RSS

PAS Dicadang Calonkan Seniman



KETUA Penerangan PAS Negeri Sabah, Hisammuddin Hj.Sulaiman mencadangkan kepada PAS Pusat agar golongan artis dan seniman diberi laluan menjadi calon PAS dalam Pilihanraya Ke 13.

Artis seperti Bob Lokman yang sekarang ini menjadi sasaran JAIS kerana memberi tazkirah tempoh hari, hendaklah ditampilkan untuk menjadi ikon kepada golongan muda.

Selain itu, penglibatan para artis sebagai calon PAS dalam pilihanraya ke 13 akan memberikan impak positif atas nama keterbukaan PAS yang tidak menolak seniman atau anak wayang yang telah berada dalam barisan hadapan bersama perjuangan PAS ini.

Hisammuddin mengeluarkan pandangan tersebut dengan berteras hujah utama bahawa PAS harus dipelbagaikan daya kepimpinan dan keterampilan setelah parti itu melalui usia 60 tahun dalam melangkah dan mengalas amanah perjuangannya di persada politik tanah air.

Kebelakangan ini PAS menjadi pilihan hati para seniman, sama ada penyanyi, pelakon atau pelawak kerana PAS berteraskan perjuangan Islam yang suci. Para artis yang kembali kepada PAS mungkin mengerti kata Saleem Iklim:

suatu hari nanti pastikan bercahaya
pintu akan terbuka kita langkah bersama
di situ kita lihat bersinarlah hakikat
debu jadi permata, hina jadi mulia.
 

 ~  MEDIA PAS SABAH 

.


0 Responses to "PAS Dicadang Calonkan Seniman"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors