RSS

Jingga 13 Persoal Kehadiran Kapal Israel Di Westport



Di sebalik kontroversi mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menyokong kepentingan Israel, Jingga 13 mendesak kerajaan pusat memberi penjelasan mengenai kehadiran kapal dagang,dipercayai milik kerajaan Israel di Westport, minggu lalu.

Pengerusinya, Faris Musa berkata, dua kapal milik Zim Integrated Shipping Services Ltd telah berlabuh  di Westport, 16 Februari lalu.

Menurut Faris, dua kapal tersebut merupakan milik Israel Corporation - sebuah syarikat berkaitan kerajaan kerajaan Yahudi itu, yang memegang saham sebanyak 98 peratus.
Tambahnya, Kumpulan Ofer Brothers memegang saham sebanyak 57 peratus dalam Israel Corporation dan selebihnya dipegang oleh Bank Leumi L'Israel dan pegangan awam.

“Dua kapal milik Zim Integrated Shipping iaitu Zim USA dan Zim Atlantic telah berlabuh di Westport. Ia juga telah diluluskan oleh Kastam Diraja Malaysia. Persoalannya sekarang, sebelum ini kerajaan menafikan mempunyai hubungan dagang dengan Israel, tetapi mengapa membenarkan kapal dagang milik Israel berlabuh di negara kita?" kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Selain Perdana Menteri dan timbalannya, Faris turut mendesak Menteri Pengangkutan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan dan Menteri Luar memberi penjelasan mengenai kehadiran dua buah kapal itu.


Kapal Zim Berlabuh Di Westport 16 Feb 2012
Malah, beliau turut mempersoalkan sama ada dengan memberi kebenaran kepada dua buah kapal itu berlabuh, wujud dasar atau polisi yang membenarkan hubungan dagang dan perniagaan antara Malaysia dan Israel.


"Dua kapal ini datang terus dari Haifa  ke Westport. Dengan kemasukan kapal dagangan ini secara tak langsung menunjukkan bukti kerajaan Malaysia ada hubungan erat dengan Israel. Hubungan dagang ini juga mengiktiraf Israel dan menyediakan senjata serta peluru untuk membunuh rakyat Palestin," katanya.

Sambil menunjukkan tayangan video bagi menunjukkan bukti dua kapal itu berlabuh di Westport, Faris berkata: "Persoalannya, adakah wujud dasar yang beri peluang pada Israel untuk berdagang dan berniaga di negara kita sedangkan ia bertentangan dengan prinsip dan dasar kerajaan Malaysia?”


                                       Bukti Video Dua Kapal Israel Berlabuh di Port Klang

Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azmizam Zaman Huri berkata, dakwaan kerajaan tidak melakukan hubungan dagang dengan Israel adalah tidak benar kerana jika sebuah kapal ingin berlabuh, mereka perlu mendapat kebenaran daripada pihak berwajib.

"Kalau sebuah kapal nak masuk ke dalam negara, mereka perlu mengemukakan sijil kapal itu. Dan sijil kapal ini juga jelas menunjukkan milik Israel.

BUKTI! SAILING CLEARENCE atau nama lainnya 'SURAT BERANAK' untuk salah satu KARGO DARI ISRAEL ke MALAYSIA yang dibawa oleh ZIM ATLANTIC pada 16 Feb 2012 yang lalu. 'SURAT BERANAK' ni dicetak di Pelabuhan Ashdod, Israel pada 2 Feb 2012 dan tertera destinasi penghantaran KARGO tersebut iaitu PORT KLANG, Malaysia.

"Kenapa kerajaan membenarkan syarikat ini beroperasi besar-besaran di negara ini sedangkan syarikat perkapalan milik Malaysia, (Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia) MISC hendak ditutup. Kita sendiri tak menjaga syarikat perkapalan kita, tetapi mengiktiraf syarikat lain," katanya.

Justeru, Jingga 13 akan mengadakan perhimpunan di Westport pada 22 Februari bagi membantah sebuah lagi kapal yang dipercayai milik Israel- Zim Europe daripada berlabuh. 




.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors