RSS

Puteri umno Mahu Anwar Ibrahim Bersara Daripada Politik..wargggkakaka...




KUALA LUMPUR- Pergerakan Puteri Umno mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada dunia politik kerana perjuangan beliau jelas hanya berasaskan kepentingan peribadi.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perjuangan ketua pembangkang itu dalam politik bukannya untuk kepentingan rakyat, jauh sekali kepada negara.

"Selain itu, Anwar juga terbukti menggunakan platform politik untuk melunaskan dendam terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) dan melindungi masalah peribadi, kes liwat, video seks serta melarikan diri daripada hukuman undang-undang," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata yang "paling dikesali Anwar telah menjual maruah politik kepada pengerusi DAP Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam bela kes liwat beliau.

"Beliau langsung tidak berjuang untuk kepentingan negara. Maka beliau perlu bersara daripada politik segera disebabkan oleh masalah-masalah peribadi beliau yang akhirnya menyebabkan negara kucar kacir dan rakyat berpecah-belah," katanya.

- BERNAMA


Tak dinafikan beliau  Rosnah berhak menyuarakan pendapat. Tapi beliau harus ingat menyuruh orang lain meletakan jawatan dengan tuduhan yang dibuat-buat menampakan kegusaran beliau sendiri serta umno keseluruhannya terhadap Populariti dan Karisma yang dimiliki DSAI yang tidak ada pada ahli umno.

Mengapa beliau tidak berkata perkara yang sama terhadap beberapa pemimpin umno yang jelas dan terang melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa, seperti Ketua Wanita umno sendiri yang terpalit dengan isu NFC.

Malah sebelum ini Rosnah pernah mengecam segelintir pemimpin umno yang mengambil kesempatan atas ahli pergerakan Puteri umno itu sendiri. Beliau sewajarnya patut membersihkan umno dahulu yang penuh dengan sekandal yang memalukan.


Berikut adalah ucapan beliau yang mengecam ahli umno sedikit masa dahulu.


PUTERI UMNO TEMPAT PELEMPIAS NAFSU

Berikut kata kata beberapa pemimpin Puteri UMNO mengenai isu keganasan sex segelintir pemimpin UMNO yang menjadikan puteri UMNO sebagai tempat terbaik mereka untuk melepaskan nafsu....

"Kata exco puteri UMNO Datin Ismalina menasihatkan mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan Nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO kedalam Parti.....

"Kata naib ketua puteri UMNO iaitu YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli - ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkn mana - mana jawatan dalam Parti" 

Kata penolong setiausaha Puteri UMNO BIBI SHARLIZA BT MOHD KHALID , "Budaya politik seks harus di tangani dengan segera sebelum ianya jadi lebih parah" "

Puteri UMNO ditubuhkan oleh mahadir.Puteri UMNO dijadikan tempat yang utama untuk mencari tubuh badan yang mengiurkan bagi pemimpin pemimpin UMNO sejak dari mula ianya ditubuhkan.Kini Puteri UMNO menjadi makanan yang melazatkan bagi malaun malaun dalam UMNO.

Yang menyedihkan Puteri UMNO terdiri dari gadis gadis melayu beragama Islam.Puteri puteri UMNO mungkin menjadi sebahagian yang sudah melahirkan anak luar nikah hasil kerja terkutuk pemimpin UMNO malah mungkin juga sudah menjadi sebahagian yang membuang bayi merata rata.Siapa tahu, kerana tidak ada bancian yang dibuat sehingga kini.

Tambah pelik apabila pemimpin pemimpin Puteri UMNO hanya mengeluarkan kenyataan beramaran sahaja.Kenapa mereka tidak menyelamatkan puteri yang jumlahnya masih ramai dengan membawa mereka keluar dari UMNO?Untuk apa parti yang diberikan keutamaan sedangkan maruah anak bangsa dicerobohi oleh pemimpin pemimpin sendiri?

Untuk apa budaya politik sex ditangani sedangkan puteri UMNO sebagai pemudi harapan bangsa harus dibawa lari dari penggila sex sebegini.UMNO bukan lagi parti yang boleh disandarkan harapan untuk orang orang melayu kerana terbukti ianya hanyalah sebuah parti yang merosakkan anak bangsa sendiri.Jadi untuk apa perlu dipertahankan puteri UMNO dari kerakusan puak puak gila sex ini?

Bawalah mereka lari jauh dan selamatkan mereka anak bangsa sendiri.Kini kita semua bangsa melayu yang beragama Islam punyai satu lagi alasan untuk menentang dan menolak UMNO iaitu untuk menyelamatkan anak anak bangsa sendiri dari dirosakkan oleh UMNO.Insaflah wahai semua orang melayu beragama Islam bahawa perjuangan ini punyai maknanya yang jauh lebih besar dari melayu itu sendiri...... 

.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors