RSS

Selepas Rembat DBKL Nong Chik Nak Rembat KWSP!!!



Slogan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah “Simpanan Hari Tua Anda”.

Visi KWSP adalah “menjadi organisasi keselamatan sosial bertaraf dunia yang menyediakan simpanan persaraan yang terbaik bagi rakyat Malaysia”. Misi KWSP ialah “menyediakan Skim Simpanan Persaraan yang terbaik”.

Jadi mengapa KWSP yang menjadi pemegang amanah kepada wang pekerja mahu menyalurkan RM1.5 bilion untuk membiayai skim khas bagi penjualan rumah di Kuala Lumpur?

Mengapa wang pekerja mahu diambil?

Menurut laporan muka depan akhbar The Sun pada 30 Januari lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dipetik sebagai berkata dana dari KWSP itu akan digunakan untuk 20,000 penyewa rumah di ibu kota bagi membeli rumah.

 Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, beliau menyokong usaha membantu golongan berpendapatan rendah tetapi program sedemikian sepatutnya dibiayai oleh pihak swasta, khususnya bank, dan bukannya KWSP yang menjaga amanah simpanan wang 13 juta pekerja Malaysia.

Beliau mengingatkan kerajaan Barisan Nasional bahawa KWSP bukan bank yang memberi pinjaman dan bukan juga pertubuhan kebajikan masyarakat.

“Dengan menggunakan wang pekerja Malaysia sebanyak RM1.5 juta untuk dijadikan pinjaman kepada pembeli rumah yang gagal mendapat pinjaman bank, ia akan hanya menjejaskan simpanan hari tua pekerja.

“Malah ia adalah jelas salah guna kuasa oleh kerajaan,” katanya, mempersoalkan mengapa kerajaan BN tidak menggunakan institusi seperti Bank Rakyat dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) melalui penyaluran dana mengikut peruntukan tahunan kerajaan pusat bagi keperluan perumahan sedemikian.

Tugas dan peranan sebenar KWSP

Laman web rasmi KWSP menyatakan bahawa ia “merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai”.

Dengan menjadikan KWSP sebagai badan kebajikan masyarakat, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, KWSP akan menjadi mangsa salah guna kuasa BN semata-mata kerana kerajaan pusat sekarang terdesak untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau mahu:

* Kerajaan mencari sumber kewangan sendiri untuk program perumahan rakyat dan tidak memperkudakan simpanan amanah KWSP hasil titik peluh jutaan pekerja Malaysia yang pelbagai kaum dan agama sebagai sumber “kebajikan” untuk UMNO-BN; dan

* Lembaga KWSP dan Panel Pelaburan KWSP supaya mengkaji semula skim yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan UMNO-BN itu untuk memastikan kepentingan pekerja diutamakan, bagi menjamin hak pekerja tidak dicabul oleh mana-mana pihak.

KWSP perlu pertahan hak pekerja, bukannya kepentingan UMNO-BN

Golongan yang menjadi ahli kumpulan wang itu terdiri daripada pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam yang bukan sahaja mengumpul caruman wajib daripada pekerja tetapi juga daripada hampir setengah juta majikan.

KWSP harus ingat bahawa kutipan wang daripada pekerja dan majikan adalah wajib, yakni satu bentuk “paksaan” yang dihalalkan oleh undang-undang. Dengan itu, semua simpanan KWSP adalah hak milik pekerja semata-mata, dan tidak boleh digunakan untuk kepentingan lain yang tidak ada kena-mengena dengan amanah yang dipegangnya bagi pihak pekerja.

Malah KWSP perlu sentiasa beringat dengan janjinya sendiri kepada pekerja bahawa “sebagai pemegang amanah kepada simpanan ahli, (KWSP) hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah, jujur, tulus ikhlas dan berakhlak mulia di sepanjang masa”.

Itu janji setia KWSP kepada pencarumnya – golongan pekerja – yang tidak boleh dipecah amanah semata-mata kerana kemaruk UMNO-BN menagih undi bagi menghadapi PRU ke-13 yang akan datang.Roketkini.com

Siapa Nong Chik ni? Raja Nong Chik wakil rakyat mana? Kerusi mana yang dimenangi di dalam PRU yang lalu? Sekadar dilantik menjadi menteri di atas tiket senator atas perkenan Rosmah Mansor. Berlagak mengalahkan menteri yang di pilih rakyat!


.





There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors