RSS

TERSALAH HANTAR MAYAT DARI MALAYSIA KE INDONESIA



MEDAN 18 Okt. – Ibu bapa kepada seorang pekerja asing yang meninggal dunia di Malaysia mendakwa pihak berkuasa menghantar mayat yang salah.

Kawan-kawan Simon Petrus Sitepu, 22, menghubungi ibu bapanya dan memaklumkan anaknya mati selepas dilanggar jentera berat ketika sedang bekerja di ladang kelapa sawit di Kedah.

Ibu bapanya pergi ke lapangan terbang hari ini untuk membawa mayat yang disangka Simon tetapi berasa sedih dan menangis apabila melihat mayat tersebut.

Bapanya, Bener Sitepu berkata, mayat yang dilihatnya kelihatan seperti seorang lelaki yang berusia 40 tahun dan berketurunan India.

Sementara itu, pegawai Konsulat Malaysia di Indonesia mengakui terdapat kekeliruan.

Pihak berkuasa turut memaklumkan kepada ibu bapa Simon bahawa mereka kini sedang mencari mayat anaknya. – AGENSI


.


0 Responses to "TERSALAH HANTAR MAYAT DARI MALAYSIA KE INDONESIA"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors