RSS

Tindakan Tatatertib Dan Pengantungan Ahli PKR Oleh Biro Politik PKR Pada 15 May 2014




KENYATAAN MEDIA

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 14hb Mei 2014, yang dipengerusikan YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN dan dihadiri YB DS Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN, YAB TS Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor serta anggota-anggota Biropolitik yang lain.

Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:

1) Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB (Cabang Kuala Selangor)

Beliau selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor melalui satu perbualan telefon telah membuat ugutan terhadap Pn Faridah, pembantu khas Penyelaras DUN Bukit Melawati, iaitu untuk menamatkan khidmat S Manikavasagam sebagai Penyelaras DUN Bukit Melawati.

Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

2) Sdr S MANIKAVASAGAM (Cabang Kuala Selangor)

Beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa TS Abdul Khalid bin Ibrahim telah melakukan politik wang bagi pemilihan Cabang Kuala Selangor. Kenyataan ini telah disiar dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014, dan dalam m/s 6 akhbar Utusan Malaysia pada 12 Mei 2014. Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum."

Sdr S MANIKAVASAGAM akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

3) Sdr BOBINATH A/L VELLO (Cabang Kuala Selangor)

Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2104.

Sdr BOBINATH A/L VELLO akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

4) Sdri MONNIZA @ SARIMAH ABDUL GHANI (Cabang Kampar)

Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian, m/s 7 bertarikh 12 Mei 2014, bertajuk "Proses undi kotor, tak telus".

Sdri MONNIZA @ SARIMAH ABDUL GHANI akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

5) Sdr MD YUSOP KAMARUDDIN (Cabang Pasir Salak)

Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik JPP dan Parti secara terbuka di laman Facebook beliau, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum."

Sdr MD YUSOP KAMARUDDIN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

6) Sdr K GUNASEKARAN A/L KUPPAN (Cabang Hulu Selangor)

Beliau bersama beberapa orang penyokong telah bertindak agresif dengan merempuh pintu masuk dewan pengundian Cabang Hulu Selangor dan menghentikan proses kiraan kertas undi pada 11 Mei 2014. Tindakan ini melanggar Perkara B.6 Tataetika Pemilihan iaitu "mana-mana calon atau penyokongnya adalah dilarang dari mengganggu sebarang proses dan acara Pemilihan Parti."

Sdr K GUNASEKARAN A/L KUPPAN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

7) Sdr NOOR AZMAN SAMSURI (Cabang Tanjung Karang)

Beliau telah terlibat dalam menipu tandatangan pencadang, Basri bin Kasnon, bagi pencalonan beliau sebagai Ketua Cabang Tanjung Karang.

Sdr NOOR AZMAN SAMSURI akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

8) Sdr AHMAD JUFLIZ BIN DATO' FAIZA (Cabang Setiawangsa)

Beliau telah membuat kenyataan media pada 14 Mei 2014 yang mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam rencana di laman The Malaysian Insider bertajuk "50 ahli PKR akan lapor RoS jika keputusan pemilihan tidak dibatalkan" pada 14 Mei 2014.

Sdr AHMAD JUFLIZ BIN DATO' FAIZA akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

YB Dato' Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN

15hb Mei 2014






.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors