Pada awal penyenaraian saham kelab bola sepak terkenal, Manchester
United. Mereka beranggapan dengan penjualan saham di bursa saham boleh
mendekatkan pasukan itu dengan peminat dari pelosok Britain. Benar, 10
tahun pertama penjualan saham hanya berlegar di kalangan pemegang saham
dari peminat tetapi 15 tahun kemudian, sedikit demi sedikit saham itu
dipegang oleh pelabur asing, sehinggalah pada lewat tahun 2000, peminat
Manchester United kecewa kerana kelab tersebut akhirnya dimiliki oleh
pelabur Yahudi.
Yang paling malang mereka akan menanggung hutang akibat
pembelian saham yang menggadaikan semula kelab tersebut kepada bank.
Penjualan tiket meningkat hampir 30% dan pelbagai pendekatan bermotifkan
keuntungan diambil oleh pemilik baru untuk membayar kembali kos
pembelian mereka.
Apabila
sesuatu syarikat mengeluarkan saham baru di pasaran terbuka, syarikat
itu perlu menyenaraikan harta dan aset syarikat untuk menunjukkan
keupayaan syarikat dan meyakinkan pelabur (pembeli saham baru) dan siapa
sahaja boleh membeli saham tu sekiranya dia ada duit dan berminat untuk
melabur. Orang asing dari Amerika Syarikat pun boleh beli saham
tersebut.
Selepas
dijual di pasaran terbuka, maka pemegang saham dianggap memiliki
syarikat itu. Pada permulaan, syarikat akan mendapat modal yang banyak
apabila menjual saham-saham tersebut. Modal ini boleh digunakan utk apa
saja kegunaan syarikat dan tidak mustahil dihabiskan, apatah lagi tidak
dimaklumkan perancangan yang bakal dibuat selepas memperolehi pelaburan
dari pasaran terbuka.
Saham yg didagangkan kemudian dari jualan pertama
hanya lah memberi keuntungan kepada pemegang saham berikutnya, bukan
lagi kepada syarikat. Kerana keuntungan atau kerugian dari penjualan
berikutnya tidak memberi kesan pada modal syarikat. Lumrah alam, tiada
saham yg tidak mampu dibeli, kerana org yang berduit mampu membeli
saham-saham tersebut.
Pemegang
saham yang memiliki saham paling besar adalah berkuasa. Masalah timbul
jika pemegang saham (terbesar) substiantial, tidak lg memikirkan manfaat
peneroka-peneroka. Sudah tentu mereka memikirkan apa keuntungan yang
mereka boleh dapat dari pelaburan ini. Mereka buleh membuat apa saja
terhadap asset syarikat. Mereka boleh menjual, memajak dan menyewakan
tanah tersebut. Peneroka juga tidak mustahil akan dihalau atau mungkin
menjadi buruh di tanah yang dulu milik mereka sendiri.
Mungkin
kita boleh fikirkan jika petronas dijual di pasaran terbuka, siapa yang
mampu membeli Petronas? Jika dulu KFC milik bangsa bukan Melayu pun
boleh dibeli oleh pelabur Melayu, tidak mustahil pelabur Yahudi boleh
membeli saham Felda. Terdapat banyak kaedah untuk membeli saham secara
diam-diam. Apabila berjaya mendapat jumlah tertentu baru lah pemilik
sebenar akan muncul. Tanyalah Stan Kroenke dan Malcom Glazer bagaimana
mereka menggunakan kedudukan mereka dengan saham yang kecil di dalam
kelab Arsenal dan Manchester United walaupun pada awalnya kelab
bolasepak ini adalah syarikat awam yang disenaraikan di bursa saham.
Sedangkan kelab-kelab bola ini pun mampu dibeli. Inikan pula Felda.
Cara
yang paling mudah ialah menggunakan proksi untuk membeli saham awalan
(IPO) yang dijual, Kemudian jumlah saham akan dibeli sedikit demi
sedikit menggunakan pelbagai proksi. Ianya sukar dikesan, sudah tentu
jika dilihat dari permukaan kita tidak akan dapat mengesan proksi-proksi
ini. Ianya hanya akan terdedah apabila pelabur sebenar muncul dengan
memiliki sekurang-kurangnya 30%. Pada kebiasaanya jumlah 30% diperlukan
untuk menwajibkan baki 70% dijual kepada pemegang saham (compulsory
acquisition). Tidak penting berapakah harga yang perlu dibayar kerana ia
mampu dibayar, yang kita perlu fikirkan akan tergadaikah tanah-tanah
peneroka kelak. Pada ketika itu tiada apa yang mampu menghalang sebarang
tindakan pemilik, kerana dia berhak sepenuhnya.
Tentulah
orang yang bertanggungjawab menyenaraikan Manchester United tidak
terfikir 20 tahun kemudian kelab ini akan dimiliki oleh pemilik Yahudi.
Dan siapa boleh tahu 20-30 tahun lagi siapakah pemilik Felda? Sama ada
pelabur Yahudi, Russia, China, Latin, Iran, Arab, mafia Itali, tak
siapa yang tahu. Dalam dunia pelaburan pasaran terbuka, siapa yang
memiliki wang, dialah raja.
Mungkin Isa Samad dan Najib Razak tidak sempat untuk melihat siapakah
pemilik Felda 30 tahun akan datang, tetapi orang-orang Felda 30 tahun
lagi akan menyesali tindakan ini. Dan tidak mustahil kita akan rasa diperbodohkan seperti mana kita melihat perjanjian jual beli air Johor
dan Singapura sedekad yang lalu.
.