KUALA LUMPUR 6 Dis : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali
memberitahu, polis telah memberi kebenaran dan jaminan akan menjaga
keselamatan sepanjang perhimpunan yang bakal dianjurkan di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur, Isnin depan.

Ahli Parlimen Gombak itu akan menerangkan secara terperinci mengenai rancangan dan keputusan yang telah dicapai untuk menjayakan perhimpunan pada 9 Januari itu, di Ibu Pejabat KEADILAN petang ini.
“Tempat telah ditetapkan, perhimpunan akan diteruskan. Keputusannya
positif dan saya gembira dengan polis tadi menunjukkan kesediaan untuk
berbincang dengan parti politik khususnya pakatan rakyat,” katanya.
Menurut Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Mat Akin menerusi laman
twitter beliau, pihak polis membenarkan ruang perkarangan kawasan letak
kereta berhadapan dengan mahkamah untuk berhimpun.
Satu sidang tergempar bersama pimpinan KEADILAN akan diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya 3.00 petang ini.
.