Penyandang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar
mencadangkan agar pemilihan parti itu kembali ke format lama iaitu
mengundi dengan memangkah di sebelah nama calon.
Menurutnya, sistem undian mengikut nombor dan 'cai' yang diperkenal Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tahun ini di mana pengundi perlu menulis nombor setiap calon yang ingin diundi, agak menyusahkan dan menggunakan banyak masa.
"Saya fikir proses (mengundi) itu sendiri (masalah yang nampak). Menggunakan nombor kerana ia lebih menyusahkan berbanding guna pangkah.
"Bila nama tiada dalam kertas undi, tiadalah ikatan emosi. Dulu ada muka dan nama di sebelah, jadi JPP kena fikir semula. Dan proses itu (nombor) juga ambil masa lebih lama," kata Nurul ketika ditemui di pejabat PKR Lembah Pantai di Taman Seri Sentosa hari ini.
Menurutnya lagi, walaupun niat sistem itu baik namun beliau meminta JPP atau jawatankuasa yang tangunggjawab memperbaiki sistem pengundian dalam pemilihan parti akan datang.
"Kita lihat warga emas dan OKU agak susah.
"Tahun 2010 satu 'cai' pun saya tak pegang," katanya.
Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai berkata proses pemilihan dwi-tahunan secara terus turut perlu dilihat semula lantaran peratus keluar mengundi yang rendah.
Beliau berkata walaupun Lembah Pantai merupakan antara cabang yang paling tinggi peratusan pengundi keluar, tetapi ia masih rendah.
"Adakah program (pengundian) ini akan diteruskan kerana perbelanjaan kewangan tidak setimpal dengan apa yang diperolehi," katanya. ~MKini

.