RSS

Isu Israel: Piagam Madinah Jadi Bukti!



Piagam Madinah yang digubal oleh Baginda Rasulullah SAW yang mengiktiraf kewujudan bangsa yahudi pada ketika itu dengan tidak mengurangkan walau seinci pun hak-hak mereka.

Baginda juga menggubal lebih separuh daripada 47 fasal yg terkandung dalam Piagam Madinah tentang kepentingan serta kebajikan orangg Yahudi. 

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW memiliki sifat terpuji yg amat tinggi dlm kepimpinan dan dialah insan yang benar serta sentiasa menjunjung keadilan!


Isu Israel : Saya Tak Mahu Dilaga-Lagakan Dengan Anwar - Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada Ketua Pembangkang untuk menjelaskan kepada orang ramai berhubung pendiriannya untuk kekal mengiktiraf negara Israel.

"Soal dia hendak pertahan kenyataan dia menyokong Israel itu dia punya pasal, kenyataan saya mewakili Pas dan dia mewakili PKR," katanya.


Oleh itu ujar Nik Aziz, beliau tidak mahu lagi menjawab soalan wartawan yang mungkin hanya akan melaga-lagakan beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Saya akan dengar jawapan daripada dia (Anwar), tapi saya tak akan jawab. Saya serah kepada dia sendiri untuk menjelaskan kerana saya mahu mengelak wartawan melaga-lagakan saya dengan dia," katanya kepada media selepas melancarkan program Merealisasikan Amar Maaruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Negeri Kelantan, di sini, semalam.


Malah menurut Nik Aziz, beliau juga tidak kisah sekiranya Anwar salah faham mengenai pendirian Pas bersabit isu negara Israel.


Segalanya menurut Nik Aziz akan terjawab apabila beliau bertemu dengan Anwar Isnin ini.


"Ahad malam atau pagi Isnin depan saya akan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat Raja-Raja. Kalau Anwar dapat bertemu saya di sana, terima kasihlah,"katanya.


Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mempertahankan kenyataannya untuk mengiktiraf negara Israel dengan syarat regim zionis itu menghormati hak rakyat Palestin yang selama ini menjadi mangsa Tel Aviv.


Bagaimanapun kenyataan media yang dihantar itu tidak menjawab sepenuhnya tindakan Nik Aziz dan Majlis Syura Pas menolak pendirian beliau menyokong penyelesaian dua negara, iaitu mengiktiraf Israel jika hak Palestin dibela. 




. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors