RSS

Krisis di Malaysia



Oleh: MSK

Salah satu sebab mengapa rakyat Malaysia, terutama orang Melayu,  mengambil sikap acuh tak acuh tentang apa yang berlaku dalam negara adalah kerana ketiadaan maklumat. Surat khabar setiap hari bercerita tentang jenayah, skandal seks, kehidupan artis. Blog pro-Umno setiap hari bercerita tentang skandal Pakatan. Blog pro-Pakatan setiap hari bercakap tentang keburukan Umno. Itulah politik Melayu. Semuanya perlu sensasi.

Dalam siri Revolusi Ekoposial 1,2 dan 3…aku cakap pasai perubahan pemikiran dan perubahan generasi. Kebanyakan komen mengaiitkan revolusi dengan kemiskinan, dan aku keluarkan statistik kemiskinan. Secara umumnya, ramai yang bersetuju bahawa rakyat yang miskin tidak akan menggerakkan revolusi. Realitinya, lebih miskin seseorang itu, lebih kuat kebergantungannya kepada pemerintah.

Kemudian, kita kaitkan pula kegagalan kebangkitan rakyat kerana middle class tidak memainkan peranan mereka. Perkara ini tidak akan berakhir kerana keseluruhan sistem kita sudah kaput. masyarakat diasingkan, dan maklumat disorokkan. Kita tidak sedar bahawa kita didalam krisis.

Dari 1970 hingga 2008, Harga Index Pengguna (CPI) berada dalam lingkungan 2-4%. Tak pernah tinggi daripada itu. Kita anggaplah petunjuk rasmi kerajaan itu betul tapi cuba buat sikit kajian tentang kenaikan harga yang kita sendiri rasai.

Tahun 1970, harga sepinggan nasi hanyalah RM0.70 sen. Sekarang, kalau makan dikedai mamak, paling kurang RM6.00. Berapa peratuskah kenaikan tersebut?

Tahun 1972, harga Toyota KE 20 hanya RM7,000. Sekarang, Toyota Vios berharga hampir RM70,000. Dulu, kalau kita bayar RM300 sebulan, kita memerlukan 23 bulan untuk menyelesaikan ansuran. Sekarang…kita memerlukan 9 tahun untuk menyelesaikan hutang.

Tahun 1972, harga rumah teres ialah sekitar RM38,000. sekarang sudah meningkat kepada RM200,000. Itu dipinggiran bandar Ipoh. Kalau kat Penang, apartmen dua bilik saja bernilai RM300,000. Siapa yang mampu beli rumah?

Kesannya? Kita terpaksa tinggal makin lama makin jauh dari tempat kerja. Masa dihabiskan diatas jalan manakala masa dengan keluarga semakin berkurangan. Dan yang lebih sakit…anak-anak kita masa depan tidak mungkin mampu membeli rumah. Semakin lama, generasi kita semakin miskin. Apabila miskin, kita akan terus berpaut dengan pemerintah. Generasi miskin akan terus merana dalam putaran kemiskinan.

Yang boleh membantu mereka untuk keluar dari putaran kemiskinan ini ialah golongan middle class yang prihatin. Apakah golongan middle class ini masih wujud?

Pada tahun 1970, mak aku bekerja sebagai amah. Dia dapat RM50.00 sebulan. Aku kesian kat mak aku, tapi gaji RM50.00 itu dia boleh beli macam-macam. Untuk perbandingan, kita gunakan emas.
Gaji RM50.00 emak aku, kalau tak dibelanjakan…dia boleh beli 14 gram emas.

Tahun 1980, aku mula bekerja dan gaji asas bagi taraf diploma ialah RM750.00. Kalau aku tak belanja duit tu, aku boleh beli 20 gram emas.

Sekarang anak aku keluar universiti, ada ijazah dan mula bekerja. Gaji permulaan dia ialah RM1200.00. Dengan RM1200.00, anak aku hanya boleh beli 10 gram emas!! Kita makin baik atau makin teruk?

Anak aku yang pergi universiti…duit aku habis puluh ribu…kemudian berhutang kat PTPTN…tiba-tiba standard dia lebih teruk dari mak aku yang bekerja sebagai amah tahun 1970!!

Sekurang-kurangnya, mak aku tak berhutang..tapi anak aku akan terus berhutang untuk sepuluh tahun lagi. Tu belum nak beli kereta..nak beli rumah…nak kawin!

Cuba tengok piramid yang ideal bagi sesebuah negara.


Ini yang berlaku dalam tahun 70an. Manakala yang dibawah adalah apa yang berlaku dalam tahun 2008.

 

Grafik diatas dibuat berdasarkan statistik sehingga 2008. Diantara March 2008 hingga Ogos 2009, seramai 304,358 rakyat Malaysia berhijrah keluar negara. Ini tak mungkin kelas bawahan…tapi kelas pertengahan yang mempunyai modal dan kepandaian. Rakyat Malaysia yang bijak, berhijrah keluar negara, tapi dalam masa yang sama, kita mengimpot berjuta rakyat Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Nepal.

Ruling class semakain membesar…tengok saja berapa ramai Menteri Kabinet. Financial Class sudah mula melarikan diri ke Thailand dan China. Pasukan polis semakin membesar walaupun tugas mereka semakin haprak. Kakitangan kerajaan semakin membesar, walaupun pelbagai penswastaan dibuat. Business class dan Middle class semakin mengecil sebab mereka sama ada sudah lari atau menjadi working class, manakala working class semakin membesar.

Kita sudah menuju kearah negara kuku besi seperti Myanmar.

 

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Ini bukan salah orang miskin samaada dibandar atau dikampung. Ini juga bukan kerana Melayu, Cina atau India…tapi ini semua salah Umno.

Umno sudah lama memrintah dengan majoriti dua pertiga. Kuasa yang besar ini digunakan untuk mengekalkan kepentingan segelintir puak Umno diatas pucuk pimpinan. Jangan salahkan ahli Umno yang dibawah..sama ada dikampung atau dibandar…depa sudah diperbodohkan.

Sepanjang 54 tahun Umno berkuasa, Umno telah meminda Perlembagaan sebanyak 633 kali. Setiap kali ianya dipinda, ia hanyalah untuk menindas rakyat dan mengisi poket segelintir pemimpin mereka. Bandingkan dengan Amerika yang merdeka sudah 233 tahun, tapi hanya meminda perlembagaan mereka sebanyak 27 kali!!

Macam mana Umno boleh mendapat majoriti 2/3 sepanjang masa?

Umno menguasai hampir semua jentera kerajaan yang kemudiannya dimanipulasi supaya Umno terus berkuasa.

Peguam Negara, SPR, Jabatan Hasil dalam Negeri, Kehakiman, SPRM,JPN, Polis, ROS, Special Branch…habis dikuasai oleh Umno. Jabatan-jabatan kerajaan yang sepatutnya bebas ini…semuanya sudah duduk dibawah Umno dan Barisan Nasional.

Nak ubah macam mana? Melalui pilihanraya? Cuba tengok apa kata pengerusi SPR yang lalu.

"SPR mengaku pada tahun 2000: Sekiranya undi pos dibatalkan, tiada seorang pun Menteri dapat mempertahankan kerusi Parlimen.

http://mt.m2day.org/2008/content/view/18775/84/"

Sempadan kawasan Parlimen diubah dan dimanipulasi untuk memastikan BN menang. Cuba bandingkan diantara Putrajaya dan Kapar.

Putrajaya mempunyai 6608 pengundi manakala Kapar mempunyai 112,224 pengundi. Pakatan perlu menang 2 kerusi Parlimen…manakala BN hanya perlu menang 1 kerusi saja. Dalam lain perkataan, Pakatan memerlukan 60% undi untuk menawan Putrajaya, manakala BN hanya memerlukan 40 undi..tapi masih boleh mengekalkan kuasa. Adil?

Satu lagi contoh bagaimana BN akan terus berkuasa. Selangor mempunyai 1.57 juta pengundi, tapi hanya mempunyai 26 kerusi Parlimen. Sabah mempunyai  800,000 pengundi tapi mempunyai 25 kerusi Parlimen. Manakala Sarawak mempunyai 900,000 pengundi tapi mempunyai 31 kerusi Parlimen.
And the worst is yet to come.

Lima juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tapi masih belum mendaftar sebagai pengundi…sebaliknya, sudah lebih satu juta rakyat asing yang tak boleh mengundi, sudah didaftarkan sebagai pengundi.

Macam mana nak mengubah kerajaan?


.


1 Responses to "Krisis di Malaysia"
sha said...

SEMUA INI MAINAN POLITIK DUNIA BUKAN HANYA DI MALAYSIA BAHKAN DINEGARA LAIN JUGA...KENAPALAH MANUSIA SUSAH SANGAT UNTUK MELAKSANAKAN PERUNDANGAN ISLAM BERTERASKAN AL-QURAN DARI DULU LAGI...IKUTILAH LAMAN WWW.LAKNATULLAH.COM BERKENAAN POLITIK CIPTAAN MANUSIA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SAHAJA..CUBA BAYANGKAN TEMPAT TIDUR RASULULLAH HANYA BERALASKAN PELEPAH2 POHON KURMA SAHAJA..SUNGGUH KESEDERHANAAN DAN MESRA ALAM SEKITAR..


November 11, 2011 at 12:38 PM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors