KUALA LUMPUR: Di dalam ceramahnya
yang terakhir sebelum menerima keputusan mahkamah, Datuk Seri Anwar
Ibrahim sekali lagi menyeru rakyat mendokong dan memenangkan Pakatan
Rakyat walaupun dia di penjarakan atau dibebaskan.
Sambil mengulangi kenyataan yang dia tidak bersalah, Ketua Pembangkang
itu tegas berkata perjuangan beliau bukan untuk dirinya tetapi ia
adalah perjuangan Pakatan Rakyat.
"Samada ada saya didapati bersalah atau tidak, dipenjarakan atau tidak,
adalah tidak penting kerana perjuangan menegakkan keadilan adalah
perjuangan rakyat dan Pakatan Rakyat."
"Ini bukan soal Anwar, Anwar hanya simbol. Anwar tidak adapun
perjuangan tetap akan diteruskan," Anwar berkata di dalam ucapannya di
depan lebih kurang 5,000 hadirin di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung
Baru, di sini semalam.
Hari ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan mengetahui keputusan
Mahkamah Tinggi bersabit tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful
Bukhari Azlan.
Di dalam ceramahnya, Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, berkata Pakatan
sudah bersedia menghadapi pilihanraya ke-13 dan ketiga-tiga parti
gagasan itu telah mencapai persetujuan di dalam banyak perkara.
Tambah beliau, hanya sedikit perkara seperti pengagihan satu atau dua kerusi yang belum selesai. Anwar juga yakin dengan sokongan yang diberi rakyat dan ketetuan Allah.
"Kalau dalam penjara atau di luar, di atas atau di bawah kamu akan
dilantik dengan izin Allah. Kita yakin dengan kekuatan Allah dan bukan
manusia," dia berkata.
. .
.