RSS

901: Kenapa Polis Benarkan Berhimpun?



Oleh: mirputra
  "Sebelum ini beratus malah mungkin beribu lapuran polis telah dibuat diseluruh negara untuk menghalang diadakan perhimpunan pada 9/1/2012 oleh kebanyakan NGO/pertubuhan yang pro UMNO malah ramai juga yang tidak bersetuju dengan perhimpunan tersebut terutamanya daripada YB yang melompat.Polis dan juga DBKL awal2 lagi telah mengeluarkan amaran yang agak keras kepada penganjur dan juga sesiapa yang terlibat berhimpun pada tarikh tersebut.

DBKL awal2 lagi telah mengeluarkan amaran yang pihaknya akan memantau perhimpunan tersebut melalui CCTV yang terdapat disekitar kawasan Ibu Kota dan juga sekitar kawasan mahkamah Jalan Duta.

Siapa sangka  kesudahannya Polis dengan mudah boleh memberi kebenaran dan membenarkan perhimpunan tersebut boleh diadakan dengan  beberapa syarat yang perlu dipatuhi..Walaupun syarat2 yang diberikan itu agak terlewat dikeluarkan.
Pihak polis melalui unit risikan sudah dapat menghidu sekiranya perhimpunan tersebut dihalang atau permit tidak dikeluarkan..Orang ramai termasuk penyokong PR akan tetap hadir dalam jumlah yang besar.
Kita jangan lupa 2 minggu sebelum tarikh  DSAI akan dijatuhi hukuman DSAI telah menjelajah keseluruh negeri berjumpa dengan rakyat dan setiap kali DSAI turun kesetiap negeri jumlah yang hadir mendengar ucapan DSAI mencecah ribuan orang..Petang Jumaat 6/1/2011 DSAI telah memberi taklimat pada diplomat asing berkaitan dengan kes yang beliau hadapi dan kemungkinan2 yang akan berlaku kepada beliau.Difahamkan perjumpaan dengan kawalan yang agak ketat dari pihak hotel pun masih ada SB yang berkeliaran disekitar lobi hotel.
Kesimpulan yang boleh kita fahami adakah kerajaan dan polis telah mendapat tekanan dari negara luar.Jawapannya ya!.. Soal DSAI salah atau tidak itu soal kedua..yang pasti seluruh dunia sedang memerhati negara kita..Mengikut jadual DSAI selepas kes mahkamah beliau akan terbang ke India bertemu dengan cucu Mahatma Gandhi dan selepas itu beliau akan terbang ke Istambul bertemu dengan PM Turki..DSAI adalah pemimpin ulung negara kita yang mendapat tempat dan dihormati  diseluruh dunia..Itu sebab kebanyakan pemimpin UMNO cukup marah dan dengki dengan DSAI.
Apabila negara luar memberi sokongan dan bantuan pada DSAI tidak semestinya beliau boneka pada negara luar.Kita di Malaysia sesama Islam pun masih mempunyai perasaan hasad dengki dan fitnah telah menjadi darah daging buat UMNO..Semudah2 jawapan buat pencacai UMNO kita harus bertanya pada diri kita sendiri sekiranya DSAI bersikap pentingkan diri sendiri lebih baik DSAI ambil nasihat Mahatir letak jawatan secara terhormat sebagai TPM semasa kes liwat 1 dulu.Sekurang2nya sekarang nie mungkin DSAI dah bergelar TUN dan mungkin juga dilantik sebagai Pengerusi mana2 GLC milik kerajaan setidak2nya kes liwat 2 tak akan timbul.
Oleh kerana DSAI sanggup membujur lalu melintang patah beliau sanggup mengambil risiko dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan semata mata berjuang untuk  rakyat yang sudah lebih 50 tahun ditindas dan ditipu hidup2  oleh rejim UMNO/BN.Sekiranya berlaku pada lain2 pemimpin UMNO adakah mereka sanggup mengambil risiko seperti DSAI?
Kebanyakan pemimpin UMNO malah menteri tak ada yang mempunyai rekod yang bersih seperti DSAI,Masanya telah tiba untuk kita nyahkan UMNO dari muka bumi ini.Kadang2 kita pun kesian dekat orang2 kampung yang ditipu dan selalu kena tipu dengan rejim UMNO..
PM Najib awal2 lagi telah cabut ke Afrika,begitu jugalah kebanyakan PM kita yang lepas2 apabila berlaku sesuatu kes dalam negara mereka lebih rela keluar dari Malaysia umpama takut pada bayang2 sendiri..Bagi kita rakyat Malaysia dan penyokong PR samada DSAI bebas,sabit kes atau dijamin pecayalah selepas PRU13 UMNO/BN akan berkubur.
Kekuatan yang ada pada UMNO/BN sekarang ini banyak bergantung pada negeri Sabah dan Sarawak.Kalau 2 negeri ini berlaku pergolakan atau krisis keyakinan tidak mustahil UMNO akan hilang sokongan dari negeri tersebut..Itu sebab sampai sekarang Najib tidak berani mengambil tindakan atau mendakwa Ketua Menteri Sabah dan Sarawak dengan perbagai isu berkaitan rasuah.
Adakah Ketua Polis Negara berani menangkap Taib Mahmud dan menyerah Taib Mahmud pada Interpol..?Sekiranya Ketua Polis Negara berani mengambil tindakan keatas Taib Mahmud..umpama…kalau hari ini Taib Mahmud ditangkap tak sampai 24jam kerajaan yang ada sekarang ini akan tumbang..kebanyakan ahli parlimen dari Sarawak akan keluar dari BN.Sarawak mempunyai 31 kawasan parlimen dan Sarawak satu2nya negeri yang tidak ada  UMNO maupun ahli.Dan Sabah mempunyai 25 kawasan parlimen dan sebahagian nya bukan dari UMNO.Kalau berlaku situsi tersebut UMNO hanya akan mempunyai kerusi parlimen kurang dari 100 termasuk ahli parlimen yang melompat daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen yang ada.
Kurang 24jam detik 901 akan tiba ayuhlah  kita semua sebagai rakyat yang cintakan keadilan dan menolak pemimpin yang rasuah marilah kita berdoa semoga perjalanan dan perjuangan kita untuk bersama2 DSAI akan tercapai dan doa kita dimakbul oleh NYA…Amin

.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors