Wanita PKR pula akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara pada Rabu depan.
Malah beliau menerimanya dengan terbuka memandangkan dakwaan yang
dibuat PKR selama ini tidak dinafikan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk
Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
“Tiga pengakuan Mohamad Salleh mengesahkan keresahan rakyat bahawa
anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri
mempunyai unsur-unsur penyelewengan,” katanya dalam sidang media di Ibu
Pejabat PKR di sini hari ini.
Pengakuan itu adalah NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk
mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi
masalah operasi dan kewangan, serta perjanjian RM250 juta “tidak
menyatakan jadual pembayaran balik”.
“Ini mengesahkan pendedahan PKR sebelum ini bahawa walaupun dana
RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC
tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti
pinjaman biasa,” katanya.
Beliau turut kesal dengan kenyataan Mohamad Salleh yang bukan sahaja
mengesahkan pendedahan PKR tentang pembelian kondominium mewah yang
bukannya RM9.8 juta, tetapi RM13.8 juta. Katanya, ketiga-tiga pengakuan NFC mengingatkan rakyat bahawa isu
pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga
wang rakyat.
Surat debat kepada Khairy
Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan di
peringkat kabinet semasa penganugerahan projek kepada NFC dan
penglibatan Shahrizat dalam proses membuat keputusan.
Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya
akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) di seluruh negara pada Rabu depan. Laporan SPRM itu katanya akan menyentuh soal proses penganugerahan projek yang mempunyai unsur-unsur penyelwengan.
Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi berkata pihaknya juga hari ini
telah menyerahkan surat rasmi kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin
Abu Bakar menjemput supaya debat mengenai isu ini diadakan pada 12
Disember depan. Ini berikutan persetujuan Khairy sebelum ini untuk berdebat dengan
syarat ia diadakan hanya selepas Perhimpunan Agung Umno selesai pada 3
Disember depan.
“Kita hanya sediakan tarikh, terpulang untuk Khairy pilih tempat,” kata Rafizi. / FMT
.