Kepada sesiapa yang bertanya selama neh. Yang nak tahu sangat kan. Inilah jawapan nya beb.
Lihat gambar di atas.
Milo
first. Peh. Bestla kita lepas neh. Ada duit banyak. Tunggu masuk
account arh. Aku pun tatau. Nasib baik umno gtau. Kat twitter tadi.
Terkejut gak aku. Tak sangka dapat rezeki macam neh. Bleh arh bayar seme
hutang. Banyak neh beb.
Kah kah kah
Harap2 utusan dan tv3
siarkan. Aku cabar neh. Cabaran terbuka. Pasal aku orangnya tamak. Aku
mao lebih dari ini. Please. I need ur help tv3.
Jingga 13 hari ini (semalam) tampil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) Cawangan Terengganu bagi tujuan untuk membuat laporan
rasmi bahawa wujud gejala salahguna kuasa dan aktiviti rasuah berkaitan
dengan Skandal Pembinaan Jalanraya dari Gemuroh ke Kg. Banggol Tuan Muda
berjarak 7.6KM berharga RM226 juta.
Laporan
SPRM ini dibuat berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara bagi
Negeri Terengganu Tahun 2011 di muka surat 37 di bawah tajuk Agensi
Pemohon Tidak Mengisytiharkan Pengambilan Di Bawah Seksyen 4 Akta
Pengambilan Tanah 1960 Bagi Tanah Yang Melibatkan Jajaran.
Justeru, Laporan Ketua Audit Negara tersebut membuktikan bahawa
pembinaan jalanraya ‘termahal’ tersebut bukan sahaja menimbulkan
pelbagai persoalan dari segi pelanggaran undang-undang dan pencabulan
Perlembagaan Persekutuan, malahan ketelusan kerajaan negeri Terengganu
sendiri di dalam meng’anugerah’kan projek berkenaan kepada syarikat yang
dimiliki oleh Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu, Saiful Bahri
Badaruddin sehingga melangkaui segala prosedur dan peraturan yang mesti
dipatuhi di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.
Para penduduk telah berjuang bagi membantah kezaliman dan
ketidakadilan pihak Kerajaan Negeri khususnya YAB Menteri Besar Negeri
Terengganu yang langsung tidak mengendahkan memorandum dan suara para
penduduk.
Dato’ Abdul Rahin Mohd Said yang merupakan ADUN Teluk Pasu juga
dilihat begitu bersungguh-sungguh bagi memastikan jalanraya tersebut
terus berjalan sehingga sanggup berbohong di dalam media bagi memenuhi
kerakusan syarikat kontraktor yang dianugerahkan projek tersebut
sehingga melakukan pelbagai cara bagi tujuan merealitikan impian mereka
secara licik sehingga melibatkan semua agensi seperti Jabatan Kerjaraya
Negeri Terengganu, Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Jabatan Perancang
Bandar Dan Desa, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Ketua Pengarah
Tanah Dan Galian serta Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK)
Kg Banggol Donas.
Jingga 13 mendesak agar pihak SPRM menyiasat dengan terperinci, adil
dan profesional serta bermaruah skandal pembinaan jalanraya tersebut
kerana ianya adalah melibatkan dana awam dan turut melanggar Akta
Pengambilan Tanah 1960 yang merupakan undang-undang Negara.
Sebagai rekod, laporan SPRM ini adalah merupakan laporan yang ketiga
dibuat. Namun begitu, sehingga sekarang masih tiada sebarang
keberhasilan terhadap siasatan yang telah dibuat termasuk perjuangan
para penduduk yang pernah menyuarakan tentang kezaliman dan
ketidakadilan yang dihadapi oleh mereka kepada Perdana Menteri ,
Timbalan Perdana Menteri, Menteri JKR dan sebagainya. Ini jelas
membuktikan bahawa moto “Rakyat Didahulukan” yang dilaungkan oleh pihak
kerajaan hanyalah retorik semata-mata.
JINGGA 13 SABAH hari ini tampil untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM Cawangan Sabah agar siasatan secara
menyeluruh dibuat terhadap jalan satu lorong berjarak 0.9 km berharga RM
14.9 juta yang boleh dianggap sebagai jalan paling mahal di Malaysia
dan mungkin di dunia .
Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga
Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya
0.9 km. Malah jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri
Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri
Sabah yang hanya berjarak 0.9 km.
Difahamkan bahawa Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah mengumumkan bahawa kos
jalan tersebut adalah RM14.9 juta. Harga yang cukup luar biasa
sedangkan menurut kajian, kos paling tinggi sebatang jalan hanyalah
kira-kira RM1 juta sahaja.
Itupun kalau melibatkan laluan yang lebih banyak dan mempunyai jambatan
dan sebagainya. Sedangkan JINGGA 13 Sabah mendapati jalan antara
bangunan Yayasan Sabah dengan DUN Sabah ini hanya satu lorong sahaja
iaitu satu lorong pergi dan satu lorong balik.
Di tengah-tengah jalan ini pula tidak mempunyai sebarang pembahagi jalan antara kedua-dua laluan pergi dan balik.
YB Muhamad Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN, merangkap Ahli
Parlimen Gombak telah mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat
sebelum ini berkaitan isu jalan tersebut, malangnya tidak ada sebarang
penjelasan diberikan seolah-olah ada sesuatu yang telah disembunyikan .
JINGGA 13 meminta agar SPRM melakukan siasatan dan pendakwaan berkaitan Skandal Jalan Termahal tersebut TERHADAP:
1. Ketua Menteri Sabah , YAB Datuk Seri Musa Aman ,
2. Y.B Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan
3. Pengarah JKR Negeri Sabah
4. Syarikat yang diberikan kontrak oleh JKR
JINGGA 13 juga mendesak agar siasatan dibuat terhadap perolehan tender
projek jalan tersebut yang mungkin wujud unsur-unsur rasuah dan
penyelewengan dana awam yang melibatkan kos luar biasa pembinaan jalan
tersebut berharga RM 14.9 juta .
Ketelusan, keadilan dan integriti SPRM sangat penting dalam menyiasat
skandal pembinaan jalan termahal di Malaysia dan di dunia tersebut bagi
mengheret penjenayah ke muka pengadilan .
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI ERVEANA ANSARI ALI
Koordinator JINGGA 13 Sabah
DAKWA RAFIZI : RAKYAT SEMAKIN YAKIN SKANDAL PENYELEWENGAN UMNO / BN
Tindakan menangkap dan mendakwa Rafizi Ramli , Pengarah Strategi PKR
adalah satu tindakan drastik pemerintah yang bertujuan untuk menutup
mulut dan pendedahan yang telah dibuat oleh beliau khususnya berkaitan
Skandal NFC dan Skandal LRT George Kent.
Terbukti daripada
tindakan tersebut memberikan satu persepsi baru dikalangan rakyat bahawa
wujud segala salahguna kuasa dan penyelewengan dana rakyat sehingga
pemerintah yang didalangi oleh pimpinan UMNO / BN terpaksa mengambil
tindakan tersebut.
Jingga 13 menyelar tindakan menangkap dan
mendakwa Rafizi Ramli dan Johari Osman yang didakwa bawah Seksyen 97,
Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) sebagai satu tindakan yang
bertujuan untuk menutup pekung dan kebenaran , malah ternyata bersifat
tindakan desperado politik UMNO/BN yang begitu ketakutan terhadap siri
pendedahan skandal penyelewengan pimpinan UMNO / BN.
Ternyata
segala pendedahan dan pembongkaran isu Skandal NFC dan Skandal LRT oleh
Rafizi Ramli benar-benar diyakini oleh rakyat apabila suami Datuk Seri
Shahrizat Jalil Ketua Wanita UMNO telah diheret muka pengadilan dan ini
menjadi dendam kesumat yang turut didalangi oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak terhadap tindakan salahguna kuasa dan campurtangan
beliau dalam memberikan kontrak sambungan LRT Ampang yang diumumkan
diperoleh konsortium diketuai George Kent (Malaysia) Bhd. , sebuah
syarikat yang tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam membuat
LRT.
Jingga 13 yakin rakyat semakin bijak dan mampu menilai
dengan relevan terhadap apa yang berlaku. Jingga 13 akan terus berdiri
teguh bersama-sama Rafizi Ramli dan memberikan sokongan kepada beliau
khusus dalam usaha beliau dan Pakatan Rakyat dalam terus mendedahkan
segala penyelewengan , rasuah dan kebejatan yang dilakukan oleh pimpinan
UMNO yang terus mengkhianati amanah rakyat.
Sumber dari blog sahabat, Sharpshooter.
Beliau memaklumkan baru menerima mesej ringkas bahawa saudara Amir Blogger D'Perbatasan yang
sudah seminggu terlantar di Wad ICU, Hospital Seberang Jaya baru sahaja
menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Allahyarham Amir, 38
meninggalkan seorang isteri dan seorang anak. Semoga Allah cucuri Rahmat
ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang beriman, Al-Fatihah.
Bil
katering bagi majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Abdul Razak
dibiayai oleh perempuan Perdana Menteri dan bukannya oleh kerajaan
persekutuan, kata Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.
"Majlis ini berakhir pada 17 Jun dan bayaran penuh dibuat oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri dan bukannya pada 30 Jun dan bukannya oleh
Pejabat Perdana Menteri (PMO)," katanya.
Pengurusan
hotel juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau
'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah. Menurut dokumen itu, PMO dikenakan bayaran RM409,767 oleh Hotel
Shangri-La untuk perkhidmatan katering, yang membekalkan udang karang
dan daging lembu Wagyu TERMAHAL didunia dari Jepun!, untuk kira-kira 900 tetamu.
Jingga 13 juga telah menghantar surat kepada
pihak hotel bagi meminta penjelasan dari pihak hotel berhubung isu
pembiayaan majlis pertunangan anak Najib.
MOHON PENGESAHAN “BANQUET EVENT ORDER” DAN PENJELASAN PEMBAYARAN MAJLIS PERTUNANGAN ANAK PEREMPUAN PERDANA MENTERI
Adalah dengan segala hormatnya , kami mempunyai keyakinan yang tinggi
bahawa Shangri-La Hotel adalah merupakan sebuah hotel yang berprestij
tinggi bertaraf 7 bintang dan antara hotel terkemuka di dunia yang sudah
pasti mengutamakan kepada ketelusan dan profesional agar terus diyakini
dan diiktiraf sebagai hotel yang cemerlang .
2. Sepertimana yang dimaklumkan , bahawa satu pendedahan oleh Sdr.
Rafizi Ramli , Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat bertarikh 9 Mac
2012 adalah berdasarkan kepada “Banquet Event Order” yang telah
dikeluarkan atas nama Shangri-La Hotel Kuala Lumpur , rujukan BEO#:
14,500 bertarikh 13 Jun 2011 berhubung majlis pertunangan anak perempuan
Perdana Menteri dan isteri yang berlangsung pada 17 Jun 2011 di Seri
Perdana di mana pihak tuan sebagai caterer yang dilantik.
3. Untuk makluman tuan , berdasarkan dokumen tersebut sejumlah
RM409,767 wang rakyat telah digunakan bagi tujuan majlis pertunangan
anak Perdana Menteri dan isteri yang bersifat peribadi dan rakyat berhak
mendapatkan maklumat yang benar dan tepat daripada pihak tuan .
3. Sehingga ke saat ini , rakyat masih tertunggu sebarang kenyataan
dan penjelasan yang benar dan profesional tanpa prejudis daripada pihak
tuan terhadap pendedahan tersebut , lebih-lebih lagi ianya adalah
melibatkan hotel tuan .
4. Kami memohon agar pihak tuan mengesahkan bahawa “Bonquet Event
Order” di atas nama hotel tuan sepertimana lampiran adalah benar dan
segala bil dan pengurusan adalah dibiayai oleh Pejabat Perdana Menteri .
5. Pihak Pejabat Perdana Menteri
telah mengeluarkan kenyataan ringkas menafikan bahawa kos majlis
pertunangan tersebut adalah dibiayai sepenuhnya oleh Perdana Menteri dan
keluarga beliau bukannya Pejabat Perdana Menteri melalui wang rakyat .
Justeru sekira ianya adalah benar , kami memohon agar dapat dibuktikan
oleh pihak tuan berdasarkan segala salinan bayaran kos tersebut secara
terbuka dengan penuh kejujuran dan profesional .
6. Ketelusan , kejujuran dan sikap profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana
pihak adalah sangat penting bagi membuktikan pihak tuan khususnya
Shangri-La Hotel akan terus dianggap sebagai sebuah hotel yang
benar-benar disegani dan dihormati .
7. Kami sedikit pun tidak menyalahkan pihak tuan kerana pihak tuan
menjalankan tanggungjawab berdasarkan tempahan dan persetujuan bagi
memastikan perjalanan majlis pertunangan tersebut berjalan dengan
jayanya dan memenuhi segala keperluan dan kehendak penganjur .
8. Kerjasama dan komitmen pihak tuan sangat-sangat diharapkan dan
menjadi harapan kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui perkara yang
sebenar .
Jingga 13 hari ini menghantar
memorandum dan bukti adanya kerjasama perdagangan diantara kerajaan
malaysia dengan syarikat pekapalan milik negara haram Israel.
Penyerahan
memorandum itu dimulai selepas menunaikan solat Jumaat di masjid tabung
haji sebelum mereka beramai-ramai bergerak ke kedutaan Palestin di
jalan U-thant Kuala Lumpur.
Jingga 13 menyerahkan memorandum
dan bukti tersebut sebagai tanda sokongan dan soladirasi kepada rakyat
Palestin yang diperlaku secara kejam oleh tentera-tentera Israel.
Penyerahan memorandum itu juga
adalah untuk meminta campur tangan dari kerajaan Palestin supaya memberi
tekanan dan desakan kepada kerajaan malaysia agar hubungan niaga antara
negara malaysia dan Israel dihentikan.
Selain
Jingga 13, NGO-NGO lain yang terlibat sama dalam menjayakan penyerahan
memorandum tersebut ialah AIC Malaysia (Anwar Ibrahim Club), Mapim
(Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) Dewan pemuda PAS, SMM
(Solidariti Mahasiswa Malaysia), Activis 901 dan beberapa badan NGO
lain.
Diharapkan dengan penyerahan
memorandum tersebut, hubungan dagang antara Israel dan Malaysia akan
dihentikan sebagai tanda sokongan kepada rakyat palestin.
Kenyataan Akhbar Jingga 13 Pulau Pinang 28 Februari 2012
JINGGA
13 Pulau Pinang mendesak polis menyiasat insiden wartawan Kwong Wah Yit
Poh, Adam Chew, 29 yang menerima 8 jahitan di lengan dan Lee Hong Chun,
25, dipukul dengan topi kar gara-gara diserang oleh sekumpulan pemuda
di Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama dekat George Town pada Ahad
lepas.
Grup provokator berkenaan rata-ratanya memakai topi "Umno
Seremban". Dari gambar yang didedahkan, beberapa pemuda liar berkenaan
dikenal pasti sebagai pemuda Umno Balik Pulau.
Jingga 13 Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan bahawa Ketua Bahagian Umno Balik Pulau merangkap Adun Telok Bahang, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Yahya mungkin mengetahui siapakah dalang sebenar di sebalik tindakan liar pemuda berkenaan menyerang wartawan dan rakyat yang menyertai perhimpunan aman tersebut.
Ini
kerana, dilaporkan, Umno Balik Pulau dengan partisipasi kira-kira 50
pemuda Umno Seremban mengadakan Program Gotong Royong Perdana di Sekolah
Agama Rakyat Sungai Pinang, Balik Pulau sebelum pergi ke Padang Kota
Lama.
Pemuda yang memakai topi "Umno Seremban" dalam
gotong-royong tersebut adalah antara mereka yang terlibat dalam aksi
provokasi tersebut.
Malaysia adalah negara yang aman, rakyat
tidak perlu amalan politik liar dan provokasi. Jingga 13 Pulau Pinang
mendesak polis menyiasat segera kumpulan provokator yang menyerang
wartawan terbabit.
TOLAK BUDAYA POLITIK SAMSENGî
Amizudin Ahmat Koordinator Jingga 13 Pulau Pinang
Gambar yb dr helmi yahya bersama pemuda umno Seremban...
yb dr helmi yahya bersama pemuda umno seremban...adakah yb helmi dalangnya?
Mereka mula bergerak ke Padang Kota...
Himpunan
Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila
kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan
kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.
Sah terbukti ini semua geng pemuda umno Seremban
Ketika
acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit
kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran
kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan
melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik
Kuantan (Kembali ke Kuantan)".
Kira-kira 1000 penyokong Himpunan Hijau kemudian membalas dengan laungan "Hidup Rakyat”.
Selepas 15 minit berlalu keadaan semakin tegang, namun tidak ada kelibat polis dilaporkan memantau keadaan.
Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tiba kira-kira jam 6:30 petang dan
berucap kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat berpendirian tegas bahawa
tidak akan menyokong kilang penapisan nadir bumi bernilai RM700 juta
yang dibina di Gebeng, dekat Kuantan itu kerana bahaya pencemaran bahan
radioaktif.
Beliau juga menggesa rakyat yang hadir supaya tidak diperbodohkan dan digertak oleh kumpulan yang berkumpul berhampiran.
Apabila
mendengar nasihat Lim itu, kumpulan berkenaan terus mencaci Lim dan
melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para
hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka.
Berikutan
itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi
kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan
berlakunya pertengkaran.
Menurut orang saksi, seorang wartawan
dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa
dipukul dengan topi keledar.
Mereka
dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh
iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di
bahagian badan dan kepala.
Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Pihak polis akhirnya tiba pada jam 7:15 malam dan menagarahkan orang ramai supaya bersurai.
Sementara
itu, menurut laporan Benama, Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob
berkata penganjur langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara
itu sehingga berlaku kekecohan.
"Memang tidak memerlukan permit
tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak
polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia
atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang
perkara tidak diingini berlaku.
"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya.
No. 63, Jalan U Thant,
55000 Kuala Lumpur,
Malaysia.
JINGGA
13 telah mendedahkan bahawa wujud hubungan perdagangan erat antara
Kerajaan UMNO/BN dengan Kerajaan Isreal sepertimana dokumen dan rakan
video serta gambar kapal ZIM USA dan ZIM ATLANTIC yang merupakan kapal
milik syarikat perkapalan ZIM INTEGRATED SHIPPING LTD yang berpengkalan
di Haifa , Isreal pada 20 Februari 2012.
Satu Perhimpunan
Aman Membantah Kemasukan Kapal Israel Ke Malaysia telah diadakan.d
hadapan pintu masuk Westports , Pelabuhan Klang pada 22 Februari 2012
lalu , ekoran kemasukan tiga buah kapal Isreal milik Zim Integrated
Shipping Ltd , Israel di Westports, Pelabuhan Klang .
Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Idustri juga
turut mengesahkan akan kewujudan dan kehadiran kapal-kapal milik Isreal
tersebut yang dimiliki oleh Israel Coporation adalah membuktikan bahawa
wujud hubungan dagang antara Malaysia dan Isreal .
Kehadiran
serta hubungan perdagangan tersebut adalah membuktikan bahawa Kerajaan
UMNO/BN mengiktiraf negara haram Isreal walaupun Malaysia tidak
mempunyai hubungan diplomatik . Sikap dan tindakan tersebut adalah
hipokrit kerajaan UMNO / BN tehadap seluruh rakyat Malaysia dan Palestin
, Kerajaan UMNO/BN yang konon menyokong perjuangan rakyat Palestin
tetapi sebenarnya mengkhianati rakyat Palestin yang dizalimi oleh
Israel.
Tindakan hubungan dagang dan perniagaan tersebut
turut membantu peningkatan dan pertumbuhan ekonomi negara Isreal serta
turut menyumbang kepada 'peluru dan senjata' yang merobek dan membunuh
umat Palestin tanpa rasa perikemanusiaan oleh para tentera Israel.
HUBUNNGAN DAGANG ADALAH BUKTI PENGIKTIRAFAN KERAJAAN UMNO /BN TERHADAP
ISREAL.
Justeru sempena kemasukan kapal ZIM ALAMABA pada 29
Februari 2012, JINGGA 13 akan menghantar memorandum dan bukti hubungan
dagang Malaysia-Isreal kepada Embassy of the state of Palestine sebagai
tanda membantah tindakan Kerajaan UMNO/BN yang membenarkan
kapal-kapal Isreal ke negara Malaysia sebagai soladiriti kemanusiaan
terhadap rakyat Palestin.
Memorandum tersebut akan turut
disertakan segala dokumen , rakaman video dan gambar sebagai bukti
bahawa wujud segala pengkhianatan oleh Kerajaan UMNO/BN yang telah
mengkhianati rakyat Palestin melalui hubungan dagang antara Malaysia
-Isreal.
JINGGA 13 menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia
agar dapat bersama -sama pada 2 Mac 2012 , selepas solat Jumaat
beramai-ramai ke kedutaan Palestin bagi menghantar memorandum tersebut .
JINGGA 13 menjemput semua NGO dan parti2 politik menyampaikan
memorandum kepada Embasy of the state Palestin terhadap bantahan
hubungan dagang dan kemasukan kapal-kapal Isreal ke pelabuhan-pelabuhan
di negara kita termasuk Sabah dan Sarawak.
JINGGA 13 memohon
maaf terhadap perubahan tarikh yang sepatutnya diadakan pada 29 Februari
2012 sempena kehadiran kapal ZIM ALABAMA di Westports , Pelabuhan Klang
yang datang terus dari Haifa , Isreal ke Pelabuhan Klang sepertimana
makluman wewaktu perhimpunan aman membantah kemasukan kapal Israel pada
22 Februari 2012 ditunda kepada 2 Mac 2012 selepas solat Jumaat , jam
2.30 ptg di Embassy of the State of Palestine , 63, Jalan U Thant, 55000
Kuala Lumpur.
JINGGA
13 menyeru agar seluruh rakyat Malaysia yang mencintai negara dan alam
sekitar agar menyertai HIMPUNAN HIJAU 2.0 di Kuantan , Pahang esok 26
Februari 2012 .
JINGGA 13 menyatakan komitmen hadir ke
HIMPUNAN HIJAU 2.0 sebagai tanda soladiriti bersama rakyat menentang
usaha projek pemprosesan nadir bumi di Gebeng, ini bukan sahaja adalah
isu tempatan tetapi merupakan isu nasional yang menuntut komitmen
seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan.
JINGGA 13 juga MENDESAK agar loji yang memberikan kesan negatif kepada
kesihatan rakyat dan alam sekitar ini dihentikan, kerajaan UMNO/BN
wajar peka dan mengambil sikap menghentikan projek tersebut.
JINGGA 13 menyatakan sokongan terhadap perhimpunan aman ini dan akan
turut sama bersama seluruh rakyat dalam usaha murni ini. Rakyat harus
bangun dan lawan terhadap segala tindakan yang memberikan kesan negatif
terhadap rakyat dan negara.
HUBUNGAN DAGANG DENGAN ISRAEL TANPA INTERAKSI DAN DIPLOMATIK : JINGGA 13 SANGGAH KENYATAAN MUKHRIZ YANG HIPOKRIT
JINGGA 13 menyangkal kenyataan oleh YB Mukriz Mahathir yang menafikan
akan kewujudan hubungan diplomatik yang bermaksud tiada interaksi antara
kerajaan Malaysia dengan Isreal. Secara dasarnya memang tidak wujud
hubungan diplomatik antara Malaysia-Isreal tetapi hakikatnya ialah
adalah hipokrit. Bagaimana urus niaga dan dagangan yang cukup besar
melalui syarikat perkapalan milik Isreal begitu sewenang menjalankan
eksport dan import tanpa sebarang interaksi daripada dua buah negara.
Isu rakyat Isreal yang memegang pasport Isreal tidak dibenarkan
menjejakkan kaki ke dalam negara adalah bukan isu utama. Isunya ialah
wujud hubungan dagang antara Malaysia - Isreal. Kenyataan beliau cukup
dangkal dan melucukan sebagai Timbalan Menteri . Seolah-olah beliau
dilantik kejawatan tersebut bagi meneruskan legasi hubungan yang telah
dibuat antara bapa beliau Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Isreal.
Kenyataan YB Mukriz Mahathir yang juga Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan industri ternyata bertujuan membohongi rakyat Malaysia
bahawa hubungan erat perdagangan dan perniagaan dengan negara Isreal
adalah bukti pengiktirafan terhadap negara haram Isreal malah kerajaan
UMNO/BN mempunyai hubungan 'diplomatik' yang sudah sekian lama tanpa
sebarang halangan .
JINGGA 13 MENCABAR Timbalan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri tersebut membuktikan akan polisi
kerajaan yang membenarkan kapal daripada Isreal yang beribu pejabat di
Haifa , Isreal berdagang dan berurusniaga sama ada dengan firma swasta
atau sesiapa pun di Malaysia , sedangkan tidak wujud hubungan diplomatik
dengan Israel. Kuasa menentukan kehadiran kapal-kapal serta urusan
perdagangan dan perniagaan dengan Israel tersebut adalah di bawah
Kerajaan Umno/BN . Kerajaan UMNO/BN adalah menentu sama ada membenar
atau tidak membenarkan kapal-kapal tersebut ke semua pelabuhan di
Pelabuhan Klang termasuk di Sabah dan Sarawak.
Kenyataan YB
Mukhriz Mahathir adalah tidak berasas dan bertentangan dengan kenyataan
oleh pengurusan Westports, Pelabuhan Klang yang mengakui kehadiran
kapal-kapal daripada Israel hanya untuk singgah sahaja. Satu kenyataan
yang melucukan kerana JINGGA 13 mempunyai dokumen yang disahkan oleh
pihak Kastam DiRaja Malaysia di mana wujud aktiviti mengeksport kayu
balak menggunakan kapal-kapal Isreal pada 16 Februari dan menyaksi
bagaimana kontena -kontena ZIM turun dan dinaikkan ke kapal-kapal milik
Zim Integrated Shipping Ltd. Malah lebih menyedihkan ianya berlayar
terus daripada Haifa , Israel ke Pelabuhan Klang.
JINGGA 13
mempersoalkan kenapa begitu banyak kontena-kontena milik ZIM Integrated
Shipping Ltd di sekitar Westports, Pelabuhan Klang jika hanya kapal
tersebut datang untuk singgah. Terbukti wujud perdagangan dan urusniaga
yang sudah cukup lama antara Malaysia -Israel.
JINGGA 13
MEMPERSOALKAN tindakan kerajaan UMNO/BN yang bersikap hipokrit , adakah
kapal-kapal Malaysia boleh berdagang di Israel? Sedangkan kapal-kapal
misi kemanusiaan ke Palestin yang melibatkan rakyat Malaysia dibedil dan
ditawan oleh tentera Israel tetapi Malaysia membenarkan hubungan
dagangan dengan Isreal. Satu perkara yang cukup pelik.
YB
Mukhriz Mahathir adalah merupakan Penyelaras Aman Malaysia yang pernah
mengetuai Pasukan Misi Kemanusiaan Gaza Aman Malaysia adakah turut
bersifat hipokrit untuk kepentingan politik , sedangkan dalam masa yang
sama membantu Israel meningkatkan ekonomi dengan mengizinkan kapal-kapal
Israel berdagang dan berniaga di Malaysia.
Bukankah
perdagangan dan urus niaga tersebut membantu meningkatkan ekonomi negara
Isreal yang mana syarikat perkapalan tersebut beribu pejabat di Haifa ,
Isreal . Bukankah aktiviti tersebut menjadikan Malaysia turut sebagai
penyumbang 'peluru dan senjata' untuk tentera Isreal membunuh umat
Palestin .
Sikap HIPOKRIT kerajaan UMNO/BN Malaysia ternyata
bertujuan untuk membohongi rakyat Malaysia yang membenci keganasan dan
kezaliman Isreal yang membunuh tanpa perikemanusiaan terhadap umat
Palestin. Pengikhtirafan Kerajaan UMNO/BN terhadap negara Isreal
sangat-sangat melampau dan keterlaluan.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan urusan dagangan
yang dilakukan antara Malaysia dengan entiti haram Israel yang telah
lama berlaku.
Koordinator
Jingga 13, Fariz Musa berharap Najib tampil untuk membuat penjelasan
kepada seluruh rakyat yang telah ditipu oleh Kerajaan Barisan Nasional
mengenai pendirian Malaysia dengan negara tersebut.
"Kita
kesal kerana selama ini telah dibohongi oleh kerajaan yang selama ini
mengatakan menentang kekejaman Israel tetapi pada masa yang sama telah
menjalinkan urusan perdagangan.
"Kita
mahu Najib tampil beri penjelasan kenapa kerajaan jangan mengambil
sikap berdiam diri kerana segala bukti mengenai urusan perdagangan dan
kapal Zim itu telah kita perolehi," katanya pada himpunan aman membantah
kemasukan kapal hak milik Israel Zim Integrated di West Port, Pelabuhan
Klang, petang ini
Tambahnya
lagi, kenyataan yang dibuat oleh pihak pengurusan West Ports mengatakan
kapal tersebut hanya singgah sebelum ke destinasi seterusnya adalah
satu pembohongan.
"Rakyat
hari ini tidak boleh ditipu lagi, adalah suatu yang mustahil apabila
mengatakan kapal tersebut hanya singgah tanpa ada urusan perdagangan
sedangkan kita lihat sudah banyak lori membawa kontena menulis perkataan
Zim keluar masuk pelabuhan.
"Apa
yang nak dibohongkan, bukti kita jelas jangan cuba menyembunyikan
sesuatu yang telah kita ketahui, Najib dan Kerajaan Malaysia perlu
bertanggungjawab atas penghinaan yang telah dilakukan ini," sambungnya
lagi.
Sementara
itu, Setiausaha MTD PAS Kawasan Pandan, Mohd Hafis Razak yang mewakili
Dewan Pemuda PAS turut menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat membantah
sekeras-kerasnya hubungan dagang yang dilakukan oleh kerajaan.
"Kita
hari ini kecewa dan membantah hubungan dagang yang dilakukan oleh
kerajaan, malah jelas selama ini kerajaan hanya berbohong menentang
kezaliman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.
"Ini
bukti jelas bahawa wujud hubungan sulit dan bersekongkolnya kerajaan
dengan negara rejim itu, kita mahu hubungan ini dihentikan segera jika
tidak rakyat akan bangkit membuat bantahan yang lebih besar lagi,"
katanya.
Sebelum
itu, demostrasi bantahan kemasukan kapal Israel itu dihadiri lebih 150
orang yang terdiri dari anggota parti dalam Pakatan Rakyat, badan bukan
kerajaan (NGO) termasuk juga wakil Soladiriti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Dalam
ucapan ringkan, Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa
Independent (KAMI), Khalid Mohd Ismath turut meminta kerajaan hentikan
segera hubungan dagangan mahupun diplomatik secara tidak langsung.
Malah,
beliau turut memberitahu kegagalan kerajaan bertindak mahasiswa akan
tampil sekali lagi untuk membuat demostrasi besar-besaran di West Ports
ini.
Sebelum
itu, dalam satu kenyataan media Ketua korporat West Ports Malaysia,
Mejar (B) Manisegaran memberitahu West Ports tidak pernah memberi lampu
hijau kepada kapal didaftar di Israel untuk berlabuh.
Beliau
turut menyatakan memang ada kapal Zim masuk tetapi hanya untuk singgah,
mereka tidak dibenarkan menetap dan anak kapal pula dilarang menjejak
kaki ke darat, jauh sekali melakukan urusan perniagaan dengan kapal itu.