Pls take note tht the msg
below is being circulated in kedah
Sebarkan:
Dengar perkhabaran Dr. Syed Husin Ali bertemu Dato' Saifudin Nasution
hari ini. Agenda perbincangan menggesa Saifudin Nasution menarik diri
saat akhir dan beri laluan kepada Tan Sri Khalid.
Gesaan agar Saifudin tarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden
terpaksa dibuat setelah rundingan dengan Khalid Ibrahim gagal semalam di
rumah DSAI di Bukit Segambut.
Dikatakan Anwar Ibrahim sendiri yang menyuruh Khalid Ibrahim tarik diri
semalam dengan memberi jaminan bahawa PKR akan memastikan Tan Sri Khalid
memegang jawatan MB Selangor sehingga habis tempoh. Rundingan semalam
turut dihadiri Wan Azizah, Dr. Syed Husin Ali, Nurul Izzah, Tian Chua
dan Sivarasa Rasiah.
Tidak dapat dipastikan apakah hasil rundingan antara Dr. Syed Husin Ali
dan Saifudin Nasution.
Persoalannya kenapa Anwar Ibrahim dan Wan Azizah sanggup mencampuri
pejalanan pemilihan PKR 2014 sehingga mencemarkan integriti pemilihan.
Tidakkah ini hanya menjadikan parti kita lebih jelik dari SPR?
Cerita bohong yang disebarkan melalui Whats App oleh pihak tertentu yang jelas ingin mengaut keuntungan. Ianya juga boleh memecahkan perpaduan dalam PKR dan juga menimbulkan kebencian pada dan hilang kepercayaan kepada Ketua Umum DS Anwar Ibrahim dan DS Wan Azizah.
Ini berikutan dengan tersebarnya bukti pembohongan dan manipulasi undi yang didedahkan dengan bukti bergambar dan tersebar. Dimana membuatkan beberapa pengundian telah di BATAL atau ditangguhkan, yang mana telah membuatkan jumlah undi yang diterima oleh calon telah berubah dengan mendadak.
Ini mungkin juga telah membuatkan ada pihak yang merasa CEMAS! Juga dipercayai sebaran ini telah disebarkan oleh pihak tersebut selepas ceramah DSAnwar Ibrahim di Royal Selangor Club malam tadi. Mungkin pihak tersebut terasa dan tahu bahawa mereka bersalah menipu sejak permulaan kempen pemilihan ini.
Dalam ucapannya DS Anwar berkata, memilih pemimpin sedemikian hanya merosakkan organisasi parti sekaligus mengkhinati perjuangan menentang kezaliman, rasuah dan penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Jadi kalau kita bersengkokol dengan cara sedemikian maka rakyat dan ahli-ahli mesti menolak.
“Kalau orang bagi, kamu sokong saya kerana habuan, maka kalau saudara terlibat dengan cara sedemikian saudara khianat dengan idealisme perjuangan.
“Caranya adalah dengan memastikan orang yang rakus tidak ikut peraturan, langgar tatasusila dan etika, itu mesti dijatuhkan dalam kepimpinan,” kata Anwar dalam ceramahnya di Majlis Makan Malam Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelab Diraja Selangor di sini, malam tadi.
Tambah beliau lagi, memilih pemimpin yang bersih merupakan tanggungjawab ahli PKR dalam pemilihan kali ini.
“Orang yang nak berhempas pulas memegang jawatan jangan lupa ramai yang terkorban, ramai yang sengsara kerana benci dgn kezaliman, benci dengan rasuah, benci dengan politik wang, benci dengan penipuan SPR, badan kehakiman.
“Kita harus ingat kerana ini adalah amanah,” kata Anwar lagi.
Jelas beliau lagi idealisme perjuangan bukanlah melibatkan isu beliau difitnah dan dipenjarakan pada 1998 tetapi merupakan matlamat perjuangan PKR.
“Dalam apa juga kerja kita, hiruk-pikuk perjuangan kita yang dikesalkan kita lupa idealisme perjuangan.
“Bukan soal Anwar, bukan soal 1998 tetapi idealisme ini untuk apa? Idealisme ini digerakkan dengan cara yang bagaimana?
“Kalau kita cakap idealisme perjuangan tetapi dengan cara bergaduh, tipu sana sini,” kata Anwar lagi.
Anwar turut mengingatkan jabatan yang menguruskan pemilihan agar telus ketika mengendalikan pemilihan kali ini.
Anwar turut menemplak sesetengah pihak yang berkempen bersungguh-sungguh dalam Pemilihan PKR 2014 tetapi tidak mempamerkan kesungguhan sama ketika berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Berikut dibawah sedutan video DS Anwar Ibrahim yang mengecam salahlaku yang dilakukan oleh segelintir ahli dan calon PKR...
.