RSS

Dasar Luar Negara Akan Jadi Cacamarba Jika Anwar Berkuasa - Zahid Hamidi



Dasar luar negara terutama membabitkan isu keselamatan di Asia Barat berkemungkinan akan menjadi carcamarba sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi peluang menerajui negara ekoran kenyataan ketua pembangkang itu yang dilihat menyebelahi kepentingan Israel.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid berkata, gambaran awal keadaan tersebut boleh berlaku ekoran kenyataan yang dilontarkan oleh Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) pada 26 Disember lalu mengenai sokongan kepada usaha melindungi keselamatan Israel.

''Nauzubillah (kami berlindung dengan Allah), kita harap tidak ada kesempatan diberikan oleh Allah untuk mereka (pembangkang) memerintah negara ini," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan motosikal roda tiga berkuasa tinggi pertama di dunia, BRP Can-Am Spyder Roadster yang diedarkan oleh DRB-HICOM Bhd. di sini hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengulas mengenai kenyataan Anwar di WSJ pada 26 Januari lalu bahawa: 

''Saya menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel'' yang mendapat kecaman pelbagai pihak apabila ia dilihat menyebelahi kepentingan rejim Zionis.

Bagaimanapun Anwar ketika cuba menangkis kecaman tersebut menyatakan kenyataan beliau itu adalah selari prinsip penyelesaian dua negara atau two states solution yang dikatakan turut dipersetujui oleh pejuang Palestin, Hamas dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Malaysia.

Zahid berkata, setelah meneliti kenyataan Anwar tersebut sebagaimana dilaporkan oleh WSJ, pihaknya mendapati ia adalah satu percubaan untuk menyelamatkan diri apabila ditanya mengenai isu negara Israel tetapi ternyata jawapan tersebut menjerat pemimpin parti pembangkang tersebut. - UTUSANONLINE

Mari kita lihat arkib berita 19/07/2009

ZAHID TIDAK JUMPA NETANYAHU TAPI JUMPA EHUD BARAK – Utusan

KUALA LUMPUR 18 Julai - Menteri Pertahanan, . Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menemui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Pertunjukan Udara Paris, Perancis pada Jun lalu seperti dilaporkan media tempatan hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pegawai khasnya, Halim Majid, Ahmad Zahid hanya menemui Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa majlis koktel di pertunjukan udara tersebut.

Semalam, Ahmad Zahid dilaporkan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Israel bagi menjelaskan pendirian Malaysia berhubung isu di Asia Barat.

Laporan itu menyebut kononnya pertemuan tersebut adalah permintaan Netanyahu dan beliau adalah satu-satunya Menteri Pertahanan yang ditemuinya.


 Sejarah Pertemuan Pemimpin Malaysia-Israel

Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.

Pada 26 September , Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel , Devid Levy di New York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel , Ehud Barak. David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang berhubung perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika sesi Perhimpunan Agung PBB. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah mengecam pertemuan ini. PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas.

Pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.

Pada 16 Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis. Zahid mengenakan beberapa syarat pertemuan iaitu seperti tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard" kerana bimbang disalahtafsir.Jika Israel menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin, Lubnan, Syria , Mesir dan lain-lain.Pertemuan dibangkitkan semasa Zahid berada di Beirut pada 17 Julai 2009.

Kerjasama ekonomi Malaysia-Israel

Pada Mei 1994 , Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

Tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US.

 Statistik Hubungan Dagang Malaysia - Israel.-  http://trade.ec.europa.eu/doclib/docs/2006/september/tradoc_113402.pdf



Rujukan Perdagangan Malaysia - Israel - http://www.moital.gov.il/NR/exeres/1E87CDC9-AA51-4E39-B54B-C2E0286B9BBA.htm



Ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan Malaysia Israel daripada segi hubungan dagang.

Hubungan Malaysia - Israel Era Najib Tun Razak

Saham 31 % Pantai Holding Berhad telah dijual kepada Parkways Holdings Limited iaitu syarikat milik pelobi Zionis bernama Richard C Blum. Pantai mempunyai 6 buah hospital swasta di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Cheras, Klang,Ipoh, Pulau Pinang dan Batu Pahat

Syarikat MITV milik Israel di Singapura memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. MITV mengalahkan syarikat lain yang lebih layak seperti DiGi. 5 % saham Telekom Malaysia dijual kepada Temasek Holdings. Sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar Siam dengan ketenteraan Israel. 

 Konvoi Malaysia turut terlibat dalamViva Palestina pergi ke Gaza pada 2009 . Datin Seri Rosmah Mansur telah menghubungi Susan Mubarak di Mesir bagi membebaskan peserta Viva Palestin dari Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar mempertikaikan kewajaran Datuk Seri Najib Tun Razak melantik firma konsultan komunikasi APCO Worldwide untuk mempromosikan nama dan jenama Malaysia. Anwar mahu Najib menjelaskan kaitan antara 1Malaysia dengan One Israel . Tuduhan Anwar itu boleh menyebabkan Anwar digantung selama setahun kerana memfitnah.

Laman web Chegu Badrul Hisham Shahrin mempersoalkan Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H) berpangkalan di Singapura yang mendapat tender RM42 juta. Beliau curiga maklumat keselamatan, pertahanan dan data sulit PDRM akan terlepas kepada ‘programmer’ tentera Israel. Izhak David Naskar memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Beliau adalah pakar komputer dan telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Beliau membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987. 

Seorang lagi ialah yang membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Pada 6 April 2010, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa ejen Israel wujud dalam PDRM.

Pada 13 April 2010,Datuk Wira Abu Seman Yusop menjelaskan di Parlimen bahawa kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek "Police Reporting System" (PRS) PDRM terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India.Fasa 1 dan Fasa 2 oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB) .Fasa 3 oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd. 70 % saham syarikat ini dimiliki rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd. 

Selepas Ogos 2007, 100 % saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel. Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong (49 %) dan Top Image Systems Ltd (TIS) (51 %).Dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel. Fasa 3 telah disiapkan pada Oktober 2006, sebelum penstrukturan. Selepas siasatan, subkontraktor Asiasoft (M) Sdn Bhd ditamatkan pada 31 Dis 2008.

 

 

.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors