Saya boleh katakan saya ini reluctant politician. Saya bukan
seorang ahli politik daripada asal. Saya berkhidmat dengan orang
politik. Saya memberikan sumbangan dan khidmat saya kepada Datuk Seri
Anwar Ibrahim (DSAI) selama 13 tahun, mulai seawal 1987 ketika beliau
menjadi Menteri Pendidikan, kemudian kita beralih ke Kementerian
Kewangan, sehinggalah ke Jabatan Perdana Menteri dan sehingga beliau
dipecat pada 2 September 1998.
Namun sebelum itu kalau diperlukan saya kongsi sedikit latar belakang
saya, saya ini bukanlah daripada keluarga aristokrat. Saya berasal dari
sebuah keluarga yang sederhana.
Ayah saya
Allahyarham ayah saya seorang bekas tentera yang berkhidmat dengan
British Army di Singapura, sebaik sahaja Singpura berpisah dengan
Malaysia, beliau balik ke Kementerian Pertahanan dan semenjak itu kita
mula meneroka tanah kerajaan di kampung Klang Gate Baru Hulu Kelang
semenjak tahun 1968.
Dan ketika itu saya berumur 4 tahun, mula dibesarkan dalam keluarga
ini di kampung Klang Gate. Sebagai seorang anggota tentera, pegawai
rendah, ayah saya seorang sarjan mejar sahaja, nombor tenteranya 3443,
saya ingat lagi. Seorang yang cukup berdisiplin, tegas.
Mungkin latihan yang diterima dalam ketenteraan, dan dia menerapkan
watak ketegasan dan disiplin ini di kalangan ahli keluarga khususnya
anak-anaknya, dan saya dibesarkan dalam keluarga sebegini, tegas
berdisipllin patuh kepada arahan dan ianya telah membentuk saya daripada
kecil. Dan Allahyarham ayah saya ini walau pun dia berkhidmat dengan
tentera selama 21 tahun, beliau mengambil keputusan untuk bersara awal
dan menceburkan diri dengan advertising company di jalan Riong Bangsar.
Kambing, ayam dan ikan keluarga saya
Pada masa yang sama juga dia mahu kami melalui satu proses pembesaran
yang tidak dengan jalan yang mudah. Sebenarnya, tak ramai yang
mengetahui saya pernah menjadi penternak kambing…bukan lembu, ya.
Ketika saya berusia 17 tahun dan sedang menghadapi SPM saya masih ingat lagi di kampung Klang Gate, ketika itu Taman Melawati sedang dibangunkan, iaitu pada tahun 1981, saya di tingkatan 5. Dalam kesibukan saya menyiapkan diri untuk SPM, ayah saya mendesak supaya saya menternak kambing.
Saya ingat lagi 20 ekor kambing, tidak mudah cara menternak kambing
ini kerana kalau hujan dia tak boleh keluar, kita terpaksa pergi cari
daun nangka untuk memberi makan kepada kambing. Kalau cuacanya baik saya
terpaksa bawa kambing-kambing ini pergi ke dalam kebun getah daripada
pukul 4 petang hinggalah waktu maghrib, bawa kambing balik ke kandang.
Saya telah melalui proses ini, saya juga telah dididik untuk menjadi
seorang pekebun, kita ada tanah kerajaan yang kita teroka di empangan
kampung Klang Gate, di mana sekitar dua ekar tanah dibangunkan dengan
menanam pisang, nangka, durian, serai, cili sayur-sayuran dan ulam dan
lain.
Setiap hari Sabtu dan Ahad, merupakan dua hari yang wajib saya
bersama ayah dan abang saya untuk berada di kebun tersebut dan hasil
daripada penanaman ini kita kumpulkan dan kita bawa ke pasar tani untuk
dijual. Saya melalui proses tersebut, dan tidak cukup dengan itu, ayah
juga cuba menternak ayam daging.
Lebih lima ribu ekor diternak dan sekali lagi saya diarahkan terlibat
secara langsung dalam membantu beliau dalam menternak ayam daging ini,
tidak mudah untuk uruskan najis-najis ayam yang dijadikan baja, untuk
memberikan makanan dan menjaganya dengan memasang lampu pada stiap malam
juga saya melalui proses itu.
Tak cukup itu saya juga telah terlibat secara langsung dalam
menternak ikan air tawar, dalam halaman rumah juga tanah liat tanah yang
keras. Namun saya tahu bahawa ayah saya bukan mendera tetapi melatih
kita melalui satu proses pembesaran dengan jalan yang sukar supaya kita
faham apa itu erti kemiskinan, apa itu erti kepayahan.
Walau pun kita tidak perlu sebenarnya melalui proses ini, dia mahu
anak-anaknya supaya memahami masalah rakyat pada ketika itu dan
tanah-tanah yang keras di keliling rumah dikorek menjadi kolam-kolam
ikan, dan kita menternak ikan keli dan ikan air tawar yang lain dan kita
telah pun berjayalah dari segi itu.
Melanjutkan pengajian tinggi ke Amerika Syarikat
Sehinggalah saya selesai SPM dan Alhamdulillah keputusan itu
membolehkan saya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dengan tajaan
MARA untuk membuat kursus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang matematik.
Pada waktu saya dalam program MARA di mana saya perlu balik dan mengajar
di Maktab Rendah Sains MARA.
Namun saya juga mengambil kesempatan di sana, dan oleh kerana peluang yang telah diberikan dan suasana pendidikan yang cukup kondusif, saya juga mengambil satu lagi matapelajaran, iaitu ekonomi, dan saya telah berjaya menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang matematik dan juga ekonomi.
Namun saya juga mengambil kesempatan di sana, dan oleh kerana peluang yang telah diberikan dan suasana pendidikan yang cukup kondusif, saya juga mengambil satu lagi matapelajaran, iaitu ekonomi, dan saya telah berjaya menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang matematik dan juga ekonomi.
Kemudian saya telah membuat rayuan untuk meneruskan pengajian dalam
bidang matematik dan juga ekonomi. Dan saya pulang ke Malaysia pada
tahun 1987 untuk berkhidmat dengan MARA, tetapi pada ketika itulah DSAI
menawarkan saya berkhidmat dengan beliau sebagai pegawai khas pada
ketika itu sebagai Menteri Pendidikan dengan mendapat sokongan dan
dokongan yang kuat daripada (Perdana
Menteri pada masa itu) Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Malah, sewaktu perbicaraan DSAI, saya pernah memberikan keterangan
dalam mahkamah, bahawa saya diperkenalkan kepada DSAI oleh Dr. Mahathir
sebenarnya. Saya tidak kenal DSAI, saya lebih mengenali Dr. Mahathir
kerana aktiviti saya di Amerika Syarikat dalam kesatuan pelajar yang
aktif untuk membantu mempertahankan dasar-dasar kerajaan pada waktu itu.
Bagaimana Dr Mahathir perkenalkan saya kepada Anwar
Sekitar pertengahan tahun 1980-an ada satu kebangkitan pelajar
Malaysia di Amerika Syarikat yang menentang kerajaan (Malaysia) secara
besar-besaran. Ketika itu isu mengkafirkan orang UMNO oleh PAS, dan oleh
kerana ketika itu gerakan Islam di kalangan pelajar Malaysia di Amerika
itu cukup kuat, maka mereka juga sama-sama menentang UMNO dan Barisan
Nasional.
Saya masih ingat insiden di mana Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan
Mohktar yang juga Naib Presiden UMNO masa itu membuat lawatan ke AS
dengan membawa dana yang besar untuk menyampaikan kepada pelajar-pelajar
tetapi ditolak malahan dihalau oleh pelajar-pelajar.
Itu menunjukkan sentimen para pelajar ketika itu. Maka ketika itulah
saya diperkenalkan kepada Dr. Mahathir oleh Duta Besar Malaysia, Liew
Sik Hon, orang kuat MCA yang menjadi Duta di Washinton DC. Dia membawa
saya bertemu dengan Dr. Mahathir sekitar tahun 1983 di Chicago. Itulah
kali pertama saya bertemu dengan Dr. Mahathir dan beliau meminta saya
membantu bagaimana kita dapat mendekati pelajar-pelajar dan menerangkan
dasar-dasar kerajaan supaya dapat meredakan ketegangan pada ketika itu.
Alhamdulillah, saya telah memberikan pandangan dan sumbangan ke arah
tersebut dan hubungan saya dengan Dr. Mahathir semakin akrab dan setelah
tamat pengajian, Dr Mahathir yang pada ketika itu akrab dengan saudara
Anwar telah meminta saya membantu DSAI.
Maka itu saya mula bersama dengan DSAI mulai tahun 1987 sehingga
1998. Memang benar saya salah seorang yang paling lama berkhidmat dengan
DSAI. Berbeza dengan satu, dua watak yang baru mengenali DSAI tetapi
telah mengkhianati beliau dan perjuangan, malah telah membuat
kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan perwatakan dan personaliti DSAI.
Anwar yang saya kenali
Bagi saya mereka ini adalah mereka yang tidak mengenali beliau
sepenuhnya dan dipergunakan oleh musuh-musuh DSAI untuk menyerang dan
melakukan fitnah. Sebagai orang yang lama dan paling lama sebenarnya
berkhidmat dengan DSAI, bagi saya beliau seorang yang cukup tegas dan
memikul amanah ini dengan baik dan bertanggungjawab seorang Muslim yang
kuat aqidahnya, seorang Melayu yang kuat keMelayuannya tetapi pada masa
yang sama mempunyai sikap yang adil dan saksama kepada kaum-kaum yang
lain.
Ini
semua kerana beliau melihat kepelbagaian ini juga dituntut oleh Islam
tidak sekadar melihat Islam dan Melayu itu sebagai agenda tetapi menolak
kaum-kaum yang lain. Sebab itu prinsip kepelbagaian ini atau pun apa
yang sering disebut-sebutnya dalam Bahasa Cina yang bermaksud “kita
semua dalam satu keluarga”.
Kata-kata ini diucapkan bukan dalam zaman Reformasi, beliau telah
menyebut ini ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan lagi. Ini bermakna ia merupakan satu conviction beliau
sebagai Islam, sebagai Melayu tetapi pada yang sama kita mesti menerima
kenyataan yang Islam menuntut kepelbagaian, Islam menuntut kerjasama
dengan kaum-kaum dan agama-agama yang lain. Jadi beliau memegang prinsip
yang berkenaan.
Bagi saya, saya bersyukur kerana pengalaman berkhidmat dengan DSAI ini banyak mendidik saya dan membentuk perwatakan saya.
Yang pertama, saya dapat belajar bagaimana kita nak menguruskan
manusia ini. Tidak mudah dengan pelbagai latar belakang dan pelbagai
watak tetapi kita mesti ada kebijaksanaan untuk urus perkara-perkara
ini.
Yang kedua, sudah tentulah bagaimana kita nak mengurus dan mentadbir
krisis dengan berhemah dan bertanggungjawab. Sudah tentulah isu-isu
lain, soal foreign policy, isu-isu antarabangsa, isu-isu
politik, ekonomi dan sebahagian besarnya kita tak ada peluang untuk
belajar di dalam kuliah di universiti atau kolej.
Tetapi melalui pengalaman seperti ini, saya mula berkhidmat dengan beliau seawal usia 24 tahun dan di usia begitu muda saya diberikan pendedahan untuk bersama-sama dengan beliau dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh negarawan besar di dunia bukan saja di Timur Tengah atau pun di Eropah dan juga di negara Barat.
Kalau di peringkat Malaysia ini saya masih ingat ketika beliau
menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia ada satu Forum Ilmuan Malaysia
(FIM), dan kita bertemu dengan mereka setiap bulan di mana ia melibatkan
tokoh-tokoh akademik daripada universiti, daripada civil society,
tokoh-tokoh politik untuk membincangkan bukan isu kepartian tetapi isu
masyarakat, isu negara dan mendapat input dan maklum balas daripada
pakar-pakar berkenaan sebagai resource persons.
Itu bagi saya amat penting. Orang-orang politik ini jangan terlalu
banyak bermain politik sehingga memutuskan hubungan mereka dengan
tradisi keilmuan. Sebab itu sehingga hari ini DSAI menekankan pimpinan
keadilan mesti banyak membaca, mesti banyak berdamping dengan
tokoh-tokoh ilmuan sama ada soal Islamnya, soal ekonominya dan juga
bidang-bidang yang lain supaya kita dapat membuat keputusan berasaskan
ilmu, kita tidak membuat keputusan berasaskan emosi atau sentimen.
Apa-apa isu itu dapat ditangani kalau kita memiliki ilmu yang tinggi.
Dan, ilmu ini perlu dipelajari walau pun kita sudah berada di suatu
kedudukan yang tinggi, tetapi ia tidak bermakna jika kita tidak
berdampingan atau pun hubungan yang baik dengan tokoh-tokoh akademik.
Di peringkat regional juga sudah tentulah DSAI merupakan
tokoh yang dilihat dapat menjana perubahan. Sebab itu saya kesal dengan
serangan-serangan jahat termasuk Raja Petra Kamaruddin dan
pecacai-pecacai UMNO yang lain dengan mengatakan DSAI ini unfit to be a Prime Minister (“tidak layak menjadi Perdana Menteri”).
Bagi saya, siapa mereka ini untuk menentukan masa depan parti dan
DSAI, sedangkan pandangan dunia tidak begitu. Pandangan dunia melihat
DSAI ini bukan sahaja milik keadilan, bukan sahaja milik Malaysia tetapi
milik antarabangsa. Sebab itu beliau mendapat undangan hampir setiap
minggu untuk berkongsi pengalaman dan ilmu beliau bagaimana dunia ini
dapat bekerjasama dalam konteks globalisasi pada hari ini.
Sebagai contoh, pada 9 Januari ini, pada hari keputusan mahkamahnya,
sepatutnya beliau berada di India atas undangan cucu Mahatma Gandhi
dalam satu seminar penting dalam soal demokrasi. Begitu juga Perdana
Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah menyusun satu program besar
untuk beliau pada 12 Januari ini bersama dengan tokoh-tokoh akademik dan
kemasyarakatan di Turki untuk membincangkan soal bagaimana masa depan
Islam dan Barat untuk kita maju kehadapan.
Kesetiaan saya kepada idealisme dan perjuangan Anwar
Bagi saya, kalau dunia melihat ketokohan kewibawaan DSAI, siapa satu,
dua kerat manusia upahan UMNO ini untuk mempertikaikan kewibawaan dan
juga ketokohan DSAI. Dan saya sebagai orang yang lama dengan beliau, 13
tahun dalam kerajaan semenjak beliau dipecat dalam tahun 1998 sehingga
hari ini saya masih setia dengan beliau.
Saya sudah hampir 30 tahun bersama DSAI. Isu yang harus kita
bincangkan, iaitu soal kesetiaan, ini juga bagi saya isu penting dalam
perjuangan. Dan bagi saya, saya bukan setia kepada DSAI kerana batang
tubuhnya, tetapi kerana prinsipnya dan idealisme yang dibawa oleh beliau
yang saya tertarik dan saya melihat ia dapat mendidik anak bangsa untuk
berpegang kepada prinsipnya.
Itulah rentetan yang dapat saya kongsi dari zaman persekolahan saya,
zaman universiti dan khidmat saya kepada DSAI. Sekarang saya terlibat
langsung dalam KeADILan (PKR) dan Pakatan Rakyat.
Bagi saya rumusannya ialah saya bersyukur kerana saya dapat mendekati
DSAI dalam konteks rasmi ketika dalam kerajaan dan hari ini dalam
konteks perjuangan dalam Pakatan Rakyat.
Pengalaman yang saya perolehi cukup luas, bukan saja dalam konteks
kedaerahan atau pun dalam konteks tempatan tetapi juga
pengalaman-pengalaman saya berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa
melalui DSAI itu cukup luas. Sudah tentulah ia dapat membantu KeADILan
khususnya dan juga Pakatan Rakyat dalam meneroka masa depan yang lebih
baik untuk Malaysia.
Inilah peranan saya dan saya akan terus memberi khidmat kepada parti
dan perjuangan Pakatan Rakyat walau apa pun berlaku kepada DSAI pada 9
Januari nanti. – Roketkini.com
.