RSS

KHALID Keluar Shah Alam, ANWAR Masuk Penjara Sungai. Buluh!!!



Banner Provokasi bertajuk "Tan Sri Khalid Ibrahim Keluar Shah Alam, Anwar Ibrahim Masuk Sungai Buloh" terpampang di beberapa jalan utama sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Kelang, Gombak dan Petaling Jaya. 



Sabotag dari pihak tertentu yang ingin menangguk di air keroh. Krisis PKR Selangor yang nampaknya tiada kesudahannya.

Langkah Kajang yang sumbang punca kemelut dalaman PKR yang amat sukar untuk dipulihkan kembali.

Kemungkinan besar Negeri Selangor akan kembali kepangkuan BN di PRU 14 nanti...





.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Desperado! Sebar Cerita Bohong Oleh Pihak umno Yang Bertanding Dalam Pemilihan PKR!





Pls take note tht the msg below is being circulated in kedah Sebarkan: 

Dengar perkhabaran Dr. Syed Husin Ali bertemu Dato' Saifudin Nasution hari ini. Agenda perbincangan menggesa Saifudin Nasution menarik diri saat akhir dan beri laluan kepada Tan Sri Khalid. 

Gesaan agar Saifudin tarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden terpaksa dibuat setelah rundingan dengan Khalid Ibrahim gagal semalam di rumah DSAI di Bukit Segambut. 

Dikatakan Anwar Ibrahim sendiri yang menyuruh Khalid Ibrahim tarik diri semalam dengan memberi jaminan bahawa PKR akan memastikan Tan Sri Khalid memegang jawatan MB Selangor sehingga habis tempoh. Rundingan semalam turut dihadiri Wan Azizah, Dr. Syed Husin Ali, Nurul Izzah, Tian Chua dan Sivarasa Rasiah. 

Tidak dapat dipastikan apakah hasil rundingan antara Dr. Syed Husin Ali dan Saifudin Nasution.

 Persoalannya kenapa Anwar Ibrahim dan Wan Azizah sanggup mencampuri pejalanan pemilihan PKR 2014 sehingga mencemarkan integriti pemilihan. Tidakkah ini hanya menjadikan parti kita lebih jelik dari SPR?



Cerita bohong yang disebarkan melalui Whats App oleh pihak tertentu yang jelas ingin mengaut keuntungan. Ianya juga boleh memecahkan perpaduan dalam PKR dan juga menimbulkan kebencian pada dan hilang kepercayaan kepada Ketua Umum DS Anwar Ibrahim dan DS Wan Azizah.

Ini berikutan dengan tersebarnya bukti pembohongan dan manipulasi undi yang didedahkan dengan bukti bergambar dan tersebar. Dimana membuatkan beberapa pengundian telah di BATAL atau ditangguhkan, yang mana telah membuatkan jumlah undi yang diterima oleh calon telah berubah dengan mendadak.

Ini mungkin juga telah membuatkan ada pihak yang merasa CEMAS! Juga dipercayai sebaran ini telah disebarkan oleh pihak tersebut selepas ceramah DSAnwar Ibrahim di Royal Selangor Club malam tadi. Mungkin pihak tersebut terasa dan tahu bahawa mereka bersalah menipu sejak permulaan kempen pemilihan ini.

Dalam ucapannya DS Anwar berkata, memilih pemimpin sedemikian hanya merosakkan organisasi parti sekaligus mengkhinati perjuangan menentang kezaliman, rasuah dan penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Jadi kalau kita bersengkokol dengan cara sedemikian maka rakyat dan ahli-ahli mesti menolak.

“Kalau orang bagi, kamu sokong saya kerana habuan, maka kalau saudara terlibat dengan cara sedemikian saudara khianat dengan idealisme perjuangan.

“Caranya adalah dengan memastikan orang yang rakus tidak ikut peraturan, langgar tatasusila dan etika, itu mesti dijatuhkan dalam kepimpinan,” kata Anwar dalam ceramahnya di Majlis Makan Malam Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelab Diraja Selangor di sini, malam tadi.

Tambah beliau lagi, memilih pemimpin yang bersih merupakan tanggungjawab ahli PKR dalam pemilihan kali ini.

“Orang yang nak berhempas pulas memegang jawatan jangan lupa ramai yang terkorban, ramai yang sengsara kerana benci dgn kezaliman, benci dengan rasuah, benci dengan politik wang, benci dengan penipuan SPR, badan kehakiman.

“Kita harus ingat kerana ini adalah amanah,” kata Anwar lagi.

Jelas beliau lagi idealisme perjuangan bukanlah melibatkan isu beliau difitnah dan dipenjarakan pada 1998 tetapi merupakan matlamat perjuangan PKR.

“Dalam apa juga kerja kita, hiruk-pikuk perjuangan kita yang dikesalkan kita lupa idealisme perjuangan.

“Bukan soal Anwar, bukan soal 1998 tetapi idealisme ini untuk apa? Idealisme ini digerakkan dengan cara yang bagaimana?

“Kalau kita cakap idealisme perjuangan tetapi dengan cara bergaduh, tipu sana sini,” kata Anwar lagi.

Anwar turut mengingatkan jabatan yang menguruskan pemilihan agar telus ketika mengendalikan pemilihan kali ini.

Anwar turut menemplak sesetengah pihak yang berkempen bersungguh-sungguh dalam Pemilihan PKR 2014 tetapi tidak mempamerkan kesungguhan sama ketika berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Berikut dibawah sedutan video DS Anwar Ibrahim yang mengecam salahlaku yang dilakukan oleh segelintir ahli dan calon PKR...









 .
Continue Reading... Labels: , , , ,


Zahrain Jadi Duta Ke Indonesia, Pejuang Setia UMNO Dapat Apa?


Billboard mengalukan kedatangan DSAI di Jakarta tak lama dulu..

Oleh Shahbudin Husin

Bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Hashim dilaporkan akan dilantik sebagai duta ke Indonesia. Perkara ini juga sudah pun disahkan oleh Menteri Luar, Anifah Aman petang tadi. Zahrain adalah salah seorang pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu selepas pilihanraya 2008 dan sejak itu beliau antara yang aktif menyerang Anwar Ibrahim dan membela Najib.
 
Walaupun Zahrain menafikan perlantikannya sebagai ganjaran kerana meninggalkan Anwar dan menyokong kepimpinan Najib, tetapi rata-rata kalangan dalam UMNO percaya tiada ada sebab atau merit lain yang boleh dijadikan sandaran kepada perlantikannya itu melainkan sebagai upah atas pengorbanannya itu.


Selain itu, perlantikannya sebagai duta ke Indonesia juga dikhabarkan untuk mengekang pengaruh Anwar di negara tersebut memandangkan Ketua Pembangkang itu dipercayai mempunyai pengaruh serta simpati yang besar di kalangan tokoh-tokoh politik di negara tersebut. Anwar dan beberapa pemimpin PKR juga kerap berkunjung dan mengadakan pertemuan dengan pelbagai tokoh politik di Indonesia sejak beliau dipecat pada 1998 dahulu.


Malahan ketika era reformasi, beberapa penyokong setia Anwar seperti Ezam, Saifuddin Nasution dan Rahim Ghouse berada bertahun-tahun di negara itu untuk mendapatkan perlindungan dan mengelakkan daripada ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.


Dengan ganjaran yang diterima Zahrain itu, beliau merupakan seorang lagi pemimpin PKR selepas Ezam Mohd Nor yang dijadikan Senator selepas turut meninggalkan PKR dan bersedia menyerang serta memaki-hamun Anwar Ibrahim. Walaupun tidak disenaraikan sebagai calon pilihanraya, Zahrain kini menerima khabar gembira sebagai duta ke Indonesia sebagai imbalan pengorbanannya selama ini.


Beberapa pemimpin PKR yang lain juga turut diberikan anugerah yang berbeza-beza atas kesediaan meninggalkan PKR dan memaki-hamun Anwar seperti Zulkifli Nordin dijadikan calon BN di Shah Alam, manakala ada pula diberikan jawatan di agensi kerajaan, sebagai pegawai khas pemimpin tertentu, diberi peluang perniagaan dan sebagainya.


Di kebanyakan peringkat dalam UMNO, perlantikan Zahrain ini bukan saja dipertikaikan dari segi kemampuannya tetapi juga kewajarannya. Jika ingin mengekang pengaruh Anwar di Indonesia melalui peranan yang akan dimainkannya sebagai duta, sebenarnya Zahrain bukanlah orangnya yang tepat.


Di Malaysia, beliau tidak dikenali sebagai pembicara, pengucap atau seseorang yang ada kelebihan dari segi meyakinkan orang lain. Sebelum keluar PKR, suaranya di dalam UMNO dan Parlimen dalam membahaskan isu-isu semasa tidak pernah kedengaran. Beliau hanya umpama Hang Kasturi, Hang Lekir atau Hang Lekiu saja, tidak banyak disebut keberadaannya dalam perjuangan.


Hanya setelah bertukar kiblat politik dan bersalin baju baru, barulah suaranya sesekali kedengaran. Itu pun topiknya hanyalah mengenai PKR dan Anwar, bukan isu-isu yang melibatkan rakyat atau ada nilai perjuangan.


Barangkali jika ingin menjalin hubungan politik yang lebih manis dan jernih antara Malaysia dan Indonesia, sambil dalam masa yang sama pengaruh Anwar mahu disekat, baik saja dilantik beberapa bekas menteri atau timbalan menteri yang kalah bertanding atau tidak dilantik semula selepas pilihanraya lalu.


Kalau pun tidak mahu melantik Rais Yatim, Ghani Othman, Ali Rustam atau Zulhasnan Rafique, tetapi apa kurangnya dengan dua bekas timbalan menteri Dr Puad Zarkashi dan Saifuddan Abdullah yang lebih ternampak ketokohannya. Wibawa dan keyakinan umum terhadap mereka ini juga jauh lebih tinggi berbanding Zahrain Hashim.


Bahkan ada yang bergurau, tetapi ada juga logiknya iaitu Ibrahim Ali jauh lebih bagus daripada Zahrain. Kalau mahu dikira menyerang dan memaki hamun Anwar, Ibrahim juga nyata lebih dulu berbuat demikian. Dari segi keberanian dan kepintaran berhujah juga, Presiden Perkasa itu jauh lebih menonjol.


Ramai pemimpin dan kalangan penyokong UMNO yang kecewa dengan anugerah kepada Zahrain ini. Budi dan jasa Zahrain kepada Najib hanyalah setahun dua ini sahaja tetapi sebelum ini beliau adalah penentang dan ada rekod derhaka kepada parti. Tetapi nampaknya Najib lebih menghargai hujan yang baru turun sehari dua dan melupakan sama-sekali budi cuaca panas yang berpanjangan sejak bertahun yang lalu.


Ramai pejuang-pejuang setia dalam UMNO yang tidak diberi apa-apa penghargaan meskipun berjuang siang malam dan tidak pernah menderhaka kepada parti. Kadang-kadang untuk memperolehi peluang perniagaan bagi memastikan parti terus hidup dan bernyawa, ada di antaranya yang umpama pengemis memanjat dari satu pejabat ke satu pejabat menteri sambil membawa fail dan sampul surat besar untuk menemui menteri dan pegawai tinggi kerajaan.


Dalam hal ini, ternampak bahawa cara dan gaya Najib mengurus kerajaan dan memberi anugerah kepada sesiapa yang dikehendakinya umpama beliau menguruskan sebuah syarikat sendirian berhad saja. Faktor kewajaran, kemampuan, kesetiaan dan sebagainya tidak lagi menjadi perkiraan utama.


Sehingga ada pemimpin UMNO yang berkata, kalau ingin jawatan dan habuan di zaman Najib ini, maki hamun UMNO dan keluarkan parti serta berbaik-baiklah dengan pembangkang terlebih dahulu, kemudian kembali dan jilatlah semula apa yang diludahkan dulu. Dalam masa yang sama, sanjung dan pujilah setinggi langit Perdana Menteri dan UMNO yang pernah dimaki hamun dahulu.


Tak lama selepas itu, dapatlah sesuatu. Atau kalau minta sesuatu, pasti akan diberi.


Itulah nampaknya gaya baru dalam politik UMNO sekarang. Jika tidak, janganlah mengharap apa-apa dan redalah berjuang semata-mata untuk agama, bangsa dan negara.






.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Kerajaan Perpaduan - Siapa Bohong?



Oleh






Continue Reading... Labels: , , , , ,


Surat Jusuf Kalla Kepada Ketua Pengarang Berita Harian Sahkan Bahawa Akhbar Perdana Fitnah DSAI




Sebelum ini...


KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Bekas Naib Presiden Indonesia, Yusoff Kalla membantah tindakan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memberitahu, beliau dihubungi Yusoff pagi ini melalui telefon bahawa rakannya di Indonesia itu tidak menyangka kenyataannya diputar belit sedemikian.

“Tulisan itu tak benar. Saya akan bantah,” kata Anwar, membacakan pesanan teks yang dihantar Yusoff Kalla kepadanya.

“Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu,” kata Anwar memaklumkan rasa tidak puas hati Yusoff pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menurut Anwar, artikel itu adalah terbitan sebuah laman blog tajaan Umno.

Tambahnya, Yusoff telah menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua-ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian dan New Straits Times.

“Teman di Jakarta tidak senang. Dia kata ini bukan Pak Yusuff. Bukan caranya dia buat begitu. (Namun) setakat hari ini dan kelmarin belum ada pembetulan,” kata Anwar

Justeru Anwar memberitahu, peguamnya dan Yusoff Kalla akan menyelaras tindakan undang-undang terhadap media yang memfitnah kedua mereka.

“Mana-mana ahli Parlimen yang ulang akan kita rujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan,” katanya.

Berita Harian pada 29 Jun lalu melaporkan berita kononnya Anwar mendapat dana besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Blackout 505.

Laporan tersebut memetik satu wawancara khas Yusoff Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia. ~keadilandaily
 
 
 
.
Continue Reading... Labels: , , , ,


PANAS!!! Yusoff Kalla Bakal Saman Media Putar Belit Kenyataannya Mengenai DS Anwar



KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Bekas Naib Presiden Indonesia, Yusoff Kalla membantah tindakan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memberitahu, beliau dihubungi Yusoff pagi ini melalui telefon bahawa rakannya di Indonesia itu tidak menyangka kenyataannya diputar belit sedemikian.

“Tulisan itu tak benar. Saya akan bantah,” kata Anwar, membacakan pesanan teks yang dihantar Yusoff Kalla kepadanya.

“Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu,” kata Anwar memaklumkan rasa tidak puas hati Yusoff pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menurut Anwar, artikel itu adalah terbitan sebuah laman blog tajaan Umno.

Tambahnya, Yusoff telah menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua-ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian dan New Straits Times.

“Teman di Jakarta tidak senang. Dia kata ini bukan Pak Yusuff. Bukan caranya dia buat begitu. (Namun) setakat hari ini dan kelmarin belum ada pembetulan,” kata Anwar

Justeru Anwar memberitahu, peguamnya dan Yusoff Kalla akan menyelaras tindakan undang-undang terhadap media yang memfitnah kedua mereka.

“Mana-mana ahli Parlimen yang ulang akan kita rujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan,” katanya.

Berita Harian pada 29 Jun lalu melaporkan berita kononnya Anwar mendapat dana besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Blackout 505.

Laporan tersebut memetik satu wawancara khas Yusoff Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia. ~ KD



.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Apa Salahnya Anwar Angkat Sumpah Dan Minum Semeja Dengan Najib?



 Oleh Shahbudin Husin

Tindakan Anwar dan 88 Ahli Parlimen PR yang lain hadir mengangkat sumpah di Parlimen semalam menjadi isu besar terbaru untuk menyerang beliau dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Ini kerana majlis angkat sumpah itu berlangsung di ketika yang sama berlakunya juga protes berterusan terhadap keputusan pilihanraya sehingga ada yang sanggup tidur dalam khemah dan baring di jalanraya menuju ke Bangunan Parlimen.

Anwar sebelum itu mengadakan roadshow Blackout 505 di seluruh negara mempertikaikan SPR dan pada 22 Jun lalu adalah kemuncak perhimpunan aman yang diadakan di Padang Merbok. Ia kemudian diikuti dengan sekumpulan anak muda berkhemah di Padang Merbok serta melakukan protes bantahan di laluan menuju ke Parlimen.


Anwar lantas dituduh mengamalkan sikap talam dua muka dan politik dua wajah. Di ketika beliau menyeru pengikutnya agar terus membantah keputusan pilihanraya dan mempertikai kewibawaan SPR, di ketika yang sama juga beliau mengiktiraf keputusan pilihanraya dengan hadir mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Dalam hal ini tidak saja Anwar yang dituduh menganiaya penyokong sendiri, malah kesemua 88 Ahli Parlimen PR lainnya ditaksir bersubahat sama.


Kemudian tersebar pula gambar-gambar Anwar duduk minum semeja dengan Najib dan Muhyiddin dalam keadaan riang dan gelak ketawa seolah-olah tiada permusuhan antara mereka. Gambar Anwar bergambar bersama Najib dan Speaker serta lain-lain Ahli Parlimen juga disebarkan untuk memberi bukti kononnya Anwar menerima keputusan pilihanraya walaupun di masa yang sama mengajak penyokongnya membantah keputusan itu.


Penulis blog dan pengendali laman sosial pro UMNO melihat isu ini sebagai hidangan terlazat untuk menyerang dan mempertikai Anwar serta Pakatan Rakyat. Mereka memainkan isu ini semahu-mahunya untuk menggoncang keimanan politik anak-anak muda yang condong menyokong perjuangan PR seolah-olah mereka hanya alat dan dipermain-mainkan oleh Anwar dan Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain.


Ternampak ramai juga penyokong pro pembangkang yang mula goyah dengan isu ini dan merasakan ada kebenarannya. Ada yang terasa hati, terguris perasaan dan tersentap jiwa melihat aksi dan gelagat Anwar itu. Ada pula yang berkata, kalau pun mahu bergembira dan bersenyum ketawa dengan Najib dan Muhyiddin, ia tidak seharusnya dilakukan di ketika penyokongnya sanggup mengorbankan jiwa berbaring di jalanraya dan mungkin pula dihumban ke penjara.


Kehadiran Anwar dan lain-lain Ahli Parlimen PR mengangkat sumpah sebenarnya sudah pun dijelaskan oleh banyak pihak, termasuk Anwar sendiri. Jika tidak hadir dan enggan mengangkat sumpah, risiko yang mendatang sebenarnya lebih tinggi. Oleh kerana pembukaan penggal pertama Parlimen ini akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong, keengganan mengangkat sumpah boleh juga ditafsir sebagai tidak menghormati baginda dan derhaka kepada sistem Raja Berperlembagaan.


Memang ramai yang mahu mencabar Anwar dan Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain supaya jangan mengangkat sumpah jika benar tidak setuju dengan keputusan pilihanraya. Ia hanyalah suatu bentuk provokasi yang bertujuan menghumban mereka ke lembah serangan yang lebih teruk lagi. Jika semua Ahli Parlimen PR tidak hadir dan memulaukan majlis angkat sumpah, serangannya tentu lebih teruk lagi. Kaitan dengan penderhakaan kepada Yang Dipertuan Agong akan dikaitkan sama.


Dalam hal ini kehadiran mengangkat sumpah adalah keputusan terbaik untuk mengelakkan serangan lebih buruk. Lagi pula dalam mempertikaikan peranan SPR, petisyen bantahan keputusan pilihanraya di beberapa kawasan tetap juga berjalan dan prosesnya tidak terganggu sama-sekali.


Ada pula yang berpendapat kenapa Anwar dan lain-lain Ahli Parlimen PR tidak memulaukan terus majlis angkat sumpah ini jika benar ingin membantah? Tindakan ini juga berisiko tinggi. Walaupun selepas majlis angkat sumpah semalam, Ahli-Ahli Parlimen masih mempunyai masa enam bulan untuk berbuat demikian tetapi ia bergantung pula kepada adanya hal-hal mustahak yang tidak boleh dielakkan sebagai alasannya.


Tetapi tindakan ini juga boleh dianggap tidak menghormati, malah mempersenda Yang Dipertuan Agong yang bakal merasmikan pembukaan Parlimen itu. Mereka yang tidak mengangkat sumpah tidak boleh hadir di majlis pembukaan yang akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong. Jika ini berlaku, tentulah serangan dan kecaman terhadap Ahli Parlimen PR ini lebih dahsyat lagi.


Ada pula kelompok lain berkata, jika benar mahu membantah, kenapa tidak dipulaukan terus Parlimen sehingga tempoh enam bulan supaya pilihanraya kecil semula boleh diadakan? Memang benar jika selepas tempoh enam bulan tidak mengangkat sumpah, kedudukan Ahli Parlimen seseorang itu akan terlucut tetapi tidak semestinya perlu diadakan pilihanraya semula.


Jika kes itu dibawa ke mahkamah dan pihak mahkamah kemudian mendapati tindakan tidak mengangkat sumpah itu sesuatu yang sengaja dan tidak disebabkan hal-hal yang terlalu mustahak, dan akhirnya memberi kemenangan kepada calon yang kalah dan tidak mengadakan pilihanraya kecil semula, akhirnya semua 89 kerusi PR ini akan dimenangi secara percuma oleh BN. Tentulah tak pasal-pasal BN menang 100% di kesemua 222 kerusi Parlimen.


Dalam masa yang sama, peraturan pilihanraya juga menetapkan mereka yang sengaja meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen tidak boleh bertanding semula untuk tempoh 5 tahun. Ini bermakna, jika pun dengan terus tidak mengangkat sumpah dan pilihanraya kecil diadakan semula, Anwar, Haji Hadi, Lim Kit Siang, Nurul Izzah dan lain-lainnya tidak boleh dicalonkan untuk bertanding semula.


Tentulah lagi haru jadinya dalam PR. Siapa yang nak jadi calon dan jika apa pun calonnya, tentulah mereka tidak sama dengan wibawa Anwar, Haji Hadi, Lim Kit Siang dan Nurul Izzah.


Mengenai duduk minum semeja dengan Najib dan Muhyiddin serta majlis bergambar kemudiannya, ia sememamgnya sudah dirancang sedemikian rupa sebaik majlis angkat sumpah berakhir dan dari segi protokol memanglah tempat duduk Anwar sebagai Ketua Pembangkang bersama dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Begitu juga dengan majlis bergambar, memanglah juga tempat Ketua Pembangkang bersama Perdana Menteri mengapit kedudukan Speaker.


Jika Anwar memulaukan majlis itu, beliau akan dilihat tidak tahu bersosial dan tidak menghormati adab di majlis rasmi. Pemulauannya pasti akan mengundang kecaman yang lain pula.

 
Lagi pula tidak ada salahnya Anwar duduk semeja dan bergelak ketawa sambil minum-minum di Parlimen kerana mereka bukan bermusuh secara peribadi. Mereka hanya bermusuh dari segi dasar, hujah dan pendekatan untuk mentadbir negara. Mereka bukan seperti dua ahli gusti yang tidak boleh bertemu langsung dan jika bertemu pula asyik mahu bertumbuk dan bergasak. Anwar dan Najib juga bukanlah seperti dua beradik yang berebut harta pusaka yang tidak boleh bertemu serta duduk semeja langsung.


Soal berbeza pendapat dengan Najib dan BN adalah soal lain dan begitu juga usaha menekan SPR dan untuk memastikan pengendalian pilihanraya oleh SPR betul-betul bebas dan adil, adalah juga soal lain. Ia tidak harus dibakulkan sekali dengan kehadiran di majlis angkat sumpah dan kemudian duduk minum semeja dengan Najib. Politik ialah pergaduhan berhujah dan mempertahankan prinsip. Duduk minum semeja dan bergambar asal tidak rebah prinsip perjuangan dan mengalah hujah tanpa sebab, tidaklah ada salah dan cacat-celanya.


Sementara penyokong Anwar dan PR diminta bersikap matang untuk menilai permainan ini, mereka yang membesar-besarkan isu ini juga sebenarnya tidak matang dalam memahami erti politik dan demokrasi dalam ertikata yang sebenar-benarnya.




.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Nallakarupan Kalah Kes Saman, Di Arah Bayar DS Anwar...



SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.


Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.


Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.

Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.



.
Continue Reading... Labels: , , ,


Anwar Kini Sebatang Kara? Kasihan Anwar Ibrahim, Ustaz Fadzil Pasti Sedih...


 
Oleh: Pok Cik Dean

Kasihan saya pada mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau kini seolah-oleh keseorangan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran dan keadilan.

Jangan Lupa Pengorbanan Almarhum Ustaz Fadzil Noor

 
Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS adalah seorang tokoh LEGENDA dalam PAS hinggakan jasa dan pengorbanannya tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Adakah ahli-ahli PAS lupa bahawa Ustaz Fadzil Noor yang merintis jalan penubuhan Barisan Alternatif yang kini menjadi Pakatan Rakyat?

Ustaz Fadzil Noor jugalah yang merintis jalinan persaudaraan dan pakatan dengan Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar telah melukakan hati Ustaz Fadzil Noor semasa di dalam UMNO, tetapi Ustaz Fadzil telah memaafkan itu semua. Mereka bersatu hati, tenaga dan berjuang dalam Gelombang Reformasi 1998 yang mencatatkan sejarah tanahair Malaysia.

Jika tidak kerana keberanian Anwar Ibrahim yang rela dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika tidak kerana ketulusan hati Ustaz Fadzil Noor yang rela memaafkan sahabatnya, sudah tentu Gelombang Reformasi 1998 tidak akan berlaku.

Reformasi 1998 – bonus kepada PAS

Gerakan Reformasi 1998 yang dirintis oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor adalah bonus dan membawa keuntungan kepada PAS dan pembangkang. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan terbuka minda dalam berpolitik.

Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat masih memuja dan mengagungkan UMNO dan BN. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan nampak dan sedar penipuan dan pembohongan UMNO dan BN.

Kerana Reformasi 1998 jugalah rakyat mula berani mendampingi PAS, satu parti yang dipandang ekstrim satu masa dulu. Kerana Reformasi 1998 jugalah PAS menjadi kuat hingga berjaya menawan Terengganu pada PRU 1999 dan menang kerusi Parlimen terbanyak dalam sejarah. Lupakah kita semua?

Jangan Lupa Ungkapan Kata Ustaz Fadzil Noor

Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata bahawa “Gelombang Reformasi 1998 ini tidak akan berhenti malah ia akan terus menggoncang pentas politik Malaysia. Tunggulah hasilnya selepas 10 tahun.” Itu ungkapan beliau semasa berucap di rumah saudara Anwar Ibrahim.

Nah! Lihat sahaja kebenaran. Selepas 10 tahun iaitu pada tahun 2008, UMNO dan BN tumbang dalam PRU2008. Mereka hanya diselamatkan oleh undi dari Sabah dan Sarawak. PAS bersama pembangkang lain telah memperolehi kerusi terbanyak dalam sejarah dan telah menang di 6 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta berjaya menembusi kubu kebal UMNO di Negeri Sembilan dan Johor!

Itu semua hasil daripada benih Gerakan Reformasi 1998 yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor. Lupakah kita semua?

Anwar kini keseorangan

Kini pengasas Gerakan Reformasi hanya tinggal seorang. Ustaz Fadzil Noor telah lama pergi meninggalkan kita semua. Anwar Ibrahim pula seolah-oleh dipinggirkan oleh sekutu rapatnya iaitu PAS.

Ya, memang segala yang berlaku adalah kehendak Allah SWT tetapi Allah telah berfirman bahawa “Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia sendiri yang berubah.” Maka jasa dan pengorbanan saudara Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran dan keadilan mesti dihargai dan diingati.

Jika Ustaz Fadzil Noor masih hidup, PASTI DIA AKAN SEDIH DAN MENANGIS MELIHATKAN NASIB SAHABATNYA ANWAR IBRAHIM YANG DISISIHKAN OLEH PARTINYA SENDIRI IAITU PAS.

Setiap kali Anwar ke Kedah, beliau akan mengambil kesempatan menziarahi sahabatnya Ustaz Fadzil Noor di makamnya di Kedah. Pasti saudara Anwar Ibrahim menangis dan mengalirkan airmatanya mengenangkan jasa dan kepercayaan sahabatnya yang tidak pernah pudar, dan mengenangkan nasib dirinya tanpa Ustaz Fadzil di sisi. Kalaulah Ustaz Fadzil Noor masih ada, itu keluhnya.

Jangalah kita robohkan jambatan yang dibina Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz.

INGATLAH WAHAI AHLI PAS… DAN WAHAI AHLI PKR DAN PAKATAN RAKYAT..!!!




.
Continue Reading... Labels: , , , ,


AMARAN Dari Anwar & Ambiga - SPR Letak Jawatan Atau Demo Lebih BESAR



Sekalung tahniah sebagai ucapan penghargaan daripada gabungan lebih 60 NGO ‘Suara Rakyat 505′ kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang telah bersolidariti membanjiri Dataran Petaling Jaya pada Sabtu lalu. Semua hadir dengan matlamat yang cukup jelas iaitu membantah penipuan dan kecurangan yang berlaku sepanjang pilihanraya umum ke-13.

Himpunan #SuaraRakyat505 mencapai objektif yang telah disasarkan. Perhimpunan aman berjaya dihadiri hampir seratus ribu rakyat Malaysia walaupun telah diugut dengan pelbagai ancaman oleh pihak berkuasa yang diketuai oleh Zahid Hamidi. Beberapa aktivis ditangkap sebelumnya dengan lebih banyak senarai tangkapan bagi melemahkan gerakan.

Menteri KDN itu turut menyelar bahawa himpunan #SuaraRakyat505 kononnya satu ‘tindakan provokasi’ dan akan mengambil sekeras tindakan kepada mereka yang hadir. Namun rakyat telah buktikan tahap disiplin dan komitmen yang tinggi bagi untuk memastikan himpunan berlangsung aman walaupun dengan amarah yang membara ekoran penafian demokrasi melampau.

Himpunan #SuaraRakyat505 bergema dengan tiga tuntutan utama iaitu SPR perlu letak jawatan, pilihan raya semula bagi kawasan yang terbukti berlaku penipuan dan penubuhan Tribunal Rakyat yang dikelola oleh BERSIH untuk siasat penipuan PRU.

Gabungan ‘Suara Rakyat 505′ juga turut berkongsi pendirian isu terbesar yang telah berjaya dibuktikan secara jelas berlaku penipuan dalam pilihanraya 5 Mei lalu adalah isu dakwat kekal yang tidak kekal. Rakyat telah melalui pengalaman penipuan tersebut secara langsung.
 

Hadirin #SuaraRakyat505 telah bersetuju membuat puluhan ribu laporan polis berhubung isu tersebut apabila Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri mengulangi pendirian bersama dalam isu pembohongan SPR dan menegaskan bahawa SPR perlu letak jawatan “Sekarang, sekarang dan sekarang”.

Sebelumnya, Datuk Ambiga Pengerusi BERSIH juga menyatakan, seandainya SPR masih mempunyai maruah, maka mereka mesti meletakkan jawatan sekarang dan kegagalan penggunaan dakwat kekal merupakan alasan yang sudah cukup untuk mereka berbuat demikian.

Suara Rakyat 505 sehingga ke hari ini menganggap SPR masih tidak bersikap telus dan mahu menutup pekung di dada apabila mereka masih berdolak-dalik dalam menjawab setiap bukti yang dikemukakan oleh saksi-saksi penipuan pilihan raya termasuk isu ‘blackout’ sewaktu pengiraan undi yang jelas mempunyai bukti bergambar

Bahkan rakyat telah dialih perhatian daripada isu penipuan pilihan raya dengan menahan beberapa aktivis termasuk Adam Adli, Tian Chua, Dato Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim di bawah Akta Hasutan 1948, juga menabur sentimen perkauman melampau pada awalnya.

Isyarat penting juga telah dilontarkan oleh pemimpin utama NGO dan Pakatan Rakyat dalam setiap ucapan bagi meneruskan agenda melawan penipuan pilihanraya termasuk menyeru rakyat untuk bersedia ke Dataran Merdeka bila-bila masa selepas ini sekiranya tuntutan rakyat masih tidak dipenuhi dalam masa terdekat.

Kemuncak ini adalah himpunan terakhir yang berbentuk statik adalah satu permulaan kepada gerakan #SuaraRakyat505. Amaran terakhir dari rakyat bahawa mereka berani untuk berarak secara aman sekiranya SPR masih tidak dipecat atau meletak jawatan. Rakyat sudah bersedia ke jalanraya demi demokrasi yang telah digelapkan, bila-bila masa dari sekarang.

Gabungan ‘Suara Rakyat 505′ tegas dan tetap dengan pendirian bahawa hanya ada satu jawapan terhadap segala penipuan yang telah berlaku dalam pilihanraya 5 Mei lalu iaitu SPR harus letak jawatan, sebelum langkah seterusnya mengembalikan demokrasi dan juga sebelum mana-mana pilihanraya semula yang bakal berlangsung.

Akhir sekali, gabungan memerlukan 500,000 sukarelawan untuk berarak ke SPR, atau ke mana jua asalkan ia menepati saranan SPR meletak jawatan. Pendaftaran boleh dilakukan di pautan berikut: http://bit.ly/SuaraRakyat505. Pendaftaran juga merupakan sebuah menifestasi orang ramai mendesak seluruh pimpinan tertinggi SPR meletak jawatan.

Disediakan oleh:

Gabungan ‘Suara Rakyat 505′




Continue Reading... Labels: , , , , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors