TANJUNG MALIM 22 Dis : KEADILAN Cabang Tanjung Malim mengadakan
demonstrasi di hadapan pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) bagi membantah campurtangan politik terhadap pentadbiran
universiti itu, jam 2 petang ini.
Ia susulan demontrasi dilakukan Umno bahagian berkenaan yang
membantah tindakan seorang mahasiswa UPSI, Adam Adli kerana menurunkan
bendera tertera gambar presiden Umno di PWTC, Sabtu lalu.
Ketua Cabang KEADILAN, Mejar Kamal Badli berkata, Umno tidak berhak
mencampuri urusan universiti tersebut dan perlu menghormati kebebasan
akademik yang diperjuangkan mahasiswa.
“Kita (KEADILAN) membantah tindakan Umno, Isnin lepas kerana tidak
perlu ada campur tangan politik. Dan (Universiti) perlu memberikan
kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara,” katanya ketika kepada
Keadilandaily.
Katanya, pihaknya juga akan menghantar memorandum kepada pentadbiran universiti berkenaan bersama wakil Pas, Dap dan PSM.
Sementara itu Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, Mohd Zahar bin Mohamed Nor menyambut baik bantahan tersebut.
Katanya, “Kita (Mahasiswa) tidak menyebelahi mana-mana parti politik
dan hanya bertindak sebagai mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan
akademik. Saya menyambut baik demo dan penyerahan memorandum yang akan
dibuat dan tetap akan memperjuangkan pendirian Adam Adli,” katanya.
Beliau berkata, isu menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak,
sengaja dipolitikkan dan mahasiswa UPSI tidak mahu perkara itu
diperbesarkan lagi.
“Bagi saya apa yang dibuat oleh Adam bukanlah satu vendalisme, kami
mahasiswa tidak mahu terbawa-bawa dengan isu ini. Banyak lagi isu
penting yang lebih besar dan perlu diperjuangkan,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24687
.
bhenchod123 26p · 220 weeks ago
bhenchod123 26p · 219 weeks ago
hatta mountain tour · 209 weeks ago
Visitors can have a wide range of options to choose from when it comes to living in Hatta. The options can vary from lodge resorts hotels trailers fully equipped caravans farmhouses and much more hatta mountain tour.
https://desertsafaritours.net/hatta-tour
https://hattadubaitour.com/