RSS

Mayat Warga Afrika Hanya Disedari Selepas Tiga Hari Distesen Minyak



Sepang 29 Oktober - Mayat lelaki warga Afrika yang mula membusuk hanya disedari selepas tiga hari didalam sebuah kereta Toyota yang diletakkan distesen minyak. Menurut pekerja stesen minyak berkenaan yang terletak di hadapan Litar Formula 1,  kereta tersebut telah berada disitu selama tiga hari tampa mengesyaki apa-apa yang mencurigakan sehinggalah disedari orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak Polis.


Keadaan mayat yang duduk seolah seperti orang tidur memungkinkan orang ramai tidak mengambil peduli. Sedangkan stessen minyak berkenaan yang terletak dilebuhraya ke Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.


Agak menghairankan stesen minyak tersebut dikunjungi ratusan pelanggan saban hari tampa menyedari atau mengambil peduli kereta tersebut yang terletak dikawasan lapang di stesen minyak tersebut. Menurut seorang anggota Polis yang diajukan soalan kemungkinan punca kematian adalah mati mengejut.  



                                                             Klik untuk paparan video



.


0 Responses to "Mayat Warga Afrika Hanya Disedari Selepas Tiga Hari Distesen Minyak"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors