JINGGA 13
mengecam kenyataan Dr Hassan Ali baru-baru ini yang berusaha untuk
mengaitkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai menghalalkan perlakuan
homoseksualiti sepertimana yang dilaporkan Mingguan Malaysia dan Berita
Harian berikutan yang disadur secara tidak bertanggungjawab dari
wawancara Ketua Pembangkang itu bersama British Broadcasting Corporation.
Kekecewaan
Umno dan Barisan Nasional berikutan pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim
daripada pertuduhan liwat nyata tidak dapat diselindungkan apabila media
pro kerajaan ini memutarbelit fakta sebenar sedangkan secara nyata
rakaman wawancara itu tidak disiarkan sepenuhnya. Namun apa yang lebih
memualkan adalah reaksi segera Dr Hassan Ali yang jelas mempunyai niat
jahat serta tanpa usul periksa sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian
rupa.
Jingga 13
mempersoalkan rasional kenyataan Dr Hassan Ali itu yang cenderung untuk
memfitnah dan mengaibkan peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim, dan apakah
Dr Hassan Ali diperalatkan oleh musuh-musuh politik Dato Seri Anwar
Ibrahim untuk menjatuhkan imej Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Kenyataan Dr Hassan Ali ternyata memang kosong dan tidak mempunyai fakta
untuk menyokong pernyataan itu.
Jingga 13
menyeru agar rakyat tidak terpengaruh dengan fitnah dan cubaan jahat
media pro kerajaan dan Dr Hassan Ali untuk meruntuhkan moral Dato Seri
Anwar Ibrahim. Ini jelas merupakan cubaan terdesak dan tidak beretika
memandangkan sokongan dan pendirian rakyat untuk kekal teguh menolak
politik fitnah yang semakin menjadi-jadi.
Fitnah
terbaru ini adalah antara picisan usaha yang sudah dijangka akan
dilakukan oleh media-media penipu ini dan akan berterusan untuk terus
menjadi simbol bahawa kerajaan pimpinan Najib Razak sudah wajib untuk
diundurkan kerana gagal untuk fokus kepada permasalahan utama dan
menjadikan isu liwat serta homoseksual ini sebagai talian hayat untuk
meraih sokongan rakyat yang semakin mengecil.
Dr
Hassan Ali boleh terus mencuba sedaya upaya namun akhirnya segala
bentuk fitnah dan kebobrokkan ini akan memakan dirinya sendiri. Jingga 13
mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dr Hassan Ali ini dan mendesak
beliau memohon maaf secara terbuka kepada Dato Seri Anwar Ibrahim demi
sekelumit maruah dan penghormatan kepadanya yang masih bersisa.
Muafakat*Prihatin*Berani
SAIFUDDIN BIN SHAFI MUHAMMAD
Setiausaha
JINGGA 13
.