RSS

Ingin Jadi Calon Punca Lim Boo Chang Keluar PKR



Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dr Mansor Othman tampil menjelaskan mengapa bekas ketua cabang PKR Bukit Gelugor, Lim Boo Chang keluar dari parti itu, semalam.

Dengan pilihanraya umum ke 13 dijangka dalam waktu terdekat, ada yang meramalkan 11 Januari 2012, Lim dengan rakusnya didakwa ingin menjadi calon pada salah satu kerusi yang PKR bakal tandingi.


Dan walaupun Mansor belum pun memutuskan nama calon, hakikiatnya Lim rupanya hanya menyertai parti itu kerana mahu menjadi calon semata-mata dan bukannya mahu berkhidmat kepada rakyat tanpa jawatan dalam kerajaan mahupun parti.

Selesai Mansor menjelaskan perkara itu kepada Boo Chang itulah tindakannya keluar parti mendapat liputan meluas di hampir kesemua media cetak dan elektronik beberapa jam selepas penjelasan Mansor.

Alasan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP bersikap autokratik dan terlalu mengongkong hanyalah alasan lemah Boo Chang untuk menjustifikasikan tindakannya kerana lebih tiga tahun dilantik sebagai ahli majlis, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), dia langsung tidak merungut DAP tidak boleh bekerjasama!


Dan kununnya Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengelak untuk mengadakan mesyuarat selama lebih 18 bulan hanyalah sebahagian daripada pembohongan besarnya!


Nasib malang terus menimpanya apabila dikhabarkan Gerakan juga tidak mahukan manusia katak lompat ini dari terus mejadi parasit menumpang hanya apabila sesuatu parti tersebut berkuasa!





.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors