RSS

Mat Sabu Setuju Najib Kekal Sebagai PM



SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu turut menyatakan sokongannya supaya Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, Najib perlu menyelesaikan masalah yang timbul bukannya berundur melepaskan diri dari masalah tersebut.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Najib kekal menerajui negara.

“Saya setuju apa yang Ustaz (Abdul) Hadi katakan.

“Beliau (Najib) kena hadapi rakyat untuk selesaikan masalah yang timbul,” katanya.

Menurut Mohamad, adalah lebih baik PRU dipercepatkan dan tidak ditangguh bagi membolehkan rakyat membuat pilihan.
 
 
 
 
 
 
.
Continue Reading... Labels: , ,


CELUPAR!. Mencaci KPN.. PDRM Mahu Azmin Ali Mohon Maaf Secara Terbuka...



Selepas mengingatkan mengenai dosa dan tata susila Persatuan Pegawai Kanan Polis mendesak Menteri Besar Selangor Azmin Ali memohon maaf secara terbuka kepada pasukan itu kerana "mencaci dan menyelar Ketua Polis Negara".

Dalam kenyataan dikeluarkan persatuan itu, pengerusinya Datuk Shah Gzali Khan Shahadad berkata kenyataan Azmin itu turut terkena kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kata Shah Gzali, PDRM adalah pasukan keselamatan yang menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat tanpa berkiblat kepada mana-mana fahaman politik, bangsa atau agama.

"Sebagai menteri besar yang berpendidikan dan berjawatan tinggi, tidak wajar Azmin menggunakan kata-kata sebegitu jelek dan kesat terhadap sesama manusia".

"Tidak seharusnya ceramah politik digunakan untuk tujuan menghasut dan menghina, apatah lagi sebagai satu platform untuk membangkitkan masyarakat terhadap polis," katanya.

Kelmarin dalam ceramahnya Azmin bertanya kepada hadirin jika majlis itu turut dihadiri anggota cawangan khas (SB) polis.

Apabila hadirin menjawab ada, Azmin berkata: "Saya tak takut.
Beritahu ketua polis negara, tolonglah, nak jadi ketua polis yang menjaga keselamatan rakyat atau nak jadi barua Umno dan BN?"

Kenyataan itu disambut sorakan kira-kira 200 hadirin.

Shah Gzali berkata, seluruh warga PDRM berharap Azmin lebih berhemah dan bersopan dalam ceramahnya kerana "bahasa melambangkan bangsa".

"PDRM tidak pernah mencampuri urusan politik dan tidak sesekali berkiblatkan mana-mana parti. Ia jelas dengan perkhidmatan profesional dan kerjasama erat diberikan di negeri diperintah pembangkang," katanya. 


Azmin semasa muda merupakan anak didik dan anak angkat Tun Dr Mahathir

Sebelum ini apa yang admin tahu Azmin Ali tidak pernah sekali pun ditahan atau dilokap. Semasa era reformasi para Reformis dan Pemimpin Pembangkang keluar masuk lokap tetapi tidak berlaku pada Azmin Ali. Semoga Azmin Ali terus berjaya dikarier Politik dan menjadi Pemimpin yang baik dimasa hadapan demi Rakyat Marhaem sesungguhnya.





.
Continue Reading... Labels: , , ,


Siapa Yang Dato Seri Nizar Maksudkan Ulama Yang Pergi Ke Syria Tampa Di Tahan Polis???



Mendengar dialog Dato Seri Nizar, di Dun Changkat Jering. Didalam sesi dialog tersebut Dato Seri Nizar telah menimbulkan persoalan, terdapat seorang individu berstatus Ulamak yang pergi Syria, balik ke Malaysia boleh lepas bebas tanpa ditangkap di KLIA.

Menurut Dato Seri Nizar lagi, ulamak ini boleh bergambar dengan senjata lagi.

Ada orang itu, jelas DS Nizar, baru ada niat hendak pergi ke Syria, sampai KLIA dah kena tahan.

Dato Seri Nizar hairan kenapa pihak berkuasa tak tangkap orang itu?



Siapakah Ulamak yang dimaksudkan itu???
  









.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Hari-Hari Akhir Najib Rosmah




Apabila Datuk Seri Najib Razak bersetuju diwawancara Hamdan Ahmir dalam Soal Jawab TV3 Edisi Khas untuk menjawab kritikan terhadapnya termasuk daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri sendiri sudah tahu, hari-hari akhirnya sudah semakin hampir.

Ketika Najib sebagai seorang perdana menteri terpaksa pergi sendiri untuk menjawab persoalan-persoalan ditimbulkan terhadap pentadbirannya di media arus perdana milik partinya, ini bermakna, sudah tiada lagi hulubalang-hulubalang dalam Umno yang sanggup atau mampu mempertahankannya.

Di manakah timbalannya? Di manakah naib presiden? Di manakah ketua Wanita? Di manakah ketua Pemuda? Apakah semuanya sudah meninggalkan Najib? Ditambah pula sesi rakaman tersebut digandingkan dengan soalan-soalan “membodek” dan bukannya bersifat kritikal gaya media perdana Malaysia seperti dikatakan Asia Sentinel, jawapan-jawapan Najib menimbulkan lebih banyak persoalan.

Bayangkanlah pada masa kritikal Najib berdepan dengan serangan dari dalam dan luar Umno, soalan begini ditanya kepadanya: “Saya nak tanya Datuk Seri, bagaimana Datuk Seri membahagikan masa dari segi weightage, wajaran antara hal-hal keluarga, dengan hal-hal negara. Bagaimana Datuk Seri mengimbangi perkara ini?”

Ini menyebabkan ada pihak menganggap sesi soal jawab bersama TV3 itu merupakan “sabotaj” yang cuba dilakukan pihak-pihak tertentu terhadap Najib untuk mempercepatkan anak kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein itu meninggalkan Putrajaya. Selain itu Najib juga tidak menggunakan sesi rakaman itu untuk menjawab persoalan mudah ditimbulkan Dr Mahathir seperti mengapa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai aset RM52 bilion meminjam RM42 bilion?

Mengapa wang berbilion ringgit 1MDB yang dibawa balik dari Pulau Cayman disimpan di bank di Singapura? Siapa beri arahan kepada Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri untuk membunuh warga Mongolia Altantuya Shariibuu? Dan yang paling penting sekali apa motif pembunuhan Altantuya?

Sembilan tahun lalu pada 2006, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah melakukan perkara sama menggunakan TV3 dan disiarkan ke seluruh negara untuk menjawab kritikan Dr Mahathir. Tidak beberapa lama selepas wawancara Abdullah bersama TV3, Barisan Nasional (BN) buat pertama kalinya hilang majoriti tradisi dua pertiga di Dewan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Setahun selepas itu, Abdullah yang mesra dengan panggilan Pak Lah akhirnya meninggalkan Putrajaya bagi memberikan laluan kepada Najib untuk menjadi perdana menteri. Dr Mahathir tak akan berhenti selagi Najib tak berundur.

Berita tentang kematian Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias menenggelamkan berita kehadiran Dr Mahathir ke majlis pengebumian bapa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun Dr Mahathir dikatakan berkawan baik dengan bapa Anwar Datuk Ibrahim Abd Rahman, kehadirannya ke majlis pengebumian tersebut memberikan makna besar dan isyaratnya sudah tersebar.

Dalam politik, tidak ada yang tidak sengaja. Semuanya mempunyai perkiraan dan penyusunan. Selain Dr Mahathir, isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali turut hadir untuk menyatakan takziah kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga. Dr Mahathir memberikan isyarat beliau sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk Anwar untuk menjatuhkan Najib. Persoalan yang ditanya ramai pihak ialah apakah mekanisme untuk menjatuhkan Najib?

Dalam Umno, Najib disokong kuat majoriti ketua bahagian di seluruh negara sehingga tidak memungkinkan beliau dicabar dalam pemilihan Umno akan datang. Tambahan pula, pemilihan Umno boleh ditangguhkan seperti dilakukan sebelum ini dengan alasan untuk menghadapi PRU ke-14.
Menteri-menteri Kabinet majoritinya sudah menyatakan ikrar taat setia kepada Najib. Begitu juga dengan parti komponen BN, kesemuanya sudah menyatakan mereka bersama Najib.

Usul undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen? Ramai meragui kaedah ini kerana untuk usul tersebut diluluskan Yang Dipertua Dewan Rakyat sudah dilihat sukar. Sekalipun Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul undi tidak percaya terhadap Najib dilakukan, apakah Dr Mahathir mempunyai cukup angka untuk menewaskannya? 

Melainkan Dr Mahathir berfikir di luar kotak menggunakan kaedah-kaedah lain seperti pilihan jalan raya untuk menjatuhkan Najib. Akan tetapi pada usia hampir 90 tahun, masih mampukah Dr Mahathir untuk melakukan perkara radikal sebegini? 

Sanggupkah Dr Mahathir muncul dalam demonstrasi untuk menuntut Najib letak jawatan? –TMI





.


Continue Reading... Labels: , ,


Kumpulan Blogger umno Rancang Serang Najib???



Pasukan blogger terdiri daripada 30 penulis mengadakan perjumpaan di beritakan berlaku dibangunan atas nama sebuah yayasan yang sering dikunjungi oleh Mahathir. 

Kata sumber lagi, yayasan yang namanya sangat terkenal itu terletak tidak jauh  kedudukannnya dengan Masjid Negara  dan menjadi pusat pertemuan para blogger pro  Mahathir bagi membicangkan strategi yang khabarnya bertujuan menyerang Najib. 

Menurut sumber, beberapa blogger yang hadir dalam perbincangan ada antaranya  pernah menjadi penulis blog menyokong Najib atau bahasanya pernah cari makan dengan orang-orang BN pro Najib. 

Antara blogger yang hadir pada perjumpaan tersebut ada yang bergelar Datuk...




.
Continue Reading... Labels: , ,


KHALID Keluar Shah Alam, ANWAR Masuk Penjara Sungai. Buluh!!!



Banner Provokasi bertajuk "Tan Sri Khalid Ibrahim Keluar Shah Alam, Anwar Ibrahim Masuk Sungai Buloh" terpampang di beberapa jalan utama sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Kelang, Gombak dan Petaling Jaya. 



Sabotag dari pihak tertentu yang ingin menangguk di air keroh. Krisis PKR Selangor yang nampaknya tiada kesudahannya.

Langkah Kajang yang sumbang punca kemelut dalaman PKR yang amat sukar untuk dipulihkan kembali.

Kemungkinan besar Negeri Selangor akan kembali kepangkuan BN di PRU 14 nanti...





.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Azmin..! Hentikan ‘BERLAKON!!!’.. - Che Gu Bard




Azmin sememangnya sejak awal lagi mengimpikan untuk menjadi Menteri Besar Selangor sehinggakan menyusun sentimen mempertikaikan pentadbiran Menteri Besar.

“Azmin Ali sila berhenti menjadi watak baik di depan tetapi duri di belakang,” berikut adalah kenyataan aktivis terkenal, Che’gu Bard dalam satu sidang media sebentar tadi.

Jelas beliau, Azmin sememangnya sejak awal lagi mengimpikan untuk menjadi Menteri Besar Selangor sehinggakan menyusun sentimen mempertikaikan pentadbiran Menteri Besar.

“Selepas PRU-13, dia menjaja cerita kononnya Anwar telah menjanjikan dia jawatan MB tetapi menipu dan tidak melantik dia.

“Kekecewaan itu telah menyebabkan dia menyerang Ketua Umum, Presiden PKR dan PR melalui perang saraf yang tersusun sehingga terbuka menyerang pimpinan tertinggi parti melalui media sosial bawah kendaliannya,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, Azmin Ali turut menggunakan media dan orang-orangnya memulakan serangan peribadi kepada Ketua Umum dan keluarga.

“Bukan musuh, tetapi dia membuat kerja musuh. Kartel Azminlah yang mencipta istilah Istana Segambut, keputusan mesyuarat dalam bilik/ dalam kelambu dan Azizah pemimpin remote.

“Kononnya anda tak nak jawatan MB tetapi sehingga kini, tanpa henti terus menemui secara sendiri atau menghantar wakil bertemu pemimpin tertinggi PAS mahupun DAP memujuk namanya turut dicalonkan,” katanya.

Menurut Che’gu Bard, ramai anak muda dan penyokong di luar sana bosan dan memperlahankan penglibatan dengan parti kerana Azmin dan kartelnya.

“Saya yakin dan percaya dia telah melanggar banyak disiplin parti tetapi kenapa tindakan disiplin tidak diambil ke atasnya?.

“Saya kini digantung tidak bertempoh. Gantung ini tidak akan membunuh semangat juang membetulkan negara tetapi harus membetulkan parti dahulu. Gantung ini tidak matikan saya!. PKR rumah perjuangan saya, saya akan terus berjuang di sini,” akhiri beliau.




.

Continue Reading... Labels: , , , , ,


Tindakan Tatatertib Dan Pengantungan Ahli PKR Oleh Biro Politik PKR Pada 15 May 2014




KENYATAAN MEDIA

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 14hb Mei 2014, yang dipengerusikan YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN dan dihadiri YB DS Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN, YAB TS Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor serta anggota-anggota Biropolitik yang lain.

Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:

1) Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB (Cabang Kuala Selangor)

Beliau selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor melalui satu perbualan telefon telah membuat ugutan terhadap Pn Faridah, pembantu khas Penyelaras DUN Bukit Melawati, iaitu untuk menamatkan khidmat S Manikavasagam sebagai Penyelaras DUN Bukit Melawati.

Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

2) Sdr S MANIKAVASAGAM (Cabang Kuala Selangor)

Beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa TS Abdul Khalid bin Ibrahim telah melakukan politik wang bagi pemilihan Cabang Kuala Selangor. Kenyataan ini telah disiar dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014, dan dalam m/s 6 akhbar Utusan Malaysia pada 12 Mei 2014. Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum."

Sdr S MANIKAVASAGAM akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

3) Sdr BOBINATH A/L VELLO (Cabang Kuala Selangor)

Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2104.

Sdr BOBINATH A/L VELLO akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

4) Sdri MONNIZA @ SARIMAH ABDUL GHANI (Cabang Kampar)

Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian, m/s 7 bertarikh 12 Mei 2014, bertajuk "Proses undi kotor, tak telus".

Sdri MONNIZA @ SARIMAH ABDUL GHANI akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

5) Sdr MD YUSOP KAMARUDDIN (Cabang Pasir Salak)

Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik JPP dan Parti secara terbuka di laman Facebook beliau, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum."

Sdr MD YUSOP KAMARUDDIN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

6) Sdr K GUNASEKARAN A/L KUPPAN (Cabang Hulu Selangor)

Beliau bersama beberapa orang penyokong telah bertindak agresif dengan merempuh pintu masuk dewan pengundian Cabang Hulu Selangor dan menghentikan proses kiraan kertas undi pada 11 Mei 2014. Tindakan ini melanggar Perkara B.6 Tataetika Pemilihan iaitu "mana-mana calon atau penyokongnya adalah dilarang dari mengganggu sebarang proses dan acara Pemilihan Parti."

Sdr K GUNASEKARAN A/L KUPPAN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

7) Sdr NOOR AZMAN SAMSURI (Cabang Tanjung Karang)

Beliau telah terlibat dalam menipu tandatangan pencadang, Basri bin Kasnon, bagi pencalonan beliau sebagai Ketua Cabang Tanjung Karang.

Sdr NOOR AZMAN SAMSURI akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

8) Sdr AHMAD JUFLIZ BIN DATO' FAIZA (Cabang Setiawangsa)

Beliau telah membuat kenyataan media pada 14 Mei 2014 yang mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam rencana di laman The Malaysian Insider bertajuk "50 ahli PKR akan lapor RoS jika keputusan pemilihan tidak dibatalkan" pada 14 Mei 2014.

Sdr AHMAD JUFLIZ BIN DATO' FAIZA akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

YB Dato' Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN

15hb Mei 2014






.
Continue Reading... Labels: , , ,


Kertas Undi Pemilihan PKR Yang Mengelirukan, Mungkinkah Perancangan Pihak Tertentu Bagi Memenangkan Pihak Tertentu?



Penyandang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mencadangkan agar pemilihan parti itu kembali ke format lama iaitu mengundi dengan memangkah di sebelah nama calon.

Menurutnya, sistem undian mengikut nombor dan 'cai' yang diperkenal Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tahun ini di mana pengundi perlu menulis nombor setiap calon yang ingin diundi, agak menyusahkan dan menggunakan banyak masa.


"Saya fikir proses  (mengundi) itu sendiri (masalah yang nampak). Menggunakan nombor kerana ia lebih menyusahkan berbanding guna pangkah.

"Bila nama tiada dalam kertas undi, tiadalah ikatan emosi. Dulu ada muka dan nama di sebelah, jadi JPP kena fikir semula. Dan proses itu (nombor) juga ambil masa lebih lama," kata Nurul ketika ditemui di pejabat PKR Lembah Pantai di Taman Seri Sentosa hari ini.

Menurutnya lagi, walaupun niat sistem itu baik namun beliau meminta JPP atau jawatankuasa yang tangunggjawab memperbaiki sistem pengundian dalam pemilihan parti akan datang.

"Kita lihat warga emas dan OKU agak susah.

"Tahun 2010 satu 'cai' pun saya tak pegang," katanya.

Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai berkata proses pemilihan dwi-tahunan secara terus turut perlu dilihat semula lantaran peratus keluar mengundi yang rendah.

Beliau berkata walaupun Lembah Pantai merupakan antara cabang yang paling tinggi peratusan pengundi keluar, tetapi ia masih rendah.

"Adakah program (pengundian) ini akan diteruskan kerana perbelanjaan kewangan tidak setimpal dengan apa yang diperolehi," katanya. ~MKini






.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Desperado! Sebar Cerita Bohong Oleh Pihak umno Yang Bertanding Dalam Pemilihan PKR!





Pls take note tht the msg below is being circulated in kedah Sebarkan: 

Dengar perkhabaran Dr. Syed Husin Ali bertemu Dato' Saifudin Nasution hari ini. Agenda perbincangan menggesa Saifudin Nasution menarik diri saat akhir dan beri laluan kepada Tan Sri Khalid. 

Gesaan agar Saifudin tarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden terpaksa dibuat setelah rundingan dengan Khalid Ibrahim gagal semalam di rumah DSAI di Bukit Segambut. 

Dikatakan Anwar Ibrahim sendiri yang menyuruh Khalid Ibrahim tarik diri semalam dengan memberi jaminan bahawa PKR akan memastikan Tan Sri Khalid memegang jawatan MB Selangor sehingga habis tempoh. Rundingan semalam turut dihadiri Wan Azizah, Dr. Syed Husin Ali, Nurul Izzah, Tian Chua dan Sivarasa Rasiah. 

Tidak dapat dipastikan apakah hasil rundingan antara Dr. Syed Husin Ali dan Saifudin Nasution.

 Persoalannya kenapa Anwar Ibrahim dan Wan Azizah sanggup mencampuri pejalanan pemilihan PKR 2014 sehingga mencemarkan integriti pemilihan. Tidakkah ini hanya menjadikan parti kita lebih jelik dari SPR?



Cerita bohong yang disebarkan melalui Whats App oleh pihak tertentu yang jelas ingin mengaut keuntungan. Ianya juga boleh memecahkan perpaduan dalam PKR dan juga menimbulkan kebencian pada dan hilang kepercayaan kepada Ketua Umum DS Anwar Ibrahim dan DS Wan Azizah.

Ini berikutan dengan tersebarnya bukti pembohongan dan manipulasi undi yang didedahkan dengan bukti bergambar dan tersebar. Dimana membuatkan beberapa pengundian telah di BATAL atau ditangguhkan, yang mana telah membuatkan jumlah undi yang diterima oleh calon telah berubah dengan mendadak.

Ini mungkin juga telah membuatkan ada pihak yang merasa CEMAS! Juga dipercayai sebaran ini telah disebarkan oleh pihak tersebut selepas ceramah DSAnwar Ibrahim di Royal Selangor Club malam tadi. Mungkin pihak tersebut terasa dan tahu bahawa mereka bersalah menipu sejak permulaan kempen pemilihan ini.

Dalam ucapannya DS Anwar berkata, memilih pemimpin sedemikian hanya merosakkan organisasi parti sekaligus mengkhinati perjuangan menentang kezaliman, rasuah dan penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Jadi kalau kita bersengkokol dengan cara sedemikian maka rakyat dan ahli-ahli mesti menolak.

“Kalau orang bagi, kamu sokong saya kerana habuan, maka kalau saudara terlibat dengan cara sedemikian saudara khianat dengan idealisme perjuangan.

“Caranya adalah dengan memastikan orang yang rakus tidak ikut peraturan, langgar tatasusila dan etika, itu mesti dijatuhkan dalam kepimpinan,” kata Anwar dalam ceramahnya di Majlis Makan Malam Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelab Diraja Selangor di sini, malam tadi.

Tambah beliau lagi, memilih pemimpin yang bersih merupakan tanggungjawab ahli PKR dalam pemilihan kali ini.

“Orang yang nak berhempas pulas memegang jawatan jangan lupa ramai yang terkorban, ramai yang sengsara kerana benci dgn kezaliman, benci dengan rasuah, benci dengan politik wang, benci dengan penipuan SPR, badan kehakiman.

“Kita harus ingat kerana ini adalah amanah,” kata Anwar lagi.

Jelas beliau lagi idealisme perjuangan bukanlah melibatkan isu beliau difitnah dan dipenjarakan pada 1998 tetapi merupakan matlamat perjuangan PKR.

“Dalam apa juga kerja kita, hiruk-pikuk perjuangan kita yang dikesalkan kita lupa idealisme perjuangan.

“Bukan soal Anwar, bukan soal 1998 tetapi idealisme ini untuk apa? Idealisme ini digerakkan dengan cara yang bagaimana?

“Kalau kita cakap idealisme perjuangan tetapi dengan cara bergaduh, tipu sana sini,” kata Anwar lagi.

Anwar turut mengingatkan jabatan yang menguruskan pemilihan agar telus ketika mengendalikan pemilihan kali ini.

Anwar turut menemplak sesetengah pihak yang berkempen bersungguh-sungguh dalam Pemilihan PKR 2014 tetapi tidak mempamerkan kesungguhan sama ketika berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Berikut dibawah sedutan video DS Anwar Ibrahim yang mengecam salahlaku yang dilakukan oleh segelintir ahli dan calon PKR...









 .
Continue Reading... Labels: , , , ,


Aminah Abdullah Dakwa Wan Azizah Lari Dari Tanggungjawab



Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Cabang Permatang Pauh dalam pemilihan parti itu kali ini menunjukkan beliau seolah-olah cuba melarikan diri daripada tanggungjawab.

Bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah berkata, Wan Azizah yang juga isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya melepaskan jawatan itu kerana mempunyai banyak 'hutang’ yang belum dilunaskan terhadap penduduk kawasan tersebut.

Beliau mendakwa, banyak masalah rakyat yang masih berbangkit di kawasan Permatang Pauh yang belum diselesaikan biarpun Wan Azizah mengetuai PKR dan pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan terbabit.

"Suatu ketika dahulu, Wan Azizah mengkhianati pengundi Permatang Pauh apabila dengan mudah melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen semata-mata mahu memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kini sekali lagi orang Permatang Pauh seolah-olah dipermain-mainkan apabila Wan Azizah tidak mahu mempertahankan jawatannya sebagai Ke­tua Cabang setelah berjaya menawan Dewan Undang Negeri (DUN) Kajang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pemilihan Ahad lalu, jawatan Ketua Cabang Permatang Pauh menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Norlela Ariffin dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Amir Md. Ghazali. Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Norlela tewas selepas hanya mendapat 70 undi berbanding Amir yang memperoleh 171 undi.

Pemilihan Cabang PKR Permatang Pauh juga seolah-olah diboikot ahli-ahlinya sendiri selepas hanya 275 ahli keluar mengundi berbanding kira-kira 6,000 ahli berdaftar yang layak berbuat demikian.

Aminah menambah, tindakan Wan Azizah juga menunjukkan beliau bimbang berlaku penolakan terhadapnya dalam kalangan ahli PKR Permatang Pauh.

"PKR ini hanya gah disebabkan Anwar sahaja dan pemimpin lain termasuk Wan Azizah sendiri tidak ada tempat dalam parti termasuk dalam kalangan ahli PKR sendiri," katanya.

Mengenai insiden kekecohan memalukan yang berlaku dalam pemilihan PKR kali ini, Aminah berkata, perkara itu bukan menghairankan kerana pemilihan tersebut berlangsung dalam keadaan parti tiada hala tuju.

"Sepatutnya pada tahap ini PKR sudah matang mampu mengadakan pemilihan dengan sempurna dan lancar tetapi apa yang berlaku jelas menunjukkan parti ini lemah.

"Kalau pemilihan parti pun tidak dapat dilaksanakan dengan baik, bagaimana untuk mentadbir negara?" katanyalagi.






.

Continue Reading... Labels: , , ,


UiTM Sama Seperti Universiti Negara Komunis?



Universiti wajib menjaga kemuliaannya sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan, bukannya menjadi tempat mencetuskan perbalahan dan perpecahan antara masyarakat.
 
Senator DAP Professor Dr Ariffin Omar berkata, Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak sepatutnya menyalahgunakan kebebasan bersuara dengan menganjurkan program yang ‘tidak waras’ dan berbentuk membancuh otak seperti di negara komunis.

Mengulas tentang Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara di UiTM Shah Alam semalam yang dikecam oleh pelbagai pihak, dihentam pelbagai pihak kerana membuat pelbagai dakwaan dan tohmahan kepada agama Kristian di negara ini.

“Kita tidak halang penganjuran seminar itu di atas prinsip kebebasan bersuara. Namun, ia mestilah dibuat secara waras, lebih-lebih lagi UiTM perlu menjaga kewibawaannya selaku pusat menuntut ilmu.

“Kenapa seminar dibuat secara sehala, penyampainya daripada satu kelompok sahaja. Sepatutnya jemput juga panel yang berbeza pandangan, supaya pendengar yang kebanyakannya pelajar boleh nilai sendiri dan buat keputusan.

“Apa beza seminar semalam dengan program di universiti di negara komunis? Cuma nak brainwash sahaja,” kata ahli akademik yang pernah menjadi Pensyarah Tamu di Universiti Utah, Amerika Syarikat itu.

Dalam seminar semalam, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Abdul Karim Omar membuat beberapa dakwaan mengarut, antaranya ada paderi yang menyamar sebagai jurulatih bola sepak dengan tujuan ‘menyesatkan’ umat Islam.

Selain itu, Abdul Karim juga mendakwa jumlah penganut Kristian di Malaysia akan melebihi penganut Islam dalam masa kurang seratus tahun. Buku bertajuk ‘Pendedahan Agenda Kristian’ terbitan Majlis Agama Islam Selangor turut diedarkan kepada hadirin.

Kenyataan Presiden ISMA bukan fakta sejarah, tapi fitnah dahsyat. Dalam pada itu, Ariffin turut menyangkal kenyataan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman, kononnya masyarakat Cina bersekongkol dengan penjajah British untuk membuli Melayu ketika zaman sebelum merdeka.

Selepas dihentam hebat berhubung kenyataan itu, Abdullah berkata beliau tidak akan memohon maaf dengan alasan hanya menyatakan ‘fakta sejarah’.

“Kenyataan itu bukanlah fakta sejarah, tetapi fitnah dahsyat,” kata Ariffin yang pernah terlibat dalam penulisan ‘Eksiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Katanya, penghijrahan terawal orang Cina ke negara ini sebenarnya dimulakan oleh Sultan dan pembesar Melayu sendiri bagi memajukan ekonomi.

“Di Johor, Sultan Abu Bakar sendiri yang membawa masuk pekerja dari Cina untuk memajukan ekonomi. Di Larut, Perak, pemilik lombong bijih timah Long Jaafar membawa masuk orang Cina untuk bekerja di lombongnya.

“Kemudian barulah British melakukan hal yang sama. Tiada isu perkauman pada ketika itu kerana tujuannya adalah untuk memajukan ekonomi,” katanya lagi.




.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Enam Tahun Khalid Menjadi Budak Belasahan Sebagai BODOH POLITIK!



Sepanjang enam tahun Khalid menjadi budak belasahan sebagai bodoh politik, tidak peduli politik dll; Dia tidak peduli semua itu sebaliknya terus fokas kepada pembinaan sebuah negeri yang sentiasa hendak dirampas oleh BN. 

Khalid berjaya mengintepretasi "Selangor as The Launch Pad to Putrajaya"

Dengan kekangan peruntukan oleh pusat biarpun Selangor adalah penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia, Khalid mampu dan membuktikan bahawa kekangan itu hanyalah perkara yang boleh diatasi.

Agak ironis sekali Khalid turut di asak oleh sekutu dalam PR bila dia keras dengan memisahkan politik dari kerajaan.

Kejayaan di Selangor layak menjadi SAMPLING ATAU PERCONTOHAN yang melayakkan PR menduduki Putrajaya.

Sekali lagi saya tekan kan, ini zaman Rakyat Menguasai Kerajaan, bukan politik atau parti menguasai kerajaan. 

Psikologi di sebalik TSKI bertanding TP... Ini satu pertandingan yang dia sendiri buat keputusan. 

Bermakna, sebagai orang yang bijak dalam kira kita, Khalid sudah bikin kira kira. Dia sudah lihat dimana keperluan, di mana kelemahan yang perlu di perbaiki. Enam tahun dia tumpu pada negeri dan berjaya.

Enam tahun juga PKR Selangor terbiar tanpa kemajuan. 

Bila Khalid melangkah kekancah politik kepartian, bermakna dia sudah sedia. Manusia seperti Khalid bila sudah bersedia, sudah buat kira kira kita akan lihat impak yang sangat besar.

Reformasi itu yang sudah ujud sekian lama dan hampir hilang rohnya perlu dilaungkan dengan nada yang lebih bermakna, lebih menyeluruh, dari jalan, menular ke pentadbiran serta urus tadbir politik yang mapan. 


Menuju Reformasi Tulin adalah jalan yang lebih jelas untuk ke Putra Jaya. Kombinasi NGAM DSWA dan Tim presiden Tan Sri Khalid Ibrahim no 3 dengan pelapis teruji naib presiden seperti Nurul Izzah, Tian Chua, serta Mustaffa Kamil Ayub no 11.

Dalam kapal perang kita tak mampu untuk melihat Kapten dan Vice captain yang berlainan misi. Gabungkan kedua2 cantik....

Dari  FB Mat Oo




.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Bukti Penipuan Undi Pemilihan PKR Di Tawau, Sabah, Remaja 16 Tahun Kantoi Mengundi Hantu Raya!



Laporan dari Wakil Calon dan juga Pemantau yang membuktikan Pemilihan PKR 2014 ini teruk dicemari dengan manipulasi serta penipuan undi. Laporan demi laporan telah diadukan namun amat mengecewakan kerana terdapat Petugas yang telah didapati terlibat dalam penipuan ini masih lagi bertugas dan masih bebas.

Amat malang kerana sebelum ini kita lantang mempertikaikan SPR sebagai badan yang diamanahkan menjalankan Pilihanraya, kita bantah kerana tidak berlaku ADIL semasa PRU/PRK. Kita berdemo secara besar-besaran meminta agar Pilihanraya dapat diadakan dengan lebih ADIL, telus dan tidak memihak pada sebelah pihak! Namun ibarat menepuk air didulang, mengata orang rupanya kita yang lebih...

Berikut dibawah laporan dari Pusat Pengundian PKR di Tawau, Sabah.





Laporan Pemerhati Pemilihan Cabang Tawau
Tarikh : 4 Mei 2014(Ahad)
Lokasi : Pejabat PKR Tawau,
TB 1784 Taman Gek Poh Batu 1,
Jalan Kuhara,
91000, Tawau, Sabah

Sepanjang pemerhatian bermula seawal jam 8pagi sehingga tamat keseluruhan proses pemilihan, Ketua Pengawas dari JPP Pusat Sdr. Saedi, bertindak secara profesional, kemas dan teratur. Beliau dibantu oleh lebih kurang 14orang petugas terdiri dari kedua-dua pasukan bertanding dan seorang pengawas wakil dari MPN Sabah turut berada di lokasi untuk membantu.

Sepanjang proses pemilihan berjalan, ratusan pengundi hadir untuk membuang undi. Apabila keadaan dewan pengundian semakin sesak, disinilah bermula peranan petugas-petugas calon Ketua Cabang Dato’ Kong untuk memancing pengundi. Pelbagai gelagat dapat diperhatikan. Kebanyakan pengundi yang hadir kelihatan menyerahkan kertas undi kepada petugas-petugas Dato’ Kong untuk menanda kertas undi bagi pihak mereka.

Petugas-petugas Dato’ Kong(berbaju biru), menanda kertas undi.
Kesemua petugas-petugas Dato’ Kong sedang sibuk menanda kertas undi.
Lebih kurang jam 10.45pagi, wakil calon kepada Hj. Ali Zaman tiba di lokasi dan melihat sendiri petugas-petugas Dato’ Kong menanda kertas undi.

Wakil calon Hj. AliZaman yang berang melihat situasi.
Calon Hj. Ali Zaman turut hadir beberapa minit selepas itu dan keadaan menjadi kelam kabut apabila calon sendiri merampas kertas undi yang sedang ditanda oleh adik Dato’ Kong.




Kertas undi yang dirampas oleh calon Hj. AliZaman ketika petugas yang juga adik Dato’ Kong sedang menanda kertas undi.
Kertas yang dirampas kemudian diserahkan kepada Ketua Pengawas Sdr. Saedi untuk tindakan lanjut.
 



Pengundian diteruskan semula dengan keizinan Pengarah JPP Pusat, Dato’ Johari Abdul. Sekitar jam 1.20tengahari, seorang lelaki dipercayai pengundi Dato’ Kong datang untuk membuang undi. 

Beliau ditahan oleh calon Hj. Ali Zaman kerana beliau tidak memiliki kad pengenalan dan calon Hj. Ali Zaman mengesahkan yang pengundi tersebut bukan orang tawau dan tiada kad pengenalan. Persoalannya bagaimana kertas undi boleh berada di tanganb beliau jika beliau tiada kad pengenalan?

Pengundi tanpa kad pengenalan ditahan ketika menyerahkan kertas undi kepada petugas Dato’ Kong untuk ditanda.
Petugas Dato’ Kong berkeras cuba untuk memasukkan kertas undi kedalam peti undi namun dihalang oleh calon Hj. AliZaman
Hj. AliZaman mengenali pengundi tersebut yang dikatakan tiada kad pengenalan dan bukan dari Tawau.
Pengundi berkenaan meninggalkan dewan sejurus Ketua Pengawas tidak membenarkan pengundi berkenaan membuang undi.
Lebih kurang jam 2.30petang, satu lagi kes pengundi ragu berjaya dikesan. Kali ini melibatkan seorang remaja berusia 16 tahun yang ditangkap bersama kertas undi. Nama remaja terbabit disahkan tiada dalam senarai ahli sejurus ditangkap.

Petugas Dato. Kong membawa remaja terbabit untuk mengundi. Petugas Dato’ Kong pula mengambil kesempatan dalam keadaan kelam-kabut untuk menanda kertas undi.
Wakil Calon Hj. AliZaman berjaya menahan remaja terbabit dan didapati beliau berusia 16 tahun dan nama remaja terbabit tiada dalam daftar pemilih.
Cubaan untuk memasukkan kertas undi sebelum ditahan.

Kesimpulannya, ratusan pengundi-pengundi yang datang mengundi begitu meragukan. Mujurlah seorang dua pengundi berjaya ditahan. Yang terlepas tiada siapa yang tahu.

Sekian.






.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors