RSS

Layakkah umno Diberikan Sumpah Bai'ah Taat Setia ?



Perhimpunan Agung Umno 2011 mencatat sejarah apabila semua perwakilannya bersumpah bai'ah untuk taat dan setia kepada parti.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sumpah bai'ah berkenaan dibuat bagi memastikan kelangsungan perjuangan Umno dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Dengan semangat kesatuan, kesepakatan, kejujuran, keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan kita dalam pilihan raya akan datang, ayuh kita lafazkan ikrar taat setia ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di PWTC, Sabtu.

Ikrar sumpah bai'ah yang diketuai Muhyiddin berbunyi:

"Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.

"Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."

Ikrar beliau itu disambut dan dibaca oleh semua perwakilan di dalam dewan.

PENGERTIAN BAI’AH
Secara umumnya, bai’ah merupakan janji setia yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan muslim yang ingin memberikan taat setia kepada Allah (melalui wasilah pimpinan mahupun gerakan) untuk memperjuangkan Islam. Bai’ah dalam bahasa Melayu boleh disebut sebagai Sumpah Setia atau Aku Janji. 


Manakala, dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Agreement. Daripada suatu konsep asas iaitu Bai’ah, ianya telah berkembang dan digunakan dalam pelbagai keadaan seperti perniagaan, muamalah, pengurusan organisasi dan sebagainya.

Siapakah sebenarnya yang layak diberikan Sumpah Bai'ah Taat Setia ?

Baiat / Baiah / Bai'ah (Arab: بيعة‎ atau بَيْعَة) adalah perjanjian untuk memberi ketaatan.

Orang yang berbai'ah ialah seolah-olah ia membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan kaum Muslimin kepada seorang Khalifah iaitu pemimpin, ketua umat Islam.

Ia tidak akan melanggar kepada janji-setianya terhadap Khalifah dalam urusan tersebut malah ia mestilah mentaati apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sama ada ia suka ataupun ia benci.

Bai'ah adalah akad antara umat dan calon Khalifah untuk menjadi Khalifah atas dasar redha dan pilihan, tanpa ugutan dan paksaan.

Allah S.W.T melalui Rasulullah s.a.w. telah menggariskan bahawa akad tersebut adalah bai'ah. Sebagaimana layaknya sebuah akad, dalam Bai'ah perlu ada ijab (penyerahan) dan qabul (penerimaan).

Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya mencontohkan bahawa ijab berasal dari umat sebagai pemilik kekuasaan.

Calon Khalifah mengabulkannya. Ijabnya berupa penyerahan kekuasaan dari rakyat kepada Khalifah untuk menerapkan Islam secara keseluruhan dan penyerahan ketaatan mereka kepadanya. Qabulnya berupa penerimaan hal tersebut oleh calon khalifah.

Lafaz baiah perlu ada 2 perkara :
  1. Apa yang dikhususkan kepada Khalifah - Maka lafaznya merangkumi amal-amal daripada Al-Quran dan As-Sunnah yakni maksudnya ia menjadi pemimpin dan ketua hukum syarak umat Islam.
  2. Apa yang dikhususkan kepada umat Islam - Maka lafaznya iltizam umat Islam dengan ketaatan dan kepatuhan pada semua perkara setakat mana kemampuan mereka.

Hadis tentang Bai'ah

Banyak hadis sahih yang menjelaskan bahawa seseorang sah sebagai Khalifah jika diangkat melalui proses Bai'ah. Para sahabat pun melakukan hal yang sama. Tidak pernah seseorang menjadi Khalifah tanpa dibaiah. Abu Bakar menjadi Khalifah bukan hasil musyawarah memutuskan beliau sebagai khalifah, tetapi setelah beliau dibai'ah di Saqifah.

Umar menjadi Khalifah bukan setelah pengumuman Abu Bakar tentang hasil musyawarah kaum Muslim, melainkan setelah beliau dibai'ah. Demikian juga dengan Uthman dan Ali.

Berdasarkan hal tersebut dapat dikatakan bahawa bai'ah merupakan satu-satunya cara tetap (thariqah) pengangkatan Khalifah.

Sekalipun disetujui majoriti rakyat atau wakilnya, seseorang belum menjadi Khalifah sebelum dibai'ah. Begitu juga, warisan atau sistem putera mahkota bukanlah cara pengangkatan Khalifah.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra. Dari Rasulullah saw. beliau bersabda:
"Dahulu Bani Israil itu dipimpin oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi mangkat, maka akan digantikan dengan nabi lain. Dan sesungguhnya tidak ada seorang nabi pun setelahku dan akan muncul para Khalifah yang banyak. Mereka bertanya: Lalu apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Nabi saw. menjawab: Setialah dengan bai'ah Khalifah pertama dan seterusnya serta berikanlah kepada mereka hak mereka, sesungguhnya Allah akan menuntut tanggung jawab mereka terhadap kepemimpinan mereka."

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Junadah bin Abu Umayyah dari 'Ubadah bin Al-Samit yang menyatakan: "Rasulullah s.a.w telah memanggil kami, lalu kami pun memberi bai'ah kepada baginda... kemudian 'Ubadah berkata:

"Di antara perkara yang diminta kami berjanji ialah; Kami berjanji mendengar dan mentaati (Rasulullah s.a.w) dalam perkara yang kami sukai dan kami benci, dalam keadaan kami susah dan senang, tidak mementingkan diri sendiri, tidak membantah terhadap ketua dalam urusan-urusan kecuali kami melihat kekufuran terhadap Allah secara nyata dengan bukti yang terang dan jelas."

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Baiat


(Ikhsan


.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors