RSS

Tol Lebuhraya: Modal RM5.945 bilion, RM24.266 bilion Telah Di Kutip Dalam Masa 16 Tahun Beroperasi




KUALA LUMPUR, 28 NOV – Kerajaan pusat Barisan Nasional jelas tidak adil dan tidak berhati nurani kerana masih membenarkan syarikat-syarikat pengendali lebih raya terus mengutip tol walau pun mereka sudah pun mengaut keuntungan yang amat besar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kerajaan BN melalui jawapan bertulis Parlimen telah mengakui bahawa syarikat pengendali tol Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) yang telah membelanjakan RM5.945 bilion untuk pembinaan lebuh raya itu telah memperolehi RM24.266 bilion daripada kutipan tol dan pampasan kerajaan sehingga 31 Disember 2010.

Katanya, ia menunjukkan bahawa syarikat pengendali tol NSE telah mencatat lebihan RM18.321 bilion setakat 31 Disember 2010 daripada pelaburan asal.

“Adakah perlu lagi untuk syarikat tersebut untuk mengutip lagi banyak tol daripada rakyat apatah lagi untuk menaikkan kadar tol?

“Sepatutnya, dan jika diambil kira kepentingan rakyat, kutipan tol bagi NSE patut dihentikan serta merta sedangkan hasil kutipannya sudah pun tiga kali ganda pelaburan asal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan, keadaan yang sama berlaku kepada Jambatan Pulau Pinang yang dikuasai kerajaan pusat telah mengutip RM1.859 bilion dengan kos pembinaan RM944 juta, iaitu ia mencatatkan lebihan RM924 juta.

Bagi Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pula, katanya, tol yang dikutip berjumlah RM340 juta, dengan kos pembinaannya RM256 juta, iaitu lebihan sebanyak RM84 juta.

“Rakyat Pulau Pinang bukan sahaja tidak sepatutnya terus dibebani tol sehingga 31 Disember 2038, malah kutipan tol bagi Jambatan Pulau Pinang dan BKE harus dihentikan serta merta,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, rakyat di Pulau Pinang menjadi mangsa keputusan kerajaan BN melanjutkan kutipan tol selama 17 tahun untuk Jambatan Pulau Pinang, iaitu sehingga akhir tahun 2038, dan bukannya tarikh luput asal pada tahun 2021.

Menurutnya, rakyat juga dihukum atas perkara yang sama untuk (BKE) yang turut dilanjutkan tempoh tol 11 tahun kepada tahun 2038 berbanding tarikh luput asal tahun 2026.

“Ini telah dilakukan supaya kenaikan kadar tol untuk lima lebuh raya lain dibeku selama lima tahun. Tambahan pula, tidak ada lanjutan tempoh tol bagi NSE atau Linkedua Malaysia-Singapura, “ tambahnya.

Justeru, Guan Eng mencabar Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara tersebut setelah Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa beliau (Guan Eng) bersikap “double-standards” dalam bantahannya terhadap semakan semula perjanjian tol.

Saya tidak faham bagaimana saya boleh dikatakan sebagai mengamalkan “double-standards” apabila saya mengambil pendirian yang berprinsip untuk membantah syarikat-syarikat pengendali tol yang selama ini meraut keuntungan yang besar daripada rakyat,” katanya


PENGECUALIAN PAMPASAN TOL ~ SEMAKAN SEMULA TERMA KONSESI

Lebuhraya Sekarang hingga 2015 Struktur tol Semasa Struktur tol baru Tarikh luput semasa konsesi Tarikh luput baru konsesi
NSE Tiada kenaikan 10% setiap tiga tahun   5% pada 2016 and setiap tiga tahun selepas Dec 31, 2038  



Dec 31, 2038
Elite Tiada kenaikan 10% setiap tiga tahun May 31, 2030
Linkedua Tiada kenaikan 25% setiap lima tahun Dec 31, 2038
BKE Tiada kenaikan 15% – 25% setiap lima tahun June 27, 2026
Penang Bridge Tiada kenaikan 10% setiap lima tahun Tiada kenaikan Dec 31, 2021

Menurut Guan Eng, semakan semula terma konsesi seperti di atas bukanlah satu keadaan “menang-menang” bagi semua pihak kerana ia hanya satu kemenangan besar bagi syarikat-syarikat pengendali tol sahaja.

Beliau hairan bagaimana menteri berkenaan tetap mendakwa bahawa semakan semula perjanjian tol itu membawa manfaat kepada rakyat melalui pembekuan kenaikan kadar tol, sedangkan kenaikan kadar tol tersebut sebenarnya menyamar di sebalik lanjutan tempoh tol.

“Kesannya mungkin tidak dirasai sekarang, tetapi kesakitannya akan berlanjutan selama 17 tahun bagi Jambatan Pulau Pinang dan 11 tahun bagi BKE,” tambah beliau.  – Roketkini.com


.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors