Antara sebab gadis dan wanita Melayu menjadi pelayan pelanggan, GRO di pusat hiburan.
1. Keruntuhan rumahtangga
Ramai GRO
berstatus janda dan mempunyai anak dijaga sendiri atau tinggal bersama
orang tua. Jika di sepanjang perkahwinan mereka menjadi suri rumah
sepenuh masa, sebaik bercerai, mereka bak kehilangan arah tujuan tanpa
sumber pendapatan. Ketika dibebani tanggungjawab rutin, pelawaan kenalan
untuk bersama bertugas sebagai GRO lazimnya pasti memancing perhatian
mereka. Andai janda kecewa itu masih muda, gebu dan rupawan, kehadiran
mereka di pusat hiburan, bak magnet menarik perhatian ramai pelanggan
lelaki. Lelaki dahagakan belaian berbayar. Wang diperolehi oleh GRO,
digunakan untuk menyara kehidupan keluarga tanpa kehadiran suami.
2. Kehidupan Usia Muda Dipunahkan oleh Teman Lelaki
Sangat malang
sekiranya gadis sunti menyerahkan tubuh mereka kepada teman lelaki atas
nama cinta. Sebaik hubungan berakhir, majoriti mereka berasa diri
lunyai, sekaligus kurang atau tidak lagi bernilai. Dihantui oleh
perasaan sebegitu, mereka terbuka kepada sindrom alang alang menyeluk
pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Ringkasnya,
tiada imbuhan lumayan diperolehi di sepanjang waktu melayan nafsu bekas
teman lelaki berbanding bayaran diterima hasil memenuhi kehendak ditagih
oleh pelanggan di pusat hiburan. Difahamkan, pendapatan bulanan
terendah diperolehi oleh GRO, RM3,000 dan jika mereka melakukan kerja
'ekstra', gaji diraih mampu mencecah belasan ribu ringgit.
3. Memburu Kemewahan
Majoriti
daripada GRO tidak berpelajaran tinggi dan cetek ilmu agama. Namun tidak
dapat dinafikan, segelintir daripada mereka, penuntut institusi
pengajian tinggi. Wang diperolehi hasil digomoli lelaki digunakan untuk
membeli barangan keperluan harian tidak mampu ditampung dek wang
pinjaman. Kelompok ini tidak ramai tetapi status 'pelajar' itu sentiasa
lebih memikat perhatian lelaki hidung belang. Majoriti GRO, ingin
memburu kemewahan hidup, oleh itu mereka sanggup berbuat apa sahaja
sehingga menjadi pelacur sambilan.
Berbekalkan imbuhan ribuan ringgit sebulan, mereka berpeluang tampil dengan pakaian bergaya dan memiliki gajet terkini.
Itulah realitinya Melayu yang diperintah umno/bn. Hukum Islam ditolak, hidup Jahiliyah dibiarkan berleluasa. Malah pemimpin umno sendiri yang ramai mengunjungi kelab malam yang mempunyai GRO melayu, seperti gambar diatas!
.