RSS

Apa Dan Kenapa Punca Gadis Melayu Jadi GRO



Antara sebab gadis dan wanita Melayu menjadi pelayan pelanggan, GRO di pusat hiburan.

1. Keruntuhan rumahtangga

Ramai GRO berstatus janda dan mempunyai anak dijaga sendiri atau tinggal bersama orang tua. Jika di sepanjang perkahwinan mereka menjadi suri rumah sepenuh masa, sebaik bercerai, mereka bak kehilangan arah tujuan tanpa sumber pendapatan. Ketika dibebani tanggungjawab rutin, pelawaan kenalan untuk bersama bertugas sebagai GRO lazimnya pasti memancing perhatian mereka. Andai janda kecewa itu masih muda, gebu dan rupawan, kehadiran mereka di pusat hiburan, bak magnet menarik perhatian ramai pelanggan lelaki. Lelaki dahagakan belaian berbayar. Wang diperolehi oleh GRO, digunakan untuk menyara kehidupan keluarga tanpa kehadiran suami.

2. Kehidupan Usia Muda Dipunahkan oleh Teman Lelaki

Sangat malang sekiranya gadis sunti menyerahkan tubuh mereka kepada teman lelaki atas nama cinta. Sebaik hubungan berakhir, majoriti mereka berasa diri lunyai, sekaligus kurang atau tidak lagi bernilai. Dihantui oleh perasaan sebegitu, mereka terbuka kepada sindrom alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. 

Ringkasnya, tiada imbuhan lumayan diperolehi di sepanjang waktu melayan nafsu bekas teman lelaki berbanding bayaran diterima hasil memenuhi kehendak ditagih oleh pelanggan di pusat hiburan. Difahamkan, pendapatan bulanan terendah diperolehi oleh GRO, RM3,000 dan jika mereka melakukan kerja 'ekstra', gaji diraih mampu mencecah belasan ribu ringgit.

3. Memburu Kemewahan

Majoriti daripada GRO tidak berpelajaran tinggi dan cetek ilmu agama. Namun tidak dapat dinafikan, segelintir daripada mereka, penuntut institusi pengajian tinggi. Wang diperolehi hasil digomoli lelaki digunakan untuk membeli barangan keperluan harian tidak mampu ditampung dek wang pinjaman. Kelompok ini tidak ramai tetapi status 'pelajar' itu sentiasa lebih memikat perhatian lelaki hidung belang. Majoriti GRO, ingin memburu kemewahan hidup, oleh itu mereka sanggup berbuat apa sahaja sehingga menjadi pelacur sambilan. 

Berbekalkan imbuhan ribuan ringgit sebulan, mereka berpeluang tampil dengan pakaian bergaya dan memiliki gajet terkini. 
 
Itulah realitinya Melayu yang diperintah umno/bn.  Hukum Islam ditolak, hidup Jahiliyah dibiarkan berleluasa. Malah pemimpin umno sendiri yang ramai mengunjungi kelab malam yang mempunyai GRO melayu, seperti gambar diatas!
 
 
 
.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Papa Gomo Pun Mahu Turut Serta Langkah Mayat Karpal!!!



Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, dalam akaun Twitternya mempersendakan Karpal yang digelar "Harimau Jelutong" dengan menulis: 

“Karpal Singh mati kemalangan, takziah kepada keluarga Karpal Singh. Apa pun peguam utama kes Liwat Anwar Al Juburi yang menyimpan segala dokumen dan keterangan mangsa mangsa liwat Al Juburi sejak 1996 telah mati. Lega lah kau Nuar.”

Beliau menulis sebuah ‘tweet’: “PAS kini sudah berlapang dada dengan kematian Karpal Singh. Tidak ada lagi alasan oleh PAS untuk mempercepatkan Hudud di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kematian Karpal Singh satu kemenangan besar untuk parti PAS.”

‘Blogger’ tersebut yang menggunakan akaun Twitter @Papagomo mengkritik dalam Anwar tweet-nya “Karpal Singh sebelum dia mati dia buat pengakuan Anwar Ibrahim penganal Homoseksual. Tulah jasa dia selama mana dia hidup.” 

Dia tidak berhenti di situ, apabila dia menambah: “Mintak pihak @PDRMsia siasat secara terperinci kenderaan yang dinaiki Karpal Singh. Siasat kerana tak mustahil Al Juburi terlibat!”

Dia turut menambah dengan bertanyakan pemimpin-pemimpin PAS sama ada mereka telah memijak mayat Karpal dan mencabar mereka untuk berbuat demikian, dan bertanya apa yang mereka takutkan.

Dia juga menulis sepucuk tweet yang dia mahu melangkah mayat ahli parlimen Bukit Gelugor itu.

Kematian Karpal telah mendedahkan rakyat Malaysia yang tidak berhati perut, tidak sensitif dan jahat. Mereka juga terdiri di kalangan ahli politik Malaysia.

Ia dimulakan naib presiden Perkasa, Zulkifli Noordin yang menghantar mesej berikut di Twitter: “Dalam keadaan kemelut Kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikn Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!​​"

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, walaupun mengakui bahawa kematian Karpal adalah sebuah kehilangan yang merugikan, dengan pantas menuduh Karpal telah menghina Islam.


Ahli Parlimen Barisan Nasional-Umno Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, yang juga pengerusi KTM, juga menghina Karpal dengan menyiarkan gambar muka Karpal yang berlumuran darah dan sebuah keratan akhbar lama dengan tajuk "Over my dead body" (langkah mayat saya) berhubung dengan pelaksanaan hudud yang dicadangkan.



.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Papa Gomo Bakal Muflis, Berdepan Berdozen Lagi Saman Terhadapnya...


Keputusan kes Papagomo diharap akhiri politik kotor

Keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas anggota polis, Wan Muhammad Azri Wan Deris aka Papagomo dan memerintahnya membayar RM500,000 dalam satu kes saman fitnah semalam akan meningkatkan rasa hormat di kalangan penulis blog terhadap undang-undang, kata peguam N Surendran.

Papa Gomo serta beberapa blogger Pro umno bergambar bersama Hisyamuddin Hussein

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa ini sudah tentu akan mengukuhkan saman fitnah jutaan ringgit yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Wan Muhammad Azri, yang lebih dikenali sebagai penulis blog Papagomo.

Surendran mendakwa Papagomo merupakan satu lagi alat Umno  untuk memfitnah dan menyiarkan berita palsu tentang pembangkang dan oleh itu, beliau mengalu-alukan keputusan mahkamah tersebut bagi menamatkan pembohongan dan politik kotor.

Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap Papagomo kerana didakwa mengaitkan beliau dengan lelaki lain dalam satu video seks, tetapi Wan Muhammad Azri selama ini menafikan bahawa dia adalah Papagomo .


Surendran mengesahkan bahawa kes Anwar terhadap Papagomo akan didengar di mahkamah pada Januari tahun depan.

Katanya, tanpa mengira keputusan mahkamah semalam, pihaknya sudah mempunyai cukup bukti yang mengaitkan Wan Muhammad Azri dengan Papagamo .

Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata adalah tidak masuk akal bagi Wan Muhammmad Azri untuk terus menafikannya.

Seorang lagi ahli politik pembangkang, Rafizi Ramli, juga sedang menimbang untuk menyaman Papagomo kerana didakwa membuat serangan yang sangat peribadi terhadap tokoh pembangkang yang seringkali tanpa justifikasi.

"Ini merupakan satu kes ujian dan mahkamah telah menghantar isyarat yang jelas kepada setiap penulis blog di luar sana yang berkelakuan seperti Papagomo."


Rafizi berkata, keputusan awalnya untuk tidak memfailkan saman adalah kerana sebagai seorang ahli politik, beliau menimbang kesan tindakannya kepada parti politiknya.

Bagaimanapun, beliau berharap lebih ramai akan tampil menyaman Papagomo atau Wan Muhammad Azri.

Rafizi , pengarah strategi PKR, tersinggung dengan Papagomo yang menulis dalam blognya mendakwa pengarah strategi PKR itu dipecat daripada jawatan di Petronas kerana isu-isu disiplin.

Ini diterbitkan sejurus sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei, yang menyaksikan Rafizi memenangi kerusi Parlimen Pandan.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga dilaporkan telah memfailkan saman terhadap Papagomo .

Husam menyaman penulis blog itu kerana didakwa menyiarkan artikel yang mengaitkan pemimpin PAS itu dengan seorang wanita.

Papagomo juga menyiarkan gambar wanita yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual anak Lim yang berusia 15 tahun, yang kemudian didapati tidak benar, dengan wanita itu secara terbuka menafikan perkara itu.

Bagaimanapun, peguam mereka tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai status kes mereka.

Wan Muhammad Azri berdepan dengan banyak lagi masalah. Satu laporan polis telah dibuat terhadapnya bulan lalu oleh Pemuda MCA kerana didakwa membuat kenyataan rasis di talian.

"Oleh kerana Papagomo telah dikenal pasti, saya berharap pihak polis boleh mula menyiasatnya," kata ahli jawatankuasa pusat Pemuda MCA, Chong Sin Woon ketika dihubungi. ~ MK






.
Continue Reading... Labels: , , , , , , ,


Video Wartawan Belanda Di ROGOL Beramai-Ramai Penunjuk Perasaan Anti Morsi



Petikan dari thesun.co.uk


"A YOUNG female journalist was gang-raped during violent mass protests in Egypt on a night that saw 44 sickening attacks on women.
Five men attacked the 22-year-old Dutch woman in Tahrir Square, Cairo, leaving her in a “severe condition” and needing surgery.
While reports also claimed a grandmother and a seven-year-old child were sexually assaulted.
 
The Dutch woman is thought to have been an intern taking pictures of the protests for an Egyptian organisation.

The attack comes just two years after a leading US reporter was molested by gangs of men while covering demonstrations in the same square."
~ Kaherah: Seorang wartawan menjadi mangsa rogol beramai-ramai ketika rakyat Mesir turun ke jalan raya pada malam yang turut menyaksikan 44 serangan ganas lain ke atas wanita. 

Lima lelaki dilaporkan menyerang wartawan kelahiran Belanda itu menyebabkan mangsa “cedera parah” dan perlu dibedah untuk menyelamatkannya. Laporan lain menyatakan, selain wartawan berusia 22 tahun itu, seorang nenek dan kanak-kanak berusia tujuh tahun turut menjadi mangsa serangan seksual. 

Seorang saksi kejadian berkata, mangsa dipercayai wartawan pelatih dan diserang ketika merakamkan gambar penunjuk perasaan di Kaherah. 

Pengarang Timur Tengah BBC, Jeremy Bowen berkata: “Sedih melihat suasana revolusi di Dataran Tahrir kehilangan adab, manakala serangan seksual menjadi lazim.

“Tiada polis kelihatan di situ.” 

Berjuta-juta penunjuk perasaan anti Morsi turun ke jalan raya di sekitar Dataran Tahrir untuk mendesak Presiden Mohamed Mursi berundur.

Video wartawan Belanda di Serang/Cabul seterusnya dirogol.








.
Continue Reading... Labels: , , ,


UMNO/BN Bangkit Dongeng Red Bean Army Untuk Halal Peruntukan RM350 Juta Untuk Biayai Blogger Upahan umno/bn



Isu Tentera Kacang Merah (Red Bean Army) sekali lagi dibangkitkan di Parlimen apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu akan mengambil tindakan jenayah dan sivil ke atas Tentera Kacang Merah dan yang sejenis dengannya kerana menyebarkan pembohongan menerusi internet.

Bagaimanapun, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau hairan mengapa sampai sekarang kerajaan belum mengambil sebarang tindakan ke atas Tentera Kacang Merah itu, sedangkan ia tentu tidak sukar bagi polis siber membongkar kegiatan pasukan itu jika ia benar-benar wujud, apatah lagi ada pihak yang memberi ‘maklumat’ bahawa Hotel Concorde, iaitu sebuah hotel yang kerap dikunjungi pemimpin atasan UMNO/BN, digunakan sebagai pusat operasi utama bagi tentera siber serba mistik itu.

Katanya, ini jelas membuktikan kegilaan melampau UMNO/BN untuk meneruskan dongeng berhubung agenda sulit sebahagian pemimpin atasan UMNO/BN untuk menghalalkan peruntukan RM350 juta bagi memerangi Tentera Kacang Merah yang mereka khayalkan untuk sepanjang lima tahun akan datang.

Menurutnya, tindakan dan kenyataan Ahmad Zahid itu tidak lain adalah percubaan untuk menyelamatkan dongeng Tentera Kacang Merah daripada menjadi bahan ketawa.

Katanya, atas alasan itu juga “Tentera Kacang Merah yang didakwa dibiayai DAP dan dianggotai 3,000 cybertrooper dengan peruntukan sebanyak antara RM100 juta hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu” perlu diselamat dan dihidupkan semula, kerana tanpa dongeng itu tiada alasan untuk memberi peruntukan sebanyak RM350 juta kepada cybertrooper UMNO/BN bagi meneruskan operasi untuk lima tahun akan datang.

“Maka fahamlah kita sebab-musabab UMNO/BN menunjukkan kegilaan melampau terhadap dongeng Tentera Kacang Merah.

“Minggu lalu setelah disedari tidak wujud tanda Tentera Kacang Merah di Hotel Concorde, sebuah hotel yang kerap dikunjungi pemimpin dan penggerak UMNO, malah tiada kacang merah sekali pun dalam ais kacang yang begitu mahal di hotel itu, dongeng Tentera Kacang Merah yang kononnya dibiayai DAP dan dianggotai 3,000 cybertrooper ini menjadi sasaran sindiran, ejekan dan jenaka,” katanya dalam kenyataan media di Parlimen, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah hairan apabila Menteri Dalam Negeri yang dianggap bijak dan berlatar belakang baik itu boleh percayai kewujudan “Tentera Kacang Merah” yang kononnya dibiayai DAP dan dianggotai 3,000 cybertrooper dan dengan sokongan polis supaya Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan memberi penjelasan mengenai perkara itu

“Kerana itu juga minggu lalu saya mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen DAP membuat lawatan ke Hotel Concorde. Namun, yang kami lihat tempat itu dipenuhi pemimpin dan penggerak UMNO. Bukan saja tiada tanda-tanda kewujudan Tentera Kacang Merah, malah kacang merah sekali pun tidak ditemui dalam ais kacang yang begitu mahal di hotel berkenaan.

“Apakah Menteri Dalam Negeri mempunyai kepakaran yang lebih tinggi dalam bidang teknologi maklumat daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, memandangkan Timbalan Menteri kementerian itu sendiri sudah mengaku di Parlimen Khamis lalu bahawa beliau tidak tahu apa Tentera Kacang Merah atau samada Tentera Kacang Merah wujud, walaupun cakap-cakap mengenai tentera khayalan ini banyak di dengar di ruang siber dan media yang dikawal UMNO/BN,” katanya.~Roketkini
.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


"KERABAT SULTAN MELAKA" Kata Kita Tidak Perlu Guna DAKWAT KEKAL



Tengku Adnan Tengku Mansor berkata "Kita tak perlukan dakwat kekal pun. Untuk apa? Kita bukan negara (dunia) ketiga, kita ada kad pengenalan yang boleh dikenal pasti. Dakwat kekal ini pembangkang yang minta di Parlimen dan kita setuju dan ikut,"

Tambahnya lagi, Malaysia juga tidak memerlukan dakwat kekal seperti "negara dunia ketiga" lain.  ~ Mkini



Siapa Tengku Adnan Ini?


"Adnan dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20.12.1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502. Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor. Pada 20.12.1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor juga seperti yang terdapat dalam surat beranak. Sekali lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada 3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan nama Adnan bin Mansor. 

Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba. Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.Keluarganya adalah keturunan ke 3 daripada golongan Kerabat DiRaja Melaka. 

Pada hari yang sama (3.10.1972), Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama ‘Tengku Adnan bin Tengku Mansor’. Lebih kurang 2 tahun kemudian, 2.4.1974, bapanya juga mendapat kad pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336 

Begitulah dengan mudahnya Adnan menukar identitinya dari orang biasa berpindah ke identiti baru-seorang berketurunan kesultanan Melaka yang hilang telah takhta akibat kezaliman terhadap rakyat. Adnan Tengku celup. Bukan Tengku asal dan tulin. Sesiapa sahaja di Malasia ini boleh menukar identiti dengan mudah termasuk untuk mendapatkan kad pengenalan seperti yang diperolehi rakyat asing dengan satu syarat memberi undi kepada UMNO/BN. 

Kesultanan Melaka amat hebat di abad ke 15, Melaka menjadi tumpuan seluruh dunia yang mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengannya. Disebabkan Raja-rajanya yang memerintah secara zalim mengikut hawa nafsu, maka Allah s.w.t t telah menghantarkan bala tentera dari luar (Portugal dan Inggeris) meruntuhkan kesultanan Melaka sehingga ke hari ini, Melaka tidak beraja.


Jadi, tidak hairanlah sesiapa sahaja yang mengikuti perjalanan hidup Adnan ini penuh dengan misteri.."




.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Nallakarupan Kalah Kes Saman, Di Arah Bayar DS Anwar...



SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.


Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.


Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.

Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.



.
Continue Reading... Labels: , , ,


'Red Bean Army' idea dari White House?



 Oleh Zulkifli Yahaya


RED Bean Army kononnya ialah kumpulan tentera siber pembangkang yang bergerak aktif untuk menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui apa cara sekalipun.

Kali pertama nama itu diperkenalkan adalah oleh sebuah akhbar primitif yang terkenal dengan rasis Melayu. RBA dikatakan mempunyai kekuatan seramai 200 orang anggota, didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu.

DAP didakwa membiayai RBA dengan peruntukan RM15 juta setahun, bermakna telah menyediakan dana sebanyak RM108 juta untuk enam tahun. Dakwaan tersebut membuatkan Penasihat DAP, Lit Kit Siang ketawa besar.

Kaya sungguh DAP sebagai sebuah parti politik tanpa syarikat perniagaan seperti MCA, boleh membiayai pihak tertentu dengan jumlah wang yang sangat besar (bagi sebuah parti pembangkang).

Akhbar primitif itu bukan setakat mengaitkan RBA dengan DAP tetapi lebih jahat mengaitkannya dengan jenayah dan keganasan. Satu laporan di akhbar tersebut mendakwa pasukan siber 'Red Bean Army' turut mengancam untuk merogol golongan wanita yang menyokong parti BN.

Tulisan di pojok akhbar tersebut hari ini mendakwa, tindakan pasukan siber tersebut semasa pilihan raya itu lebih bahaya dari ancaman pengganas bersenjata.

“Serangan yang mereka lakukan dahsyat. Daripada memfitnah isu pengundi hantu dan menyerang siapa yang menyokong BN sehinggalah menghina raja-raja Melayu, agama Islam, orang Melayu dan memboikot produk syarikat Islam.

“Malah ada tentera siber RBA yang mengancam membakar rumah dan pelbagai bentu ugutan serta buli.

“Bukan sahaja sangat rasis bahkan ekstrem, lebih bahaya daripada ancaman pengganas bersenjata. Semua itu berlaku dalam pilihan raya Malaysia,” kata pengarang akhbar rasis Melayu itu dalam tulisan berkenaan.

Seperti biasa, bagi meyakinkan rakyat Malaysia akan kewujudan RBA maka pihak polis didesak bertindak. Maka muncullah  Timbalan Ketua Polis Negara Polis Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memantau aktiviti di laman sosial dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menggunakannya untuk melanggar perundangan negara.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh setiap aktiviti sama ada ia berunsur jenayah atau hasutan, dan sekiranya ada bukti yang kukuh, mereka akan bertindak tanpa memberi amaran. Itu imej polis Malaysia.

Kes seorang aktivis Umno mengancam di alam siber mahu membunuh Tok Guru Nik Aziz beberapa tahun lalu belum habis disiasat (sebab hingga kini belum ada dakwaan) sekarang nak bertindak pula pada RBA.

Persoalannya, adakah sebenarnya RBA ini wujud dalam bentuk terancang seperti didakwa? Jawapannya, karut! Jika semua dakwaan yang dibuat oleh akhbar rasis Melayu itu benar, maka pihak yang paling awal dapat mengesan dan akan bertindak ialah PDRM.

Mengesan penjenayah di alam siber lebih mudah dari mengesan ahli kongsi gelap kerana semua alamat di talian dapat dikesan dengan mudah. Kerajaan ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memantau dan mengesan. Apabila PDRM tidak mengheret ke muka pengadilan, lebih-lebih lagi yang melibatkan pihak pembangkang, bermakna tiada kes untuk disabitkan.

Pihak rasis Melayu mendakwa bukti kewujudan RBA dalam bentuk kumpulan terancang ialah apabila 'ahli-ahli' kumpulan tersebut meletakkan simbol kacang merah sebagai foto profil. Jika itu buktinya, maka banyak benar kumpulan terancang di alam siber yang wujud.

Foto icon seperti Bersih, Adam Adli, Ini Kalilah, Hijau Lynas, Blackout 505 bertukar ganti menjadi foto profil pemegang akuan laman sosial. Mereka tidak pernah mendaftar sebagai ahli kumpulan tersebut, tetapi ia merupakan trend semasa penghuni alam siber mempamerkan sokongan terhadap mana-mana tuntutan.

Pengwujudan isu RBA oleh akhbar rasis Melayu ini mengingatkan kita kepada pepatah Arab yang selalu diungkapkan oleh AlMarhum Ustaz Fadzil Noor, "Dia memukul aku, dia pula yang menangis." Di alam siber serta di media cetak dan televisyen, pihak yang teruk dibelasah dan difitnah saban waktu ialah pembangkang atau Pakatan Rakyat. Tiba-tiba BN pula yang mengadu diserang menggunakan tentera siber.

Saya pernah didatangi oleh seorang aktivis maya BN, mengaku sudah insaf dan mendedahkan semua gerak kerja mereka sebagai pahlawan siber. Mereka memang dilatih, dibekalkan peralatan uktuk akses alam siber dan diberikan elaun tetap bulanan. Mereka bekerja sepenuh masa untuk BN. Fitnah, adu domba dan provokasi merupakan makanan harian kumpulan tersebut. Sehingga kini semua laman maya tersebut masih terus aktif dan bekerja sepenuh masa untuk BN. Di samping fitnah dan penghinaan melampau terhadap pemimpin Pakatan sebagai sajian utama dalam laman maya mereka, bahan-bahan rasis dan provokasi keagamaan juga disebar tanpa rasa bersalah.

Terdapat lagi pahlawan maya BN yang bukan petugas sepenuh masa tetapi berperanan sepanjang masa untuk menyerang Pakatan dan menaikkan BN. Bukan rahsia lagi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pernah dua kali bertemu dan menyampaikan amanat kepada kumpulan yang terdiri dari anak-anak muda ini. Mereka hanya dibekalkan dengan komputer i-Pad tanpa elaun bulanan. Dikatakan terdapat 10 ribu ahli kumpulan ini di seluruh negara, sebahagian besarnya berperanan dalam PRU13 lalu.

Jadi, apabila pihak Umno menonjolkan isu kewujudan RBA sebagai ancaman dalam negara, maka tidak lebih dari pepatah, "Pencuri jeritkan pencuri."

Apabila terdapat gerakan besar-besaran oleh media pro BN untuk menonjolkan RBA, mengaitkannya dengan DAP serta menggesa pihak polis bertindak maka ia mengingatkan kita kepada strategi yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk memusnahkan Iraq.

Alasan yang digunakan oleh tiga Presiden Amerika Syarikat untuk memusnahkan Iraq iaitu George Bush, Bill Clinton dan George W. Bush ialah terhadap senjata pemusnah berskala besar yang merbahaya di Iraq. Dengan menggunakan alasan tersebut mereka mendapat mandat dari kuasa-kuasa besar untuk menyerang Iraq.

Sehingga Saddam Husein berjaya ditangkap, Iraq hancur berkecai namun senjata pemusnah tidak juga dijumpai. Maka kewujudan isu RBA oleh kumpulan rasis Melayu itu tidak lebih dari idea yang diciplak dari White House. Amerika menggunakan modal senjata pemusnah untuk hancurkan Iraq, manakala kumpulan rasis Melayu menggunakan RBA untuk cuba memusnahkan DAP.


*Penulis adalah bekas Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah.



,
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Utusan Malaysia Juara Temberang



Oleh  Lim Kit Siang 


Saya perlu mengucapkan tahniah kepada ketua-ketua editor Utusan Malaysia – lidah rasmi UMNO – kerana telah mencapai sesuatu yang tidak akan mampu dicapai oleh media lain di Malaysia. Malah, tidak mudah untuk mencari pesaing Utusan Malaysia dalam dunia kewartawanan di seluruh dunia.

Tidak syak lagi, Utusan Malaysia adalah pembohong bersiri juara yang paling ulung bukan saja di Malaysia, malah juga di peringkat dunia, dan merupakan peneraju Briged Penghapus/Pemusnah DAP atau juga dikenali sebagai DDD (Demolish/Destroy DAP) dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Selama ia menjadi alat utama Briged DDD sejak lapan bulan yang lalu, Utusan Malaysia telah membuat pencapaian luar biasa dari segi jumlah serta tahap pembohongan yang telah dihasilkannya, misalnya laporan muka depan Utusan Malaysia pada Mei 2011 yang menyebut bahawa DAP mahu membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

Utusan Malaysia sebagai peneraju Briged DDD telah memecahkan semua rekod pembohongan dengan memenuhkan halaman akhbar itu (dan juga New Straits Times, Berita Harian dan Star) dengan cerita-cerita bohong sejak lapan bulan lalu.

Untuk tujuan jahat ini, Utusan telah merekrut dan melatih sepasukan pembohong bersiri – termasuk dari golongan aristokrat – yang sanggup berbohong tanpa teragak-agak!

Modus operandi Utusan dalam Briged DDD agak unik. Sebelum ini Utusan mungkin secara tidak disengajakan telah menerbitkan pembohongan para pembohong bersiri. Namun, dalam operasi DDD ini para perancang utama Utusan telah mengadun dan menentukan pembohongan dan kepalsuan yang akan diterbitkan atas nama para penggerak yang menjadi anggota pasukan pembohong bersirinya.

Anggota pasukan pembohong bersiri Utusan boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat kategori:
  1. Dari kalangan editor Utusan, memandangkan akhbar ini telah melatih satu generasi pembohong bersiri dan bukannya wartawan;
  2. Ahli DAP yang telah berpaling-tadah dan sanggup menjadi pembohong bersiri untuk mendapatkan habuan tertentu;
  3. Penulis-penulis upahan BN yang diberikan peranan untuk menyebarkan pembohongan yang direka-cipta oleh pemimpin tertinggi DDD; dan
  4. Pembohong bersiri jemputan – akhbar biasanya mempunyai kolumnis jemputan dan penganjur-penganjur acara menampilkan penceramah jemputan, manakala DDD telah mempelopori status baru, “pembohong bersiri jemputan”.
Hari ini, Utusan Malaysia terang-terangan berbohong tentang DAP di muka depan akhbar itu dengan menyebut bahawa DAP sedang mengadakan pemilihan di peringkat cawangan untuk mengelak daripada sebarang tindakan yang mungkin diambil oleh Pendaftar Pertubuhan.

Seperti yang telah dijelaskan oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke, pemilihan di peringkat cawangan diadakan secara tahunan dan pemilihan untuk tahun ini ditunda dari April/Mei ke Jun disebabkan oleh pilihanraya umum.

Antara pembohongan yang telah disebarkan oleh Utusan Malaysia dan Briged DDD sejak lapan bulan lalu ialah:
  1. Pembohongan bahawa 753 daripada 2,576 perwakilan DAP yang tidak menghadiri Kongres DAP pada 15 Disember tidak dimaklumkan tentang kongres dan telah dinafikan hak untuk memilih dalam Kongres;
  2. Pembohongan bahawa 753 perwakilan ini semuanya berketurunan India. Pembohongan ini dibuat dengan tujuan mengukuhkan citra bahawa sentimen anti-India sedang merebak dalam DAP – padahal hanya 100 orang daripada 753 perwakilan yang tidak hadir itu berketurunan India.
  3. Pembohongan bahawa seorang pemimpin DAP telah cuba merasuah seorang pegawai Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran DAP bagi mengelakkan pemilihan semula parti.
Tidak ada logik pada kempen Briged DDD ini – yang ada hanya kegilaan untuk mencemar dan membusukkan nama DAP. Tetapi Bilik Gerakan Perang Umno/BN yang menempatkan Briged DDD telah gagal sepenuhnya.

Pelaburan besar untuk Briged DDD Umno/BN, dengan Utusan Malaysia sebagai penerajunya, adalah satu pembaziran total kerana ia terbukti tidak berkesan dan malah merugikan jika dilihat pada keputusan Pilihanraya Umum ke-13.

Ini menggambarkan kedegilan para penggerak Briged DDD di Utusan Malaysia yang tetap mahu mempertahankan pembohongan mereka tentang “Red Bean Army” yang kononnya didanai oleh DAP dan dianggotai oleh 3,000 orang cybertrooper, dengan peruntukan sebanyak RM108 hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu. Pembohongan ini diteruskan kerana ia dapat digunakan sebagai alasan bagi kegagalan besar mereka dari segi taktik dan strategi dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Penulis adalah Penasihat Parti Tindakan Demokratik merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah.




.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Blogger Raja Fitnah Bakal Bersara Kerana RM100 Juta!



SHAH ALAM - Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.

Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.

"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu.
 
Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan.

Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan.

Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.

Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.

Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak.

Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi.

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.

"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat.

"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.

~ S H




Continue Reading... Labels: , , , , ,


Ini Punca Sebenar Zahid Keluarkan Kenyataan Angkuh



Pada 4 Julai 2007,  ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 40, memfailkan saman mendakwa bahawa beliau telah dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh Ahmad Zahid pada 16 Januari, 2006.

Keputusan itu dicapai selepas mahkamah mendengar penghujahan peguam Shamsul Bahari Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid, dan memutuskan bahawa ia tidak perlu bagi peguam, Amir Bazli, Karpal Singh, untuk membuat penghujahan.
 
 
APA SEBENARNYA BERLAKU?

Ini adalah percintaan antara Amir Bazli Abdullah, seorang duda dengan anak kepada Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah seorang janda. Percintaan ini tidak direstui oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Bukti percintaan ini bukan susah untuk pihak polis temui dan mungkin amat mudah untuk pihak polis menerbitkan motif serangan terhadap Amir Bazli Abdullah.
 
Percintaan ini berlaku pada awal tahun 2005. Kronologi bermulanya perkenalan antara Amir Bazli Abdullah dan Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi telah diterangkan dalam Afidavit guaman Sivil No MT1-22-1151 Tahun 2007 setelah dinasihatkan oleh peguam agar tuntutan sivil di buat memandangkan sehingga ke waktu ini, Polis gagal bertindak terhadap laporan jenayah terhadap Dato Ahmad Zahid Hamidi.

Kronologi pertemuan antara Amir Bazli Abdullah dan Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi.
1. Saya telah menyertai konvoi “Big Biker” pada sekitar bulan Ogos 2005 dengan menaiki sebuah motosikal kepunyaan adik saya;


2. Pada masa tersebut, saya tidak mengenali anak defendan bernama Nurul Hidayah tersebut ataupun anak kecilnya;

3. Saya hanya mula mengenali Nurulhidayah pada sekitar bulan September 2005 dan beliau telah pun memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah pun bercerai dengan suaminya di sebuah cafe bermana “saloma” di Kuala Lumpur.

4. Selepas itu saya dengan NurulHidayah telah menjalinkan satu perhubungan di mana Nurulhidayah telah pun memaklumkan bahawa beliau telah pun jatuh cinta dengan saya;

5. Nurulhidayah telah pun dengan sendiri bercadang ke Kota Bharu dengan saya secara rela pada bulan Disember 2005 bersama anak kecilnya tersebut;

6. Justeru itu, Nurulhidayah juga telah pun bercadang agar saya menyewa sebuah rumah pangsa di Kajang seperti yang dinayatakn di dalam perenggan 5 Afidavit tersebut dan saya telah pun berbuat demikian pada bulan November 2005 di mana Nurulhidayah dengan sendirinya telah menandatangani Perjanjian Sewa yang berkenaan tersebut sebagai seorang saksi yang dilampirkan bersama di sini sebagai aksibit “AB-1”

7. Saya juga menyatakan bahawa selepas saya menyewa rumah pangsa di Kajang tersebut, Nurulhidayah dengan sendirinya telah pun secara rela datang tinggal di sana dengan anaknya dan juga pembantu-pembantu rumahnya;
Lampiran keseluruhan writ saman, afidavit pertama Dato’ Zahid Hamidi dan Afidavit jawapan Amir Bazli Abdullah disertakan. Perlu diingat ini adalah tuntutan sivil Amir Bazli Abdullah atas nasihat peguam “Karpal Singh and Company” kerana kes laporan polis terhadap jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidi masih belum diselesaikan oleh polis.

Tuntutan dalam writ saman Amir Bazli Abdullah ada menyatakan dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku pada 16.01.2006. Berikut kami dedahkan writ saman Amir Bazli Abdullah dalam melihat apa sebenarnya berlaku. Berikut adalah kronologi insiden pemukulan Amir Bazli Ahmad dan pembabitan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

APA YANG BERRLAKU PADA 16.01.2006
1. Pada 16.01.2006, jam lebih kurang 10 malam, apabila plaintif (Amir Bazli Abdullah) sedang mengisi petrol ke dalam keretanya di Stesen Petrol sebelah UNITEN, Bangsi, agen-agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut dan membawa plaintif dengan paksaan, ke sebuah kelab rekreasi di kawasan kediaman Country Heights, Kajang.

2. Apabila dibawa ke kelab rekreasi tersebut, plaintif (Amir Bazli Abdullah) telah melihat Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) bersama suami anaknya, Hisham dan seorang anaknya yang dikenali sebagai KK di sana. Bersama-sama mereka juga terdapat beberapa orang yang merupakan agen dan pekerja Defendan (Dato Ahmad Zahid Hamidi).

3. Plaintif plid (maklum) bahawa apabila beliau menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi), Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah menumbuk plaintiff dengan kuat di mukanya menyebabkan tulang hidungnya patah.

4. Plaintif juga plid (maklum) bahawa akibat daripada tumbukan daripada Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) tersebut, mata kiri plaintif (Amir Bazli Abdullah) telah menjadi bengkak sehingga beliau tidak lagi dapat membuka mata kirinya.

5. Setelah menerima tumbukan pertama daripada Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi), agen-agen defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) yang berada di sana telah mula memukul plaintif bersama-sama dengan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi)

6. Plaintif memplid (maklum) bahawa Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) dan/atau agen-agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mendatangkan kecederaan teruk kepada bahagian muka plaintif (Amir Bazli Abdullah) dengan sebuah objek keras.

7. Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut untuk membunuh plaintif (Amir Bazli Abdullah) berulang kali apabila berkata kepada plaintif (Amir Basli Abdullah) “kau akan ditanam”

8. Agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) bernama Hisham di bawah arahan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut untuk membunuh plaintif (Amir Bazli Abdullah) apabila berkata “aku dah ingatkan kau, aku sanggup mandi darah dengan kau”

9. Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) dan atau agen-agen defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengurung plaintif (Amir Bazli Abdullah) secara tidak sah di kediaman defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) di 389, Jalan Bayu Nyaman, Country Height, 43000 Kajang, Selangor sehingga jam 2 pagi hari berikutannya iaitu 17.1.2006.
Inilah sebenarnya berlaku. Malang sehingga ke hari ini masih tidak terdapat tanda-tanda bahawa Amir Bazli Abdullah akan mendapat pembelaan yang setimpal dan paling malang adalah anggapan yang boleh kita lihat mengenai sistem kepolisan kita yang nampak gagal berfungsi dengan sewajarnya.

Sebelum kita pergi lebih lanjut untuk membuktikan bahawa semua urusan untuk mendapatkan pembelaan bagi Amir Bazli Abdullah gagal maka kita perlu melihat bentuk kecederaan yang dialami dan laporan Hospital yang membuktikan kesahihan kecacatan dan keadaan yang menimpa Amir Bazli Abdullah akibat di pukul.

Berikut adalah kecederaan yang ditimpa oleh Amir Bazli Abdullah atas perbuatan Dato Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam writ saman Amir Bazli Abdullah, berikut adalah kecederaan yang di alami oleh beliau:
1. Plaintif telah mengalami DEPRESSED FACIAL BONE FRACTURE dan NASAL BONE FRACTURE dengan DEVIATED NASAL SEPTUM

2. Plaintif telah mengalami MULTIPLE FACIAL BONE FRACTURES WITH LEFT SUPERIOR OBLIQUE AND SUPERIOR RECTUS MUSCLE INVOLVEMENT

3. Plaintif telah mengalami TRAUMATIC SUBCONJUNCTIONAL HEMORRHAGE di sebelah kiri mukanya dan DEPRESSED FRONTAL BONE FRACTURE

4. Plaintif telah mengalami kecederaan yang tetap di mana keadaan mukanya kini adalah dengan jelas cacat.
Berikut adalah laporan perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia. Laporan ini diterima setelah mangsa berkali-kali memohon laporan tersebut untuk diserahkan kepada mangsa. Amir Bazli Abdullah telah meminta peguamnya Karpal Singh and Co untuk memohon laporan dan akhirnya laporan itu telah diterima.

Laporan itu kami lampirkan untuk menunjukkan kecederaan Amir Bazli Abdullah dan kenapa dengan kecederaan sebegitu hebat tidak ada pembelaan terhadap mangsa.


Perbuatan jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidi ini telah memberi kesan seumur hidup terhadap Amir Basli Abdullah. Beliau bukan sahaja mengalami kecacatan fizikal tetapi telah mengalami trauma akibat insiden tersebut.

Datuk Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bertanggungjawab dan sepatutnya dibawa ke muka pengadilan. Kita kita mahu ada “double standard” dalam sistem perundangan ini dan kita mahu orang seperti Amir Bazli Abdullah ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Lihatlah apa yang terjadi pada muka Amir Bazli Abdullah:





Dengan kecederaan yang begini, apa yang mengharukan adalah ketidakprihatinan pihak polis mengenai kecederaan Amir Bazli Abdullah sungguhpun Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau adalah mangsa yang dipukul.

Laporan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUKM 12) menunjukkan bahawa Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau telah dipukul.

Anda nak tahu cerita lanjut tentang Zahid Hamidi? anda layari di sini.
 
 
 
.
Continue Reading... Labels: , , ,


Penyebar Video Lucah Kononya Mirip Mustapa Ali Telah Di kenali!



Gin Marvel

Harini GM dedahkan WatanHarian.my adalah Lidah Bercabang Rasmi milik umno. Pihak macai menggunakan lidah rasmi milik mereka sebagai backup dalam menyokong hujah2 penipuan yg di lakukan.

Di daftarkan pada 12 March 2013 beralamat di Taman Sri Keramat Tengah. No Telefon & E-mail GM lampirkan sekali untuk tatapan umum... Dari sebahan maklumat yg GM terima menerusi para wartawan, SKMM menawarkan RM 1000 kepada sesiapa sahaja yg menggunakan & mempromosi Domain .MY.........!!!

Apakah ini benar ? Jika benar pun apa salahnya.... hhhmmm...........esok GM nak daftar domain .My, boleh dapat RM 1000. Hehe...!!! 




Continue Reading... Labels: , , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Catatan Popular Minggu Ini

Total Pageviews

Google Rank Checker
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors