RSS

Red Bean VS Gelombang Biru: Bukti Jelas BN Gagal Di Laman WEB...



Minggu ini telah menyaksikan peperangan siber di antara BN dan Pakatan Rakyat. Ini berikutan cadangan pembentukan Tentera Gelombang Biru yang didakwa dibuat ahli politik Umno Datuk Ahmad Maslan. Penubuhannya bagi mengekang pengaruh Red Bean Army di Internet.
 
Beliau dikatakan mahu membendung fitnah yang didakwanya tersebar angkara Red Bean Army yang dianggap penyokong perjuangan Pakatan Rakyat.
 
Pertembungan penyokong-penyokong politik ini di laman media sosial dan Internet bagaimanapun dijangka berakhir dengan kekalahan Tentera Gelombang Biru.
 
Satu laman Facebook telah dibangunkan oleh pihak yang mendakwa mewakili Tentera Gelombang Biru. Ia terus menyaksikan pertempuran di kalangan penyokong BN dan penyokong Pakatan.
 
Posting  galak dikongsi membabitkan seorang Tentera Gelombang Biru yang mendakwa mempunyai sijil MUET yang berkata, sesiapa yang menentang BN perlu “open your ice” yang sewajarnya “open your eyes”.
 
MUET atau Malaysian University English Test, merupakan ujian kemahiran berbahasa Inggeris yang diperlukan bagi menyambung pelajaran di peringkat universiti.
 
Ia telah menjadi sandiwara atau meme yang menarik tumpuan kedua-dua penyokong BN dan penyokong Pakatan.
 
Laman Twitter dipenuhi dengan komen berhubung kesalahan ejaan “eyes”.
 
Tentera Gelombang Biru dan Ahmad ditertawakan dari arah kanan, kiri, depan dan belakang oleh warga laman maya dari Malaysia.
 
Selepas serangan bertali arus, beberapa halaman blog memuatkan kenyataan Ahmad bahawa beliau tidak pernah mengutarakan cadangan pembentukan Tentera Gelombang Biru itu.
 
Laporan asal mengenainya disiar agensi berita Bernama, yang dikawal kerajaan BN.
 
Namun, nampaknya trooper siber BN seakan benar-benar digerakkan dengan saranan Ahmad ini.
 
Namun ada yang berkata, sebilangan laman web yang mendakwa didirikan Tentera Gelombang Biru sebenarnya hanya parodi bagi memperkecilkan kemampuan mereka.
 
Jika benar, ternyata golongan anti-BN lebih kreatif di dalam menggunakan teknologi serta menunjukkan dedikasi yang tinggi.
 
Ini juga bertentangan dengan dakwaan BN bahawa golongan yang menentangnya di Internet dibayar. Mereka sebenarnya bukan hanya penyokong Pakatan, tetapi mungkin kanak-kanak yang celik teknologi di zaman informasi ini.
 
Mereka bertanya soalan dan mengharapkan jawapan. Ini mungkin tidak digemari BN.
 
Mereka juga tidak mengikut arahan membuta tuli dan tidak mempertahankan sikap moron yang kerap disebar golongan minoriti di negara ini.
 
Mereka menentang BN tetapi tidak tentu mereka ini penyokong Pakatan.
 
 
Tentera Gelombang Biru tidak mungkin dapat menentang mereka kerana mereka melakukan kerja ini secara sukarela, bukan seperti penyokong BN di bawah sayap Unit Media Baru Umno yang mengharapkan upah dan wang semata-mata.
 
Gerakan anti-BN berharap mendedahkan kelemahan parti pemerintah ini di alam maya, terutamanya kerana BN kerap mengekang suara penentangan di dunia sebenar.
 
Berkenaan Red Bean Army pula, BN sebenarnya tersasar jauh. Ia tidak pernah wujud kerana sebenarnya, gerakan anti-BN terdiri daripada manusia yang diberi kebebasan berfikir. Itu sahaja. ~ Ant Daily
 
 
 
.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Blogger Raja Fitnah Bakal Bersara Kerana RM100 Juta!



SHAH ALAM - Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.

Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.

"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu.
 
Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan.

Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan.

Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.

Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.

Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak.

Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi.

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.

"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat.

"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.

~ S H




Continue Reading... Labels: , , , , ,


Red Bean Army Serang KERAjaan - Zahid



Kecaman serta penghinaan berterusan yang dihamburkan oleh Red Bean Army terhadap kerajaan jelas membuktikan tentera siber DAP itu gagal menutup rasa kecewa kerana tidak berjaya memperoleh 'kuasa' di Putrajaya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun beliau sendiri tidak terlepas daripada serangan tentera siber berkenaan, perkara itu adalah lumrah bagi mereka yang bergelar ahli politik.

Meskipun tidak menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pihak terbabit, beliau dengan nada sinis memberitahu, mereka merupakan jenis manusia yang hanya tahu menyalahkan pihak lain berbanding diri sendiri.

"Cacian memang makanan buat orang politik. Saya telah maafkan mereka yang mencaci dan akan terus memaki hamun saya. Kebanyakan mereka ini masih berdarah muda. 

"Mereka sedang menanam kebencian sebab gagal menawan Putrajaya. Biarlah mereka melayani kekecewaan itu dengan melepaskan perasaan kecewa secara menyalahkan semua orang lain, kecuali diri sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan seorang pembaca Utusan Malaysia berketurunan Cina bernama Kevin J. C. Chuah tentang sikap Red Bean Army yang terus mengecam dan membuat penghinaan khususnya menerusi laman sosial Facebook propembangkang.

Menurut pembaca tersebut, tulisan dan ayat-ayat yang diguna oleh mereka memang menjijikkan dan serangan peribadi bertubi-tubi dilancarkan terhadap Ahmad Zahid, sekali gus membuktikan sifat sebenar kumpulan Red Bean Army yang suka mencaci, menyuntik rasa kebencian dengan sewenang-wenangnya.

Akaun Facebook propembangkang itu juga dengan lantang mengutuk Ahmad Zahid dan meminta beliau meletak jawatan di samping menggunakan tulisan biadab berbunyi: "Negara ini bukan milik bapak kau!!!".

Mengulas lanjut 'tangan-tangan' jahat Red Bean Army itu, beliau berkata: "Saya harap suatu hari nanti mereka akan tahu kebaikan yang akan saya terapkan demi kepentingan keselamatan negara".

Sebelum ini, Ahmad Zahid menegaskan akan membanteras penyebaran maklumat dalam media sosial yang menyentuh isu perkauman, mencabar Perlembagaan serta fitnah, khususnya yang didalangi Red Bean Army. - Utusan Malaysia

Selanjutnya DiSINI 


Continue Reading... Labels: , , , ,


ZAHID HAMIDI DEDAH KUMPULAN 'TENTERA SIBER' YANG DI SENARAI HITAM!!



Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan ‘tentera siber’ tertentu.  
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.  
“Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang, " katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti ‘Red Bean Army’ yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini. 
Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan. 
Ahmad Zahid berkata dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan ‘cyber troopers’ oleh parti politik dan pihak tertentu. 
Bagaimanapun beliau berkata prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna. 
"Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan ‘cyber trooper’ seperti ‘Red Bean Army’ tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media social berkenaan yang dikendalikan mereka,” katanya. 
Beliau berkata 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan – Bernama

Sementara itu... 

Lim Kit Siang nafi bayar 15 juta setahun untuk ‘Red Bean Army’


red bean army list picture blog


DAP menafikan dakwaan bahawa parti itu mempunyai kekuatan seramai 200 orang cybertrooper digelar ‘Red Bean Army’ oleh Utusan Malaysia yang didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu.

Penasihat parti itu Lim Kit Siang dalam kenyataan hari ini berkata, sekiranya DAP menanggung kos RM15 juta setahun untuk mengupah 200 orang cubertrooper tersebut, seperti didakwa Utusan, bermakna parti itu perlu membayar RM108 juta sejak enam tahun lalu.

“DAP tidak mempunyai wang sebanyak ini walaupun bagi Umno dan BN ia mungkin hanya setitis air di lautan dana mereka mereka.

“DAP tidak membayar satu sen pun kepada mana-mana cybertrooper, tidak seperti Umno dan BN yang menggunakan (jutaan ringgit) untuk menganjurkan konvensyen media sosial di seluruh negara untuk mewujudkan tentera cybertrooper berjumlah 10,000 orang sebelum pilihan raya umum ke-13. [Unit Media Baru UMNO]

“Adakah kita patut gelar 10,000 cybertrooper ini ‘Belacan Army’, ‘Ikan Bakar Army’ atay ‘Cincin Army’?,” katanya.

Lim mendakwa beliau tidak pernah mendengar istilah ‘Red Bean Army’ sehinggalah terbaca mengenai perkara itu dalam laporan Utusan beberapa hari lalu.

Katanya, laporan itu mendakwa modus operandi kumpulan tersebut adalah menjalankan serangan dalam talian ke atas mana-mana ahli politik, ahli perniagaan atau penghibur yang dilihat pro-BN.  ~Mkini




.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Blogger umno Hina Kaabah, Terbukti Mereka Ialah Syaitan Yang Amat Di Kenali!!!



Boleh lihat bertapa kejinya permainan politik umno, sanggup menghina masjid dan kaabah yang dipertahankan dengan nyawa oleh umat islam.Inilah yang dimaksudkan mahathir bahawa umno ialah SYAITAN yang dikenali!!!




Group LU LANGSI LU MATI sebuah kumpulan yang bergerak cergas untuk menjadi jurucakap umno didalam dunia facebook harus dipertanggungjawabkan. Group yang didalamnya penuh dengan caci maki dan fitnah ini sentiasa membuat posting yang secara terang-terangan menghina, penuh dengan fitnah dan caci makian. Se cetek mana pun ilmu kita tentang islam tetapi bila penghinaan terhadap Agama dibuat secara terang-terangan ini sepatutnya tidak dapat dimaafkan.

kehancuran umno semakin mendekat dan umno terpaksa bertahan dengan serang berbaur fitnah lucah maki hamun, dan samseng untuk meneruskan kesinabungan umno. sekali lagi gua mohon kepada rakan blogger sila sebarkan kebobrokan umno ni.

Inilah cybertrooper yang gua maksudkan haramjadah!


Kredit buat Johor Born 



.
Continue Reading... Labels: , , , , , ,


Seksyen 114A - Awas Blogger, Facebooker Dan Twitterer



Kalau kita ini tuan kedai, dan kita tangkap seorang anak muda mencuri coklat, kemudian mahu didakwa anak muda itu di mahkamah; adalah menjadi tanggungjawab tuan kedai untuk membuktikan bahawa coklat yang yang dicuri itu miliknya, dan hak milik itu dirampas tanpa izinnya. Mudah begitu.

Kalau kita ini tuan kedai, dan ada anak muda lalu di depan kedai kita dengan memegang sekeping coklat yang kebetulan dijual di kedai kita, adalah tidak masuk akal untuk kita mengheretnya ke mahkamah dan menyuruh si anak muda itu untuk membuktikan bahawa coklat yang dipegangnya itu tidak dicuri dari kedai kita.

Ini undang-undang mudah. Arwah Tan Sri Harun Hashim, apabila disoal tentang apa itu undang-undang dalam fahamnya, beliau menjawab bahawa undang-undang itu ‘common sense‘. Bukan setakat ‘common sense‘ dalam erti kata sesuatu yang ‘masuk akal’, bahkan mencakupi apa yang dipanggil ‘kesepakatan umum’.

Undang-undang mesti masuk akal dan disepakati umum

Undang-undang dibentuk atas sesuatu yang disepakati umum. Kalau umum tidak sepakat, ia tidak jadi norma dan lantas tidak cukup haul untuk diangkat sebagai umum. Kenyataan ini masuk akal. Kalau pekerjaan mencuri itu disepakati umum sebagai satu kesalahan, maka salahlah mencuri itu.

Kalau pekerjaan pakai kasut di kepala itu disepakati sebagai salah, maka bolehlah dikanunkan dan dijadikan undang-undang. Itu konsep kesepakatan umum dalam memahami makna fungsi undang-undang.

Jadi dalam kesepakatan umum selama ini, seorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan adalah tidak bersalah sehingga benar-benar terbukti bahawa dia bersalah; bukan sebaliknya.

Konsep ini difahami pepatah undang-undang, Ei incumbit probatio qui dicit, non qui negat; cum per rerum naturam factum negantis probatio nulla sit – yang mafhumnya ialah beban bukti letaknya pada yang mendakwa, bukan pada yang dituduh atau menafi, kerana memang fitrahnya, yang menafikan dakwaan selalunya payah untuk membawakan bukti.

Jika sebaliknya, maka memang terbaliklah sistem manusia ini. Bayangkan, siapa sahaja boleh ditangkap polis, untuk apa sahaja kesalahan sehingga dia boleh buktikan yang dia tidak bersalah.

Sistem yang begitu pastilah tidak adil, bukan?

Namun malang bagi kita yang mendiam di negara Malaysia yang diterajui United Malays National Organisation ini, pihak pemerintah sedang cuba berfikir dan bertindak secara tidak adil. Ini sebenarnya amat mudah bagi mereka, kerana memang sudah menjadi kelaziman bagi pemerintah untuk berlaku zalim.
Lihat sahaja undang-undang jahat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dahulu yang membenarkan sesiapa sahaja ditangkap dan dipenjara tanpa perlu dibicarakan.

Jadi pemerintah yang nakal ini beberapa bulan lalu telah membuat sebuah pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membuatkan dunia kita semua bakal terbalik. Pindaan tersebut dikenali sebagai Seksyen 114A.

Apa itu Seksyen 114A?

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang dibentangkan di parlimen April lalu dan telah digazetkan pada 31 Julai 2012. Tujuan seksyen ini dipinda katanya adalah khas untuk bertindak terhadap bahan-bahan ‘berbahaya’ di internet. Pindaan tersebut memudahkan pihak berkuasa mendakwa mana-mana pihak yang menyiarkan sesuatu yang memfitnah atau menghasut di internet.

Pindaan terbaru ini meletakkan kebertanggungjawaban kepada pemilik atau penyelaras blog, forum yang membolehkan orang lain menyiarkan komen; pembekal internet dan pembekal webhosting serta mereka yang memiliki komputer atau alat untuk menyiarkan bahan secara online.

Sebagai contoh sekiranya ada apa-apa kenyataan fitnah yang boleh dijejak kembali kepada kata laluan anda, atau alat elektronik anda, bahkan rangkaian internet rumah anda; Seksyen 114A memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya. Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah seperti yang menjadi amalan kehakiman selama ini di seluruh dunia.

Justeru pindaan gila ini secara tidak adil memindahkan beban bukti kepada pengguna internet yang mungkin didakwa secara salah, untuk sebarang kenyataan fitnah atau menghasut yang terbit daripada rangkaian internetnya. Malah pentadbir forum-forum juga boleh dikenakan tindakan untuk kenyataan-kenyataan yang diterbitkan di laman forum mereka.

Apa yang lebih buruk ialah seandainya rangkaian internet seseorang digodam dan digunakan untuk menyiarkan bahan-bahan tersebut.

Inilah yang bakal berlaku…

Bayangkan seorang nenek yang sendirian di rumah, hanya guna internet untuk buka YouTube buat belajar memasak atau mengait; tiba-tiba sahaja pintu rumahnya diketuk polis. Mengapa? Kerana ada kenyataan yang menghasut diterbitkan dari rangkaian WiFi rumahnya yang digodam orang.

Jadi pindaan sebegini ini adalah gila dan tidak masuk akal. Undang-undang begini adalah undang-undang bobrok dan zalim yang mengekang kebebasan bersuara rakyat jelata.

Pemerintah yang mengekang kebebasan rakyat bersuara dan mengkritik ini adalah pemerintah yang selayaknya dihumbankan ke jurang paling dalam apabila selesai sahaja Pilihanraya Umum akan datang.

Kesannya nanti, orang akan takut untuk bersuara dan tidak lagi berani mengkritik. Malah blog-blog juga akan terpaksa menapis komen-komen dengan lebih tegas. Apa dia garis pemisah antara fitnah, hasut dengan ayat-ayat kritikan dan penegasan untuk mencabar pemerintah yang menzalimi rakyatnya? Ini semua hanya berhak ditafsirkan oleh pemerintah sendiri.

Maka akan takutlah sekalian hamba rakyat untuk mempersoal tindakan pemerintah. Akan tutuplah WiFi percuma di tempat-tempat lepak awam, risau rangkaian internetnya nanti digunakan untuk menulis ayat-ayat bahaya yang menggugat pemerintah. Di mana lagi kami semua nak lepak minum the tarik nanti kalau sudah tak ada WiFi percuma?

Bukan sahaja media massa dikawalnya, internet juga mahu dikawalnya. Ini pemerintah jenis apa ini? Tetapi apabila pecacainya sendiri menyiarkan fitnah dan tohmah, kebal pula mereka itu daripada tindakan undang-undang. Lihat sahaja bagaimana mereka menggerakkan tentera siber dan media sosialnya untuk memfitnah dan menyebar berita palsu secara berleluasa, dan tidak pula memberi ruang untuk diskusi dan jawapan balas.

Ini halal pula? Tidak pula dihukum kafir harbi? Undang-undang tidak menyalahkan mereka? Ini undang-undang apa? Undang-undang kandang lembu? Mungkin lembu lebih mulia daripada segelintir manusia kemaruk kuasa yang berhati busuk serta zalim kerana sanggup mengongkong rakyat sendiri.

-harakahdaily

umno/bn meyerlahkan lagi akal lembu mereka..humbankan mereka di PRU 13 nanti!!!



Continue Reading... Labels: , , ,


Rupanya Hampir Separuh Follower Twitter Najib Adalah HANTU!!!


 Followers twitter Najib Razak adalah bot(48% fake account)

STATUSPEOPLE ialah laman sesawang yang membenarkan anda menyemak sama ada pengikut anda di twitter adalah manusia betul atau hanya sebuah bot.

Kerana perasaan ingin tahu kami yang tinggi, kami melakukan ujian dibawah terhadap akaun Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Razak iaitu @NajibRazak.

Umum mengetahui, Perdana Menteri kita mempunyai lebih dari 800 000 pengikut twitter dan telah disenaraikan sebagai antara 25 pemimpin negara yang paling ramai pengikut.

Tetapi...lihat sahajalah apa terjadi apabila akaun @NajibRazak dianalis menggunakan www.Fakers.StatusPeople.com. Hahaha.

Hasilnya...Double U-Tee-Eff :



Bagaimana pula dengan para pemimpin lain seperti Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan Hishamuddin Tun Hussien Onn? Hahaha.




INGATKAN MENGUNDI JA ADA PENGUNDI HANTU, FOLLOWER TWITTER PON ADA FOLLOWER HANTU JUGAK! BERSIH 4.0 PERLU DIJALANKAN SEGERA. MUKTAMAD!


.
.
Continue Reading... Labels: , , ,


Perang Cyber Dengan Hackers Myanmar Telah Bermula



Akibat dari kezaliman kerajaan Myanmar kepada orang islam disana,gabungan Hacker (pakar komputer) Islam termasuk anymous Malaysia baru-baru ini telah melakukan serangan terhadap beberapa web kerajaan Myanmar.Ini ilakaukan sebagai tanda bantahan terhadap kerajaan Myanmar.

Berita terkini yang kita dapat ,gabungan Hackers Myanmar pula menyerang balik beberapa web Malaysia...
 
Antara mesej yang dihantar ialah seperti dibawah;
=====--- Black Hacker Area ---=====
Admin , nothing is wrong with you & your Government.But something is wrong with Anonymous Malaysia.
!!!Here is a PAYBACK for DDosing Myanmar Websites.!!!
Next time,Stay away from Myanmar Cyber Space.
===============!!! We are HACKTIVISTS for POLITICAL OUTCOMES & JUSTICE for What We've Lost. !!!===============
===========================Greetz : ==========================
B|4cK 73rM!N470r (MCDA) Cyb3r CoD3r (BHA) Mr.n00b (BHG) H1N1 (MCA) And All Myanmar Hacker >

Mesej yang ditinggalkan pengodam cyber C0der:
 

The international media groups have been unfair to Myanmar and to the Rakkhine victims of the Rohingya attack. It is obvious that the Rohingyas are the attackers. Why would the majority Rakkhine leave their homes, and get their properties torched if they were the attackers? We(Myanmar Citizens) would like to ask the international entities who speak up for Rohingyas. Who would speak up for the Rakkhines whose homes were ablazed? Who would seek justice for the Rakkhines who were brutally murdered by the Rohingyas during the Arakan massacred? You suggested the government of Myanmar of accept the Rohingyas. Were you there when the Rohingyas raped our women? Were you there when they splashed kerosene at our homes and burnt them down? Were you there when they brutally murder our people? Get up and set your foot on our Arakan land. Hear our cries. Feel our sorrow. Touch our tears. Touch our blood. See the carcasses. See the faces. It is for real. None of these are fabricated nor manipulated. The victims are the Rakkhines, the innocent villagers who were killed by the Rohingya terrorists. Why did Rohingyas kill the villagers? The answer is simple. It is because Rohingyas are not one of us, not one of the ethnic group of Myanmar. 




pautan laman sesawang yang berjaya diceroboh masuk penggodam myanmar
Klik Disini 
Continue Reading... Labels: ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors