1. Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor)
  2. Sahibus Samahah Sheikh Azmi (bekas Mufti Pulau Pinang)
  3. Sahibus Samahah Dato' Said Ibrahim (bekas Mufti Sabah)
  4. Ustaz Prof. Dato' Dr.Haron Din (Majlis Fatwa Perlis / bekas pensyarah UKM)
  5. Ustaz Dr.Aziz Hanafi (bekas penyarah Universiti Brunei Darussalam)
  6. Ustaz Dr.Badrul Amin (bekas pensyarah UIA)
  7. Ustaz Ismail Kamus (pendakwah bebas)
  8. Ustaz Taib Azamuddin (bekas Imam Besar Masjid Negara)
  9. Ustaz Kamal Ashaari (bekas Imam Masjid Negeri Shah Alam)
  10. Ustaz Mohamad Mustapha (ulama' muda yang masyhur dari Kelantan)
  11. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim T. Man (bekas pensyarah ITM/ panel Forum Perdana)
  12. Ustaz Md.Daud Che Ngah (pegawai kanan Tabung Haji)
dan ramai lagi tuan-tuan guru, para alim-ulama', pensyarah-pensyarah Universiti dari seluruh negara yang sudah tidak mampu lagi melihat kesucian dan kemurinan Islam dijadikan bahan ejekan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Bahkan para ulama dari seluruh dunia seperti Sheikh Dr.Yusuff al-Qardawi, Sheikh Taha Jabir al-Alwani, dan ramai lagi yang sepakat mengatakan bahawa adalah HARAM  bagi umat Islam  berdiam diri melihat kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan Mahathir dan UMNO/BN, dan menumbangkan kerajaan yang zalim ini merupakan suatu yang WAJIB.

Apakah masih ada umat Islam yang mahu bersekongkol dengan puak-puak yang menolak hadith, hina ulama dan menerima pendapat mereka yang menyesatkan masyarakat, atau pun memilih untuk bersama para alim ulama' besar tempatan dan luar negara dan menerima pendapat mereka demi kebahagiaan dunia dan akhirat?


.
 


0 Responses to "HINA Islam: MCA umno Serupa"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors